Selasa, 7 Julai 2009

MARKET UPDATE :MAKLUMAT SALAH MENGENAI KEPENGGUNAAN INSURANS

Akhir akhir ini kedengaran beberapa keraguan dan salah faham mengenai kepenggunaan insurans kereta motor, ekoran daripada perubahan garis panduan underwritting kebanyakan syarikat insurans.Akibatnya, banyak berita negatif disebarkan mengenai kepenggunaan insurans kereta motor sehingga ada yang nampak menakutkan ramai pengguna.

Berita di dada akhbar hari ini memaparkan keluhan beberapa penjual kereta terpakai kerana dikatakan mereka sukar mendapatkan insurans bagi kereta kereta yang nilai pasarannya kurang dari RM10,000.00.Berita ini agak kurang tepat kerana mungkin benar ada syarikat yang tidak menerima kereta kereta tersebut tetapi harus diingat bahawa masih ada syarikat insurans di negara kita yang masih menerima kereta kereta yang dikatakan itu.

Begitu juga halnya dengan pengeluaran perlindungan pihak ketiga(3rd party), sebenarnya masih ada syarikat yang menerimanya.Oleh itu tidak benar kalau dikatakan insurans motor telah menyebabkan kesusahan kepada pengguna.Untuk maklumat, sehingga kini, pejabat pos masih lagi mengeluarkan polisi pihak ketiga bagi pihak syarikat insurans yang diwakilinya walaupun agen agen bagi syarikat tersebut sudah tidak dibenarkan mengeluarkannya.

Sebagai langkah mengelakkan kekeliruan mengenai kepenggunaan insurans kereta motor dalam suasana semasa pasaran, pengguna dinasihatkan agar mendapatkan khidmat nasihat dari agen agen yang berlesen kerana umumnya,hanya agen agenlah yang sentiasa "update" dalam perkembangan kepenggunaan insurans dan hanya agen agen yang mengetahui apa jua perkara yang sedang berlaku di dalam pasaran.Pengguna juga dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan berita berita terpencil seperti berita yang disiarkan akhbar hari ini dan tidak pula menyebarkan berita tersebut kerana ianya boleh menyebabkan suasana panik dalam negara.Sebaliknya, pengguna harus merujuk perkara tersebut kepada agen agen mereka agar mereka mendapat gambaran sebenar mengenai apa yang berlaku.

Sekali lagi ditegaskan bahawa keengganan satu atau dua syarikat insurans untuk menerima kereta kereta bernilai kurang dari RM10,000.00 dan kereta kereta lama tidak bermakna perlindungan kereta kereta tersebut sudah ditolak sepenuhnya dan mana mana pihak yang mengalami masalah tidak harus menyebarkan seperti menyiarkannya dalam akhbar.Sesungguhnya,para agen tahu apa yang nak dilakukan apabila berdepan dengan situasi sebegini dan oleh itu para penjual kereta terpakai tersebut seharusnya merujuk kesukaran mereka kepada para agen berdekatan(selalunya penjual kereta terpakai juga merupakan agen insuran).

Begitu juga kepada pengguna seluruhnya,sekiranya pada bila bila masa berdepan dengan kesukaran yang seumpamanya,segeralah merujuk kesukaran tersebut kepada agen agen insurans yang sebenarnya tidak sukar ditemui di seluruh negara.

Jumaat, 3 Julai 2009

Rebate 5%

Mulai 1hb Julai 2009, semua urusniaga insurans menerusi kaunter syarikat insurans untuk polisi insurans motor persendirian akan diberi rebate 5% dan rebate ini akan dinaikan kepada 10% bermula pada 1hb Julai 2010.Rebate pada kadar yang sama juga diberi kepada urusniaga insurans motor persendirian yang dilakukan secara "online" seperti urusniaga menerusi myEG dan seumpamanya di mana ianya dilakukan secara terus dengan syarikat insurans berkenaan.

Peraturan baru yang dikeluarkan oleh Bank Negara ini membolehkan pengguna insurans motor semaada komprehensif atau pihak ketiga memperolehi rebate pada kadar 5% dari harga premium insurans terbabit sekiranya pengguna membuat urusniaga mereka di kaunter syarikat insurans atau secara online di internet.Sekaligus ianya memberikan pilihan kepada pengguna samada masih mahu mengambil insurans motor mereka dengan agen,bank,pejabat pos atau secara terus dengan syarikat insurans.Pengambilan insurans secara terus boleh menjimatkan kewangan pengguna berbanding mengambil polisi dengan agen atau bank atau pejabat pos pada kadar rebate yang diberikan.

Walaubagaimanapun,pengguna wajar menimbang segala kelebihan dan kekurangan rebate tersebut dan membuat keputusan yang tepat sebagai langkah mengelakkan kesulitan kemudiannya.Saya pernah menyebut bahawa insurans ialah langkah perlindungan dari risiko dan tidak bijak bagi pengguna mengambil pula risiko dalam pembelian polisi insurans mereka.Dalam hal ini, saya menekankan bahawa pembelian secara terus dengan syarikat insurans adalah pembelian yang berisiko kerana syarikat insurans tidak menyediakan perkhidmatan lepas jualan percuma seperti yang disediakan oleh para agen.Oleh itu satu panduan bagi pengguna ialah mengira risiko yang bakal diambil dengan pembelian terus ini serta membuat keputusan samaada rebate yang diberikan itu berbaloi dengan risiko yang diambil.Pengguna yang membuat pembelian terus ini semata mata untuk mendapatkan rebate mungkin akan berdepan dengan situasi yang amat sukar di kemudian hari dan berkemungkinan akan rugi lebih banyak dari rebate yang diperolehi.

Tetapi bagi pengguna yang mengambil polisi mereka dengan bank atau pejabat pos,pengenalan rebate ini menjadi satu kerugian bagi mereka.Bank dan pejabat pos juga tidak menyediakan khidmat lepas jualan percuma seperti agen, maka logiknya, adalah lebih baik membeli secara terus dengan syarikat insurans dan mendapat rebate berbanding membeli dengan bank atau pejabat pos yang tidak memberi rebate sedangkan pembelian ini berisiko sama.

Di samping itu,adalah juga perlu diperhatikan syarat syarat yang dikenakan oleh syarikat dalam pembelian terus ini kerana kalau tersilap mungkin harga yang dibayar selepas ditolak rebate lebih tinggi berbanding harga yang perlu dibayar jika membeli insurans dengan agen.Ada syarikat yang mewajibkan pengambilan polisi kemalangan diri auto cover bersama sama polisi motor tersebut dan kalau ini terjadi bermakna harga sebenar bagi pembelian polisi insurans motor ini mungkin lebih tinggi sekalipun sesudah ditolak rebate berbanding kalau polisi ini dibeli dari agen kerana agen selalunya mempunyai keistimewaan untuk mengecualikan polisi auto cover bagi sesetengah syarikat insurans.Begitu juga halnya dengan loading yang dikenakan bagi sesetengah kereta.Agen selalunya diberi kelebihan untuk mengecualikan loading ini yang tidak dapat diperolehi secara terus dengan syarikat.Ini bermakna, kalau ada loading yang ditetap terhadap sesuatu kereta dan loading ini boleh dikecualikan oleh agen, maka pembelian dengan agen adalah lebih murah berbanding pembelian terus dengan syarikat insurans sesudah ditolak rebate.

Demikianlah satu isu baru dalam kepenggunaan insurans yang pada pendapat saya perlu diketahui oleh pengguna bagi membolehkan mereka membuat keputusan yang wajar untuk kepentingan mereka.Semuga coretan rengkas saya dapat difahami dan mampu membantu pengguna sekelian.