berita untuk pemilik kenderaan yang tidak lagi dilindungi oleh mana mana syarikat insurans

Anda boleh mendapatkan perlindungan dari

MALAYSIAN MOTOR INSURANCE POOL

yang juga dikenali sebagai polisi "HIGH RISK POOL".sekiranya berminat anda boleh menghubungi saya bagi tujuan tersebut di talian 012-9089798 atau email notan40@yahoo.com

maklumat untuk pemilik kereta TOYOTA,HONDA DAN NISSAN.....

SEKIRANYA ANDA PEMILIK KERETA TOYOTA, HONDA ATAU NISSAN YANG MEMBELI KERETA TERSEBUT DARIPADA SYARIKAT PENGEDARNYA, ANDA AKAN DAPATI BAHAWA PERLINDUNGAN INSURANSNYA DIKELUARKAN OLEH MSIG INSURANCE (M) BERHAD.
ANDA BOLEH MEMBAHARUI POLISI INSURANS DAN ROAD TAX KERETA ANDA DENGAN SAYA UNTUK MENDAPATKAN PERLINDUNGAN DARI SYARIKAT YANG SAMA DAN FAEDAH FAEDAH YANG SAMA.
ANDA BOLEH BERURUSAN DI PEJABAT AGENSI SAYA DI ALAMAT 221, JALAN ALUR TEMBESU, DUNGUN SEKIRANYA ANDA BERADA DI DUNGUN, ANDA JUGA BOLEH BERURUSAN DENGAN SAYA DI KEDIAMAN SAYA YANG BERALAMAT 10974, TAMAN MELUR, KEMAMAN SEKIRANYA ANDA BERADA DI KEMAMAN ATAU ANDA BOLEH BERURUSNIAGA SECARA ONLINE DENGAN SAYA SEKIRANYA ANDA BERADA DI LUAR DARI DUNGUN DAN KEMAMAN.
SAYA BOLEH DIHUBUNGI MELALUI TALIAN
012-9089798 PADA BILA BILA MASA........ATAU ANDA BOLEH E MAIL KEPADA :
notan40@yahoo.com

Sabtu, 6 Februari 2010

MALAYSIAN MOTOR INSURANCE POOL

Dalam beberapa posting yang lalu, saya beberapa kali menyebut HIGH RISK POOL di mana saya percaya amat asing bagi setengah pembaca dan pengguna insurans kereta motor.Untuk itu adalah wajar bagi saya menulis berkaitan HIGH RISK POOL agar pengguna yang membaca blog saya mendapat gambaran yang sebenarnya mengenainya sekaligus faham dengan situasi semasa serta tahu apa yang patut dilakukan bilamana berdepan dengan masalah berkaitan insurans motor mereka.

HIGH RISK POOL yang dikenali di kalangan agen insurans sebagai POOL sahaja ialah perlindungan yang dikeluarkan di bawah MALAYSIA MOTOR INSURANCE POOL(MMIP) yang berfungsi mengeluarkan perlindungan bagi kenderaan kenderaan yang tidak dilindungi oleh mana mana prinsipal insurans.Ianya di tadbir oleh MMIP SERVICES SDN BHD yang merupakan akan syarikat MNRB(MALAYSIA NATIONAL REINSURANCE BERHAD) sementara MMIP ialah POOL yang ditubuhkan oleh semua prinsipal insurans di negara kita yang berdaftar di bawah insurance act 1996, bertujuan untuk mengeluarkan polisi kepada mana mana kenderaan yang gagal mendapat perlindungan dengan mana mana prinsipal insurans.Kenderaan jenis ini juga dikenali sebagai HIGH RISK dan perlindungan yang dikeluarkan di bawah MMIP dikenali sebagai HIGH RISK POOL atau POOL sahaja di kalangan agen insurans.

Satu lagi elemen penting yang perlu diketahui oleh pengguna ialah POOL ini hanya boleh didapati menerusi 2 prinsipal insurans yang dilantik sebagai agen MMIP Services Berhad, ia itu MULTI PURPOSE INSURANCE BERHAD dan UNI ASIA INSURANCE BERHAD.Untuk itu para pengguna yang terjejas dengan underwrtting semasa kebanyakan prinsipal insurans boleh mendapatkan perlingdungan POOL ini di kedua dua pejabat cawangan insurans tersebut.Pengguna juga boleh menggunakan perkhidmatan agen agen insurans dengan sedikit bayaran servis caj bagi tujuan tersebut.

Semuga penjelasan pendek saya ini mampu memberi gambaran sebenar kepada kedudukan kepenggunaan insurans bagi pengguna yang terjejas dengan underwritting semasa prinsipal insurans yang pada anggaran kasar saya merupakan kumpulan terbesar pengguna insurans motor di negara kita.

Tiada ulasan: