Sabtu, 16 Januari 2010

Underwritting diubah tetapi sitausi tetap sama,membimbangkan

Nampaknya beberapa prinsipal insurans terus mengubah underwriting mereka di bulan pertama 2010, tetapi kandungan perubahan tidak langsung menampakkan perubahan positif dalam sektor insurans kelas motor negara.Perubahan perubahan yang dilakukan hanyalah perubahan minor sahaja tetapi underwritting kepada insurans yang penting dan amat diperlukan pengguna tidak berlaku sebaliknya ianya tetap sama di mana pengguna pengguna dalam kelas persendirian bagi kereta yang berumur lebih 20 tahun, pengguna dalam kelas perdagangan permit A dan C, pengguna motosikal dan pengguna kenderaan awam dan special type tetap berdepan dengan masalah yang sama seperti di suku terakhir tahun lalu, kesukaran untuk membaharui atau mendapatkan polisi insurans mereka.

Keadaan yang semakin tidak menentu dan membimbangkan ini turut menjejaskan aktiviti para agen di mana keluahan semakin didengari di kalangan mereka kerana ketidakmampuan untuk menjalankan urus niaga dalam banyak katogeri kenderaan.Kesan ini semakin dirasai oleh agen agen yang selama ini mempunyai pool yang besar dari kalangan pengguna yang terjejas.Seperti yang saya sebut di posting yang lalu, para agen nampaknya tidak punya banyak pilihan selain daripada mencari alternatif tambahan untuk menjana pendapatan tambahan mereka.Tambahan pula dengan peraturan ketat yang dikenakan PIAM terhadap agen agen dalam perlaksanaan peraturan Cash before cover(CBC), agen semakin tersepit dan mungkin terdesak untuk memastikan kehadiran mereka dalam pasaran.

Namun bagi agen agen yang berdedikasi,kengkangan ini tidak harus dilihat sebagai pemusnah sebaliknya disahut sebagai cabaran.Cabaran ini pula mendesak mereka mencari alternatif tambahan kepada kepelbagaian perniagaan mereka dan sesiapa yang berjaya melakukan perniagaan alternatif insyaallah bakal berjaya mengharungi masa masa yang sukar ini dan sebaliknya mana mana agen yang gagal mendapatkan alternatif lain serta terus menerus boros dalam pengurusan mereka mungkin tidak akan dapat menangani peraturan CBC dan bakal hilang dari pasaran.

Inilah masa yang paling getir di mana kegetirannya lebih terasa berbanding tahun tahun 1997-1998 dulu dan inilah masa bagi para agen sekelian untuk ingat mengingat antara satu sama lain serta bantu membantu satu sama lain.Keistimewaan perniagaan agensi insurans ialah para agen tidak bersaing dan berebut pelanggan sebaliknya sering berkongsi pelanggan dan peluang.Kekalkan keistimewaan ini dalam masa masa yang sukar ini dan atas pengalamana istimewa ini, saya sekali lagi menyeru para agen agar memberi pertimbangan kepada saranan awal saya untuk menjadikan perniagaan TOP UP MYMODE sebagai alternatif perniagaan yang boleh dimenafaatkan oleh para agen sekelian.Sesungguhnya perniagaan TOP UP MYMODE mempunyai ciri ciri yang sama dengan perniagaan insurans dan perniagaan TOP UP ini juga tidak melibatkan persaingan dengan penjual penjual TOP UP yang lain.Apa yang perlu dilakukan hanyalah memahami konsep sebenara perniagaan TOP UP MYMODE ini dan menyebarkannya kepada umum tanpa melibatkan persaingan dengan mana mana penjual TOP UP yang lain.

Sekali lagi, selamat maju jaya kepada rakan rakan agen sekelian.

Ahad, 3 Januari 2010

Tahun baru tetapi masalah tetap sama

Hari ini adalah hari ketiga kita berada di tahun 2010,tahun baru yang umumnya diikuti oleh azam baru tetapi bagi seorang agen insurans,azam baru bermakna akaun baru, target baru dan baget baru.Pencapaian di tahun 2009 sudah menjadi sejarah dan bakal menjadi panduan kearah pembentukan target dan baget baru.Barangkali inilah masanya bagi seorang agen menilai semula struktur sevis caj kepada perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan dan membuat anggaran keuntungan yang hendak dicapai sepanjang tahun 2010 ini.

Tetapi masalah yang ada dalam bidang insurans nampaknya tetap sama.Underwritting yang menekan masih sama, kedapatan sebahagian pelanggan yang tidak mahu faham peraturan insurans tetap sama dan kedapatan sebahagian agen yang tidak profesyional tetap sama.Inilah situasi yang bakal mewarnai industri insurans negara sepanjang tahun ini di mana tidak kelihatan lagi tanda tanda perubahan positif setakat ini.

Sebelum ini saya pernah menulis mengenai sikap tidak bertanggungjawab setengah saleman ketika menguruskan pertukaran kereta para pelanggan mereka.Sikap ini nampaknya masih berlaku sehingga kini.Hampir kesemua syarikat pengedar kereta(baru dan 2nd hand) sepanjang tahun lalu dan mungkin tahun ini juga memperkenalkan polisi mewajibkan pelanggan mereka membeli insurans dengan mereka ketika membeli kereta.Polisi ini tidak menjejaskan perniagaan agen insurans kerana sering berlaku, pelanggan hanya mengambil polisi hanya pada tahun mereka membeli kereta sahaja dan untuk tahun tahun seterusnya mereka akan kembali kepada agen mereka.Jadi tidak ada apa yang rugi di pihak agen tetapi yang sering mengalami kerugian ialah pelanggan mereka yang tidak diuruskan secara profesyional oleh saleman ketika membeli kereta.

Baru sahaja saya berdepan dengan masalah ini apabila seorang pelanggan saya datang untuk membaharui insurans kereta Honda Odessynya.Ketika inilah saya menyedari kerugian yang dialami pelanggan kerana NCDnya sebanyak 55% sudah ditukar kepada kereta barunya model Hyundai Matris sedangkan apa yang diberitahunya ialah NCD yang sepatutnya ditukar ke kereta Hyundai Matris barunya ialah NCD Ford Rangernya yang sudah dijual sebanyak 38.33%.

Ketika menyemak sebut harga yang diberikan oleh saleman, saya mendapati terdapat kesilap pengiraan walaupun NCD yang dimaksudkan oleh sebut harga itu ialah NCD Rangernya.Untuk mengatasi kesilapan inilah dan tanpa pengetahuan pelanggan, NCD Honda Odessynya sebanyak 55% digunakan kepada kereta Hyundai Matrisnya.Inilah tindakan tidak bertanggungjawab salesman tersebut yang mengakibatkan pelanggan tersebut terpaksa menanggung kerugian.

Saya juga mendapati insurans Rangernya tidak dibatalkan walaupun beliau sudah menjualnya. Oleh itu NCD Rangernya masih boleh digunakan kepada Honda Odessynya sebagai langkah untuk mengurangkan kerugian.Tetapi apa yang amat merugikan ialah insurans Rangernya tamat pada 20/01/2010, sedangkan beliau amat memerlukan road tax Honda Odessynya kerana sebuah lagi kereta jenis Honda CRV miliknya terpaksa dihantar untuk repair.Oleh itu pelanggan tersebut kerugian kelayakan NCD sebanyak 45% kerana polisi Rangernya masih belum tamat dan terpaksa berpaushati dengan 38.33% sebagai langakh mengurangkan kerugiannya.Barang diingat kerugian NCD ini masih ditanggung sehingga tahun depan sedangkan kalau beliau dapat menunggu sehinga 20/01/2001, kelayakan NCDnya sudah bertambah kepada 45%.Atau dengan kata lain, beliau kerugian setahun dalam kelayakan NCDnya.

Mungkin juga ada yang beranggapan beliau sebenarnya tidak rugi kerana NCD sebanyak 55% masih digunakan di kereta Hyundai Matrisnya tetapi perlu diingat bahawa cc Hundyai Matris dan Honda Odessy tidak sama maka harga yang dibayar kepada insurans Hyundai Matris itu lebih rendah dari harga insurans Honda Odessynya.Bermakna pelanggan ini tetap mengalami kerugian yang boleh dielak sekiranya saleman tersebut mengakui kesilapan pengiraan dan memberitahu pelanggan mengenainya.Kalaupun pelanggan membuat keputusan untuk mengambil NCD dari Honda Odessynya, sekurang kurangnya pelanggan tahu apa yang berlaku.

Nampaknya, walaupun tahun baru dengan pendekatan perniagaan yang baru tetapi masalahnya tetap sama.Dan sekali lagi saya mengingatkan kepada pengguna semua, rujuklah kepada agen anda ketika hendak menukar kereta untuk mengelakkan masalah seperti ini berulang.