Isnin, 14 November 2011

MYEG, kemudahan yang perlu dimenafaatkan

Assalamualaikum,

Dalam sitausi yang menekan kepada pengguna insurans kenderaan hari ini, terdapat beberapa kemudahan yang perlu diketahui dan di menafaatkan oleh pengguna, antaranya ialah kemudahan MYEG yang menyediakan pembaharuan road tax dan lesen memandu secara online.Ianya banyak menjimatkan masa terutama bagi pengguna yang geran kenderaan mereka disimpan oleh bank pemberi pinjaman serta bagi pengguna yang kehilangan geran atau lupa di mana geran disimpan.

Oleh yang demikian, disarankan di sini agar pengguna mengetahui bagaimana ianya beroperasi dan untuk berbuat demikian pengguna boleh melayari web sitenya yang boleh dicapai menerusi pencarian dengan menaip perkataan MYEG sahaja.Di web site ini, pengguna boleh memahami bagaimana ianya beroperasi dan bagaimana road tax boleh dibaharui secara online serta bagaimana cara penghantarannya.

Satu alternanif lain ialah pengguna yang berminat boleh sentiasa menghubungi saya atau agen agen lain yang ada menyediakan perkhidmatan ini(ada agen yang mengiklankan perkhidmatan mereka di internet menerusi blog atau web site)bagi membaharui road taxnya secara online di mana saya juga menyediakan perkhidmatan pembaharuan road tax menerusi kemudahan MYEG.

Walaubagaimanapun, kemudahan ini hanya disediakan bagi kenderaan persendirian sahaja sementara motosikal, kenderaan perdagangan serta lain lain kegunaan masih belum lagi diberi hak pembaharuan kepada MYEG.Oleh itu, hanya kereta yang didaftarkan sebagai kegunaan persendirian sahaja boleh menggunakan kemudahan MYEG ini.

Harap maklum.