Selasa, 20 November 2012

Beza antara walk in customer dan regular customer kepada agen insurans.

Dalam mana mana bidang perniagaan, sering terdapat katogeri pelanggan yang umumnya boleh dibahagikan kepada walk in customer dan regular customer.Bidang insurans yang playernya ialah agen agen bertauliah, 2 jenis pelanggan ini menjadi komponen yang utama.Hari ini semakin ramai para agen menyedari bahawa mereka perlukan lebih ramai regular customer dan kalau boleh menghindari walk in customer. Apa beza antara walk in customer dan regular customer?walk in customer juga boleh dipanggil hit and run customer kerana ciri ciri utama pelanggan jenis ini ialah suka bertukar tukar agen dalam pembelian polisi insurans mereka.Selain itu walk in customer juga merupakan golongan pelanggan yang memberi masalah kepada para agen yang servis mereka.Antara masalahnya ialah mereka gemar untuk mendapatkan perlindungan yang paling murah tetapi apabila polisi mereka trigle, agen tersebut akan disalahkan dan syarikat insurans dituduh menipu.Selain itu,walk in customer juga merupakan golongan pelanggan yang sering tidak cukup duit ketika membeli insurans dan sering meminta agen mengeluarkan polisi kepada mereka dengan janji untuk menjelaskan kekurangan wang yang jumlahnya agak kecil seperti RM10.00 atau RM20.00.Tetapi kemudiannya hilang lesap menyebabkan agen tersebut menanggung insurans kenderaan mereka. Sementara regular customer ialah pelanggan yang mempunyai hubungan perniagaan yang lama dengan agen.Mereka adalah golongan pelanggan yang memberikan kepercayaan penuh kepada agen dalam menguruskan keperluan insurans mereka sementara agen pula memberikan khidmat terbaik mereka malah dalam kes kes yang istimewa, kelihatan pelanggan pelanggan ini seperti kawan kepada agen.Regular customer ialah pelanggan yang tidak memberikan masalah sebaliknya pelanggan yang banyak membantu agen mengembangkan perniagaan mereka. Inilah beza yang ketara antara dua jenis pelanggan dan umumnya kalau timbul masalah dalam tuntutan insurans, boleh dikatakan masalah yang timbul itu berkait rapat dari katogeri mana pelanggan tersebut.Yang banyak mengalami masalah ialah walk in customer berbanding regular customer.Oleh itu sekali lagi saya ingin menasihati pembaca pembaca blog saya yang memiliki kenderaan agar mengelak dari menjadi walk in customer kepada pembelian polisi insurans mereka.Kalau ketika membeli goreng pisang, ada di kalangan kita menjadi pelanggan yang regular kepada penjual goreng pisang tertentu, maka insurans sepatutnya diurusniaga secara regular. Para agen hari ini sudah faham benar bagaimana untuk berurusan dengan palanggan yang jenis walk in atau pelanggan yang jenis regular dan yang pasti kelebihan tetap berpihak kepada regular customer, antaranya yang sudah saya sebut dalam posting yang lepas. Untuk makluman, membeli polisi insurans di bank atau pejabat pos juga termasuk dalam walk in customer dari agen point of view.Ini adalah kerana umumnya kebanyakan pemilik kereta yang mengambil insurans di bank atau pejabat pos masih memerlukan agen dalam kes kes tertentu seperti pemilik yang memiliki kereta lama atau motosikal yang tidak dilindungi di bank atau pejabat pos.Pengambilan polisi untuk kenderaan dalam katogeri ini umumnya dibuat di agency insurans secara walk in.

Sabtu, 13 Oktober 2012

Kenapa setiap pengguna Insurans perlukan personal Agen

Saya sudah menyatakan dalam posting yang lalu bahawa setiap pengguna insurans khususnya insurans kereta motor amat memerlukan seorang agen bagi menguruskan semua keperluan insurans mereka.Hujah yang saya kemukakan dulu merupakan hujah sentuhan personal seorang agen yang bakal memudahkan segala keperluan insurans pengguna. Saya juga menyatakan seorang pengguna boleh mendapatkan polisi insuransnya di bank atau pejabat pos atau terus dari cawangan syarikat insurans tetapi polisi yang dibeli dari institusi ini tidak mempunyai faciliti yang sama dengan polisi yang dibeli dari seorang agen insurans bertauliah.Namun masih ramai yang ragu ragu dengan agen dan masih ramai yang percaya bahawa bank adalah tempat terbaik untuk mendapatkan polisi insurans.Akan tetapi apabila seorang pengguna yang mendapatkan polisi dari pihak pihak ini terlibat dalam kemalangan, banyak juga kedengaran kesukaran yang dihadapi oleh pengguna terutama kesukaran mendapatkan panduan yang betul untuk membaiki kenderaan mereka yang rosak akibat kemalangan.Malah sesuatu yang sering diabaikan oleh pengguna ialah faciliti tow trak yang disediakan oleh syarikat insurans apabila kenderaan mereka terkandas di jalanraya.Akibatnya sering kali pengguna terpaksa membayar tambang tow trak walhal mereka boleh mendapatkannya secara percuma seandainya tahu apa yang perlu dilakukan apabila berlaku situasi sedemikian. Di sinilah letaknya kelebihan seorang agen yang boleh membantu pengguna apabila berdepan dengan masalah tersebut.Apa yang perlu pengguna lakukan ialah menghubungi agennya ketika berdepan masalah ini dan mendapat nasihat percuma dari agen tersebut tentang apa yang patut dilakukan.Saya menyatakan ini kerana hampir semua penggguna mengambil mudah tentang faciliti yang disediakan oleh syarikat insurans seperti tidak pernah mahu menyimpan number hot line syarikat terbabit yang mana akibatnya apabila berlaku masalah di jalanraya,pengguna tidak tahu ke mana untuk berhubung.Malah hari ini ada syarikat insurans yang mengiklankan perkhidmatan tambahan mereka di TV tetapi berapa ramai pengguna yang mengambil tahu? Jadi jawapan terbaik bagi masalah ini ialah Agen insurans.Saya pernah mengatakan antara sebab kenapa pengguna tidak percaya kepada agen ialah penipuan yang memang pernah dilakukan oleh sesetengah agen, namun hari ini, saya ingin tegaskan bahawa seorang agen yang bertauliah tidak lagi mempunyai ruang untuk menipu kerana syarat syarat ketat yang dikenakan keatas mereka.Hari ini seorang agen wajib mengikuti kursus selama 20 jam setahun bagi menyambung lesen mereka dan mereka juga disyaratkan supaya menghasilkan produk minama di mana kegagalan mereka berbuat demikian akan menyebabkan lesen mereka akan ditarik balik.Begitu juga peraturan CBC yang mengkehendaki seorang agen menyerahkan wang kutip kepada prinsipal dalam jangka waktu tertentu di mana kegagalan mereka berbuat demikian akan meyebabkan akaun mereka digantung dan tidak dapat menjalankan perniagaan lagi, dan sekiranya agen tersebut mengulangi kegagalan menyerahkan wang premium insurans maka lesen mereka akan terbatal.Kesemua urusan ini dikawal secara online oleh prinsipal dan PIAM,jadi maknanya tiada seorang agenpun akan terlepas dari peraturan ketat ini. Namun kalau ada penipuan ketika ini,ianya bukan dilakukan oleh agen bertauliah tetapi oleh pihak pihak con man yang mungkin pernah menjadi agen sebelum ini.Oleh itu seorang pengguna yang bijak harus tahu bagaimana memilih agen untuk menyelia segala keperluan insurans mereka.Untuk maklumat, hari ini urus niaga insurans terutama insurans kereta motor dijalankan secara online jadi ini bermakna urusan pembayaran dan servis juga boleh dibuat secara online,Ini bermakna seorang pengguna tidak perlu mengenali agen secara peribadi dan boleh berurusniaga secara online asalkan kualiti agen tersebut memenuhi keperluan insurans pengguna tersebut.Dari itu wajar pengguna yang tidak pernah berdepan dengan masalah mengambil langkah bijak dengan mencari agen insurans yang sesuai dengan keperluan mereka.Ini adalah lebih baik dari sikap"take thing for granted". Saya terpanggil untuk menyatakan perkara ini sekali lagi kerana saya berisiko berdepan dengan masalah dengan pelanggan saya yang mempunyai lebih dari satu kereka.Pengalaman terbaru saya menunjukkan ada maklumat yang tidak tepat telah diberikan kepada seorang pelanggan saya yang baru membeli sebuah kereta baru tahun lalu.Ketika hendak membaharui road taxnya beberapa bulan yang lepas, beliau menemui juru jual kereta yang menjual kereta tersebut kepada beliau dan dari pertemuan itu beliau dinasihatkan mengambil insurans dari syarikat tertentu yang menurut juru jual tersebut merupakan syarikat insurans untuk kereta jemana yang beliau beli.Oleh itu, beliau tanpa merujuk kapada saya telah pergi ke cawangan syarikat tersebut untuk mendapat polisinya.Senario yang saya sebut di atas menunjukkan pembelian polisi bagi keretanya itu tidak mempunyai agen yang bermakna kalau berlaku masalah di jalanraya, beliau terpaksa menguruskannya sendiri sedang praktikalnya saya adalah agen bagi kereta beliau yang satu lagi.ini bermakna ada kemungkinan beliau akan menghubungi saya juga seandainya kereta tersebut yang bermasalah dan ketika itu saya tidak boleh berbuat apa apa kerana polisinya bukan dari akuan saya.Saya terpaksa menjelaskan kepada beliau segala kemungkinan ini kerana saya bimbang saya dianggap tidak mahu membantu kalau berlaku apa apa masalah di jalanraya.Beliau bukan hanya seorang pelanggan saya yang berbuat demikian malah terdapat beberapa orang lagi pelanggan saya yang turut membeli insurans dari pihak lain kerana percaya hanya juru jual kereta tersebut sahaja yang boleh menjual insurans kepada mereka.Begitu juga dengan beberap orang lagi yang percaya hanya bank tempat mereka meminjam sahaja yang boleh menjual insurans kepada mereka. Saya pernah mengatakan sentuhan personal seorang agen bukan setakat kemalangan sahaja malah ianya lebih dari itu yang melibatkan semua masalah di jalanraya termasuk kalau tayar bocor atau kereta kehabisan petrol atau breakdown.yang lebih penting kesemua servis ini adalah percuma. Akhir kata saya sekali lagi mencadangkan agar pengguna kenderaan supaya mendapatkan seorang agen insurans bagi menyelia keperluan insurans mereka sama seperti mendapatkan seorang doktor peribadi atau keluarga bagi membantu urusan kesihatan mereka.Sebelum saya berhenti menaip, suka saya nyatakan satu pengalaman yang pernah saya temui,iaitu kisah seorang pemilik kereta yang menanggung kerugian dan penderitaan dihambat oleh bank hanya kerana keretanya terlibat dengan kemalangan walhal beliau sudah mendapatkan cover yang mencukupi dari polisi yang dibelinya.Maklumat yang diberi kepadanya ialah kereta beliau tidak boleh dibaiki kerana syarikat insurans menolak tuntutannya kerana ianya dipandu oleh orang lain.Agak aneh kerana bank juga tidak dapat membantu sedangkan dalam polisinya sudah tercacat dengan jelas klaus "ownership claim"sebaliknya bank terus blacklisted beliau kerana bermasalah untuk membayar pinjamannya.Bayangkan kalau anda berdepan dengan masalah ini dan anda tidak tahu apa yang patut dilakukan?Puncanya pula kerana membeli polisi insurans dari pihak yang tidak jelas(melibatkan orang ketiga yang hanya mendapatkan komisyen).Kes ini berlaku pada tahun 2005 dan sampai sekarang saya tidak tahu apa yang berlaku kepada pengguna ini kerana sudah hilang hubungan dengannya.

Isnin, 9 Julai 2012

Isu kepenggunaan Insurans-lanjutan

Yang jelas,masih ada di kalangan pengguna Insurans khususnya insuran kereta motor yang masih tidak faham dengan insurans yang dibeli mereka.Dalam posting saya yang lepas, saya ada menyatakan bahawa insurans adalah perlindungan bukan pelaburan atau simpanan.Begitu juga pembelian sesuatu polisi insurans dibuat oleh pengguna pada ketika mereka tidak memerlukannya.Tidak seperti barang barang keperluan harian seperti beras atau gula yang dibeli kerana perlu, insurans adalah barangan atau produk yang dibeli ketika pengguna tidak memerlukannya sama seperti membeli emergency light atau payung ketika tidak hujan. Inilah hakikat yang harus difahami oleh setiap pengguna insurans.Pengguna kereta umpamanya, membeli insurans ketika mahu membaharui road tax kereta mereka dan ketika kereta mereka masih dalam keadaan yang elok dan terpelihara.Ketika ini, sebenarnya pengguna tidak memerlukan insurans tetapi mereka tetap masih terpaksa membeli kerana ingin membaharui road tax kereta mereka.Persoalannya, apakah perlu mereka membeli insurans ketika ini?Dengan andaian insurans tidak diwajibkankan oleh undang undang jalanraya, jawabnya tidak perlu kerana kereta mereka masih elok dan terpelihara.Jadi pada ketika manakah insurans itu perlu?Ketika keadaan kereta mereka rosak kerana kemalangan atau kereta mereka dicuri atau terbakar.Persoalannya, adakah syarikat insurans yang menawarkan insurans ketika ini?Setakat ini belum ada syarikat insurans atau takaful dalam pasaran yang menawarkan insurans dalam situasi sebegini. Oleh itu,pengguna seharusnya sedar dan faham benar kenapa mereka membeli insurans dalam situasi tidak memerlukannya.Secara rengkasnya,pengguna harus benar benar memahami bahawa mereka membeli insurans sebagai langkah berjaga jaga kepada sebarang kejadian yang tidak diingini serta merugikan mereka.Di sinilah letaknya keperluan membeli insurans dan pembelian ini boleh menyelamatkan orang lain dari menghadapi kesukaran sekiranya pengguna berdepan dengan kejadian yang tidak diingini.Saya menyatakan demikian kerana dari pengalaman lalu, saya pernah didesak untuk mengeluarkan polisi ketika kereta mereka terlibat dalam kemalangan atau dicuri.Tindakan sebegini sebenarnya hanyalah satu tindakan menipu syarikat yang saya wakili jadi tidak wajar sama sekali saya menjual sebarang polisi dalam situasi begini di mana kalau saya lakukan ianya samalah dengan mengkianati orang yang memberi saya peluang untuk berniaga. Mungkin kejadian desakan di atas sudah tidak berlaku sekarang ini, tetapi apa yang saya ingin tekankan ialah adanya pengguna yang masih dibelengu dengan satu parodok ia itu , syarikat insurans tidak pernah membayar penuh tuntutan kemalangan atau kecurian atau kebakaran yang dibuat.Malah dalam kes yang extrim, masih ada pengguna yang mendakwa syarikat insurans cenderung untuk menipu pengguna dengan tidak membayar penuh sebarang tuntutan.Saya menyedari semua dakwaan seperti ini berpunca kerana pengguna sendiri tidak faham dengan apa yang mereka beli. Insurans bukanlah goreng pisang panas tetapi adalah satu kontrak perlindungan, jadi sudah tentu ianya ada syarat syarat yang mesti dipatuhi oleh pihak yang berbabit dengan kontrak tersebut, ia itu pengguna dan prinsipal.Punca utama kenapa Syarikat tidak membayar penuh ia lah kerana pengguna sendiri ketika membeli insurans tidak memenuhi syarat pembelian ia itu tidak mengikut nilai semasa pasaran kereta mereka.Dalam kontrak insuran terdapat satu klaus yang dinamakan Average Clause dimana dalam klaus ini dinyatakan bahawa kalau nilai insurans lebih rendah dari nilai pasaran kereta yang dikenali sebagai under insured, maka ia akan memberi hak kepada syarikat untuk memotong nilai tuntutan pada kadar peratusan kekurangan tersebut.Inilah menjadi paradok kepada setengah pengguna yang setiap kali membeli insurans kereta mereka pada nilai yang lebih rendah dari nilai pasaran semasa kereta mereka dan bagi pengguna yang sering terlibat dalam kemalangan dengan under insured insurans, sudah tentu mereka mengalami tuntutan yang lebih rendah dari kos membaiki kereta mereka di mana mereka sering terpaksa menambah sejumlah wang untuk pembaikian kereta mereka. Satu lagi pengalaman yang menyebabkan pembelian under insured insurans ialah tanggapan bahawa mereka cuma perlu mengambil insurans berdasarkan baki pinjaman kereta mereka dengan bank.Ini amat bahaya kerana ada kemungkinan kereta yang tinggi nilai pasarannya dilindungi oleh jumlah insurans yang terlalu rendah apabila baki pinjaman mereka sudah semakin sedikit.Oleh itu ditegaskan bahawa nilai sebenar perlindungan insurans tidak bergantung kepada baki pinjaman tetapi bergantung kepada nilai pasaran semasa kereta pengguna.Ini bermakna sekiranya baki pinjaman masih lagi tinggi tetapi nilai semasa kereta jatuh pada pada peratusan yang besar, maka nilai insurans yang diperlukan akan menjadi lebih kecil dari baki pinjaman, begitulah sebaliknya. Sebenarnya, situasi paradok yang saya sebut diatas, menjadi masalah besar kepada agen insurans seperti saya sehingga sering kali saya terpaksa menerangkan syarat sebenar pembelian insurans dan dalam memberi penerangan saya terpaksa menyebut tentang kemalangan yang mengerikan kita semua, tetapi saya terpaksa kerana seperti saya katakan di awal tadi, insurans dibeli ketika pengguna tidak memerlukan dan hanya diperlukan kalau berlaku kemalangan atau kehilangan atau kebakaran.

Khamis, 10 Mei 2012

Menafaatkan ICT

Hari ini keperluan menyambung road tax menjadi semakin kompleks kerana kesuntukan masa dan kemungkinan kekangan kewangan ketika saat tamat tempoh road tax berkenaan.Tetapi seiring dengan kesulitan ini,ICT juga sudah mula dimajukan bagi memudahkan kebanyakan urusan termasuk urusan pembaharuan road tax. Saya perhatikan majoriti pengunjung blog saya ini datang dari Lembah Klang yang mana merupakan kawasan paling sibuk di negara kita.Saya juga mempunyai pelanggan yang tinggal di KL yang sering kali bermasalah untuk membaharui road tax mereka.Sejak bertahun lalu saya menguruskan pembaharuan road tax mereka, kini sudah ada kaedah yang lebih mudah untuk tujuan itu ia itu dengan menggunakan kemudahan Myeg di mana road tax boleh dibaharui dengan lebih cepat dan tanpa perlu pemiliknya tergesa gesa pergi ke tempat tertentu malah dalam setengah kes tanpa perlu mereka meinggalkan tempat kerja atau rumah mereka.Semuanya dilakukan dihujung jari. Di sini suka saya memberi tip kepada pembaca dari Lembah Klang tentang bagaimana mendapatkan road tax mereka dengan lebih cepat dan mudah.Pertamanya pemilik boleh melayari dan mendaftar di web Myeg untuk urusan ini dan untuk membaharui road tax, pemilik boleh mendapatkan insurans secara online dari Myeg.Pemilik boleh memilih option bayaran seperti diberikan dalam web berkenaan dan memilih express delivery bagi mendapatkan road tax dalam jangka masa yang cepat tanpa perlu ke mana mana.Sebelum itu pemilik perlu juga mengisi infomasi yang diperlukan dan memastikan infomasi terutama alamat dan no h/p adalah betul. Namun dari fedback yang saya perolehi tidak semua pemilik yang mempunyai masa untuk melayari web Myeg.Dari itu dan dari pengalaman saya menguruskan pembaharuan road tax pelanggan saya yang tinggal di KL, saya ingin menawarkan kemudahan ini kepada sesiapa yang berminat.Untuk mendapatkan khidmat saya, apa yang perlu dilakukan ialah membekalkan saya dengan geran atau kad pendaftaran atau polisi insurans yang lepas.Pemilik boleh melakukan dengan cara scan ke PC atau laptop dan email kepada saya dengan alamat email saya ada tertera di atas bolg ini. Bagi yang tidak dapat scan, boleh copy dan paste borang yang saya sertakan di gadget sebelah kanan blog dan E mail kepada saya setelah mengisi semua infomasi yang diperlukan.Sementara untuk bayaran, saya ada menyediakan 4 buah bank ia itu Maybank,Public bank,Am Bank dan BIMB di mana pemilik boleh memilih mana mana bank yang sesuai dengan mereka terutama bagi pemilik yang ada e banking dengan salah satu bank di atas. Untuk tujuan express delivery Myeg pula, pemilik perlu membekalkan saya dengan alamat tempat kerja atau rumah,no h/p dan email addres.Saya akan menguruskan urusan pembaharuan ini setelah bayaran dibuat(setelah dipersetujui pemilik) dan Myeg akan menghantar road tax tersebut ke alamat yang diberikan.Untuk maklumat, service charge untuk express delivery Myeg ialah RM20.00. Saya faham bahawa bukan mudah bagi sesetengah orang untuk mempercayai maklumat dari blog dan saya juga memberi pilihan kepada pembaca kepada urusan yang memudahkan,oleh itu untuk sesiapa yang ingin berurus niaga dengan saya, perlu ada rasa keyakinan dan kepercayaan kerana bagi saya yang sudah lebih 15 tahun berkecimpung dalam line perniagaan ini,persoalan penipuan dalam penjualan insurans sepatutnya tidak ada lagi.Yang ada ialah perbezaan perkhidmatan antara agen,antara agen dan bank/pejabat posdan antara agen dan prinsipal insurans itu sendiri.Agen akan sentiasa ada kelebihan dari segi persolan touch,lebih lebih lagi dengan perkembangan ICT hari ini.

Selasa, 20 Mac 2012

Dokumen yang perlu disimpan untuk tujuan renew road tax

Akhir akhir ini saya sering ditanya mengenai bagaimana nak renew road tax untuk kereta yang kad pendaftaran(geran)nya dipegang atau disimpan oleh bank kerana pinjaman yang masih belum dijelaskan.Saya sering berdepan dengan persoalan untuk membaharui insurans bagi kereta kereta katogeri ini kerana pemiliknya hanya datang atau menalipon untuk renew road tax tanpa apa apa dokumen yang diperlukan untuk membaharui insuransnya.Saya tidak mempunyai masalah untuk pelanggan pelanggan saya kerana rekod mereka sudah ada dalam simpanan saya tetapi bagi prospek atau pelanggan baru saya memerlukan maklumat kenderaan bagi membaharui insuransnya.

Kes kes yang sering dirujukkan kepada saya ialah kes kes di mana urusan renew roadtax sebelumnya diuruskan oleh jurujual, kes kes kereta yang disambung bayar pinjamannya dan kes kes di mana pemilik sering bertukar tukar tempat atau agen ketika renew road taxnya.Ada juga kes urusan renew road tax dibuat oleh broker kereta untuk kereta kereta yang dibeli melalui broker.Yang berlaku ialah jurujual yang membuat urusan itu sudah berhenti kerja dan dokumen insurans hilang bersama jurujual tersebut, pemilik asal kereta yang dijual secara sambung bayar tidak membekalkan dokumen yang diperlukan dan broker broker kereta sudah tidak dapat dikesan bersama dokumennya.

Inilah sering menjadi masalah kepada saya dan kebanyakan agen insurans lain kerana pemilik datang atau menalipon bertanya berapakah kos renew road tax sedangkan saya serta agen lain tidak mempunyai apa apa rujukan untuk memberi jumlah kos sebenarnya.Apabila diminta dokumen yang diperlukan,pemilik selalunya terpinga pinga kerana tidak mengetahui apa yang saya maksudkan.

Dipendekkan cerita, saya sebagai agen insuran memperlukan maklumat kenderaan tertentu untuk membaharui insurans dan maklumat ini terkandung di dalam kad pendaftaran(geran) kereta serta di polisi insurans yang lepas.Oleh itu untuk membaharui insurans, saya memerlukan samaada geran atau polisi insurans lepas(dalam kes polisi yang dikeluarkan oleh MMIP, salinan geran diperlukan).Oleh itu nasihat saya kepada pemilik pemilik kereta terutama yang gerannya dipegang oleh Bank supaya menyimpan satu salinan geran atau polisi insurans lama bagi tujuan pembaharuan insurans dan road tax.Kalau pembaharuan ini dilakukan di tempat atau dengan agen yang sama tiada masalah yang timbul tetapi sekiranya pemilik bertukar tempat atau agen atas sebab sebab seperti berpindah tempat kerja atau kerana orang yang diberikan hak untuk urusan renew road tax sudah tidak lagi terlibat dengan urusan tersebut seperti jurujual yang berhenti kerja.Begitu juga bagi sesiapa yang membeli kereta secara sambung bayar samada membeli terus dengan pemilik asalnya atau dengan broker,pastikan anda mendapat dokumen yang dinyatakan di atas bagi memudahkan urusan renew road tax nanti.

Ahad, 18 Mac 2012

Perlindungan Insurans Motor adalah standard

Berikutan banyak persoalan yang timbul berkaitan syarikat insurans dan takafur yang masih disalah anggap tentang reputasi mereka maka saya ingin membuat penjelasan mengenai satu perkara ia itu semua syarikat insurans dan takafur yang mengeluarkan polisi insurans motor adalah standard dari segi harga dan liabiliti mereka.Ini bermakna tidak ada satupun syarikat insurans dan takafur lebih baik dari yang lain.

Kecenderungan pengguna untuk membandingkan antara satu syarikat dengan syarikat yang lain banyak disebabkan maklumat mengenai prosedur insurans motor disalah sebarkan oleh pihak pihak tertentu termasuk oleh para agen sendiri.Terdapat juga bengkel bengkel yang turut menyebarkan maklumat yang salah mengenai satu satu syarikat dan insurans serta dalam setengah kes staf bank yang tidak mengetahui tentang prosedur insurans turut memberikan maklumat yang salah kepada pengguna.

Oleh itu suka ditegaskan bahawa bank negara sebagai pengawal insurans telah mengambil langkah yang tegas mengenai perjalanan insurans motor termasuk mewajibkan setiap agent yang bertauliah menjalani latihan selama 20 jam setahun serta mewajibkan bengkel bengkel melaksanakan beberapa perkara tertentu seperti mendaftar dengan Persatuan Insurans Am(PIAM).PIAM diberi tanggungjawab mengawal semua pihak yang terlibat dengan industri insurans am dari melakukan perkara perkara yang boleh menjejaskan syarikat insurans dan takafur.

Namun salah faham negenai syarikat insurans tertentu masih berlaku sehingga masih kedengaran pengguna pengguna tertentu masih menganggap ada syarikat insurans yang tidak baik dan ada yang bagus.Kesemua anggapan ini sebenarnya tidak benar kerana kesemua syarikat insurans dan takafur terikat dengan prosedur insurans motor yang standard, baik dari segi harga premiumnya, NCDnya, dari segi prosedur tuntutannya serta masa menyelesaikan tuntutan tersebut.

Oleh itu pengguna sebenarnya tidak perlu risau ketika membeli atau membaharui insurans motor mereka, pengguna tidak perlu memilih syarikat mana yang hendak dibeli kecuali tentang premiumnya kerana ada syarikat syarikat yang mengenakan loading yang dibenarkan oleh bank negara yang menyebabkan premiumnya lebih tinggi dari syarikat yang lain.

Apa yang penting bagi setiap pengguna ialah memastikan membeli insuransnya dari pihak yang diyakini mampu membantu mereka ketika berdepan dengan masalah.Ini bermakna pengguna perlu memilih agen yang selesa dan mudah bagi mereka untuk berinteraksi bagi membolehkan kesemua masalah yang mereka hadapi dapat diselesaikan dengan lancar dan cepat.

Ahad, 8 Januari 2012

Tarif insurans motor akan diselaraskan pada 16hb. jan ini

Akbar hari ini hari ini melapurkan berita yang telah diumukan semalam ia itu:

BANK Negara Malaysia akan menyelaraskan kadar premium tarif motor secara berperingkat mulai 16 Januari ini dengan jaminan bahawa kesannya terhadap orang awam serta perniagaan adalah kecil.

Bank pusat itu berkata, pelarasan yang hanya membabitkan jumlah yang kecil itu, akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh empat tahun.

“Selain itu kos rawatan hospital, perbelanjaan perubatan dan kos membaik pulih kenderaan serta alat ganti juga turut meningkat,” katanya menerusi satu kenyataan di Kuala Lumpur semalam.

Sebagai contoh, apabila diselaraskan kelak, perlindungan pihak ketiga bagi premium insurans motosikal yang memiliki kapasiti 110 cc akan hanya mengalami kenaikan antara RM1 hingga RM3.50 setiap tahun atau maksimum 30 sen setiap bulan dalam tempoh empat tahun.

Bagi kereta persendirian yang memiliki kapasiti 1,400 cc, pelarasan premium adalah antara RM6 hingga RM34 setiap tahun atau maksimum RM2.80 setiap bulan dalam jangka masa yang sama.

Untuk kenderaan perdagangan seperti teksi luar bandar dan bas, kesan daripada pelarasan premium terhadap penumpang juga adalah kecil, iaitu kurang daripada 10 sen bagi setiap penumpang dan setiap perjalanan.


Ini bermakna akan berlaku sedikit kenaikan kepada premium insurans untuk semua jenis kenderaan.Kenaikan ini hanyalah melibatkan kenaikan basic premium yang tidak pernah dinaikkan sejak ianya berkuatkuasa lebih 20 tahun yang lampau.Pengguna tidak perlu terlalu risau kerana pada praktikalnya nilai semasa (market value) bagi kebanyakan kereta semakin menurun dan saya menjangkakan tidak banyak kesan dari kenaikan ini berbanding dengan kadar premium semasa.

Adalah juga dimaklumkan bahawa pelarasan tarif ini sebenarnya pengawalan kerajaan terhadap perniagaan insurans motor dalam negara.Tarif merujuk kepada panduan standard kepada pengiraan premium motor yang mesti dipatuhi oleh semua syarikat dan agen insurans.Hari ini, untuk kereta kereta yang berumur kurang dari 10 tahun, tiada tambahan kepada jumlah premium yang dikenakan oleh kesemua syarikat, tetapi bagi kereta yang berumur antara 10 hingga 20 tahun(setengah syarikat 25 tahun) dikenakan tambahan berbentuk 'loading'pada peratusan tertentu kepada jumlah standard premium.

Sementara hampir semua syarikat sudah menolak pengeluaran insurans third party untuk kereta yang lebih 20 tahun(setengah syarikat 25 tahun).Bagi motosikal pula hanya tinggal 1 atau 2 syarikat yang masih menawarkan insurans third party.Penyelesaian kepada masalah ini ialah dengan mendapatkan insurans dari MMIP(sila rujuk kepada posting saya yang terdahulu)

Satu perkara yang ingin saya ulangi di sini ialah kengkangan yang sedang dihadapi oleh kebanyakan syarikat insurans yang terpaksa membayar jumlah tuntutan yang tinggi dalam insurans motor yang pula berpunca kepada kadar kemalangan dan kecurian yang tinggi dan secara umumnya kesemua syarikat termasuk takafur mengalami kerugian pada segment insurans motornya.Oleh itu, kenaikan tarif yang baru diumumkan kerajaan mungkin tidak mampu untuk mengurangkan kerugian yang ditanggung syarikat insurans.

Saya menyeru pengguna sekali lagi agar lebih komited untuk membantu industri insurans dengan cara mengambil langkah langkah tertentu untuk mengurangkan kemalangan dan kecurian kereta motor.