Ahad, 8 Januari 2012

Tarif insurans motor akan diselaraskan pada 16hb. jan ini

Akbar hari ini hari ini melapurkan berita yang telah diumukan semalam ia itu:

BANK Negara Malaysia akan menyelaraskan kadar premium tarif motor secara berperingkat mulai 16 Januari ini dengan jaminan bahawa kesannya terhadap orang awam serta perniagaan adalah kecil.

Bank pusat itu berkata, pelarasan yang hanya membabitkan jumlah yang kecil itu, akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh empat tahun.

“Selain itu kos rawatan hospital, perbelanjaan perubatan dan kos membaik pulih kenderaan serta alat ganti juga turut meningkat,” katanya menerusi satu kenyataan di Kuala Lumpur semalam.

Sebagai contoh, apabila diselaraskan kelak, perlindungan pihak ketiga bagi premium insurans motosikal yang memiliki kapasiti 110 cc akan hanya mengalami kenaikan antara RM1 hingga RM3.50 setiap tahun atau maksimum 30 sen setiap bulan dalam tempoh empat tahun.

Bagi kereta persendirian yang memiliki kapasiti 1,400 cc, pelarasan premium adalah antara RM6 hingga RM34 setiap tahun atau maksimum RM2.80 setiap bulan dalam jangka masa yang sama.

Untuk kenderaan perdagangan seperti teksi luar bandar dan bas, kesan daripada pelarasan premium terhadap penumpang juga adalah kecil, iaitu kurang daripada 10 sen bagi setiap penumpang dan setiap perjalanan.


Ini bermakna akan berlaku sedikit kenaikan kepada premium insurans untuk semua jenis kenderaan.Kenaikan ini hanyalah melibatkan kenaikan basic premium yang tidak pernah dinaikkan sejak ianya berkuatkuasa lebih 20 tahun yang lampau.Pengguna tidak perlu terlalu risau kerana pada praktikalnya nilai semasa (market value) bagi kebanyakan kereta semakin menurun dan saya menjangkakan tidak banyak kesan dari kenaikan ini berbanding dengan kadar premium semasa.

Adalah juga dimaklumkan bahawa pelarasan tarif ini sebenarnya pengawalan kerajaan terhadap perniagaan insurans motor dalam negara.Tarif merujuk kepada panduan standard kepada pengiraan premium motor yang mesti dipatuhi oleh semua syarikat dan agen insurans.Hari ini, untuk kereta kereta yang berumur kurang dari 10 tahun, tiada tambahan kepada jumlah premium yang dikenakan oleh kesemua syarikat, tetapi bagi kereta yang berumur antara 10 hingga 20 tahun(setengah syarikat 25 tahun) dikenakan tambahan berbentuk 'loading'pada peratusan tertentu kepada jumlah standard premium.

Sementara hampir semua syarikat sudah menolak pengeluaran insurans third party untuk kereta yang lebih 20 tahun(setengah syarikat 25 tahun).Bagi motosikal pula hanya tinggal 1 atau 2 syarikat yang masih menawarkan insurans third party.Penyelesaian kepada masalah ini ialah dengan mendapatkan insurans dari MMIP(sila rujuk kepada posting saya yang terdahulu)

Satu perkara yang ingin saya ulangi di sini ialah kengkangan yang sedang dihadapi oleh kebanyakan syarikat insurans yang terpaksa membayar jumlah tuntutan yang tinggi dalam insurans motor yang pula berpunca kepada kadar kemalangan dan kecurian yang tinggi dan secara umumnya kesemua syarikat termasuk takafur mengalami kerugian pada segment insurans motornya.Oleh itu, kenaikan tarif yang baru diumumkan kerajaan mungkin tidak mampu untuk mengurangkan kerugian yang ditanggung syarikat insurans.

Saya menyeru pengguna sekali lagi agar lebih komited untuk membantu industri insurans dengan cara mengambil langkah langkah tertentu untuk mengurangkan kemalangan dan kecurian kereta motor.