Isnin, 9 November 2009

Market update: Pengecilan skop risiko insurans kereta motor

Insurans kereta motor di negara kita kini mengalami perkembangan baru seiring dengan situasi ekonomi semasa.Seperti yang pernah saya tulis di posting saya yang lalu,salah satu syarikat insurans prinsipal saya sedang mengecilkan penglibatan mereka dalam mengambil risiko kereta motor.Sebenarnya pengecilan ini bukan sahaja melibatkan syarikat prinsipal saya sahaja tetapi ianya adalah senario terkini dalam keseluruhan industri insurans kereta motor.Kurnia Insurans sebagai syarikat insurans am terbesar di negara kita sudah mengorak langkah untuk mengecilkan pengambilan risiko kereta motor dan langkah pengecilan ini turut diikuti oleh kebanyakan syarikat insurans yang lain termasuk juga syarikat syarikat yang menjalankan urusniaga takafur.Kini hanya tinggal satu atau dua syarikat yang masih liberal dalam panduan underwritting mereka tetapi dipercayai ianya adalah sementara sahaja di mana syarikat syarikat ini dijangka akan mengambil langkah pengecilan yang sama.

Situasi ini tidak bagus bagi sebahagian besar pengguna insurans di mana dipercayai majoriti pemilik kenderaan hari ini adalah terdiri daripada mereka mereka yang terjejas.Cuma pemilik kereta baru sahaja yang mungkin terselamat dari langkah pengecilan ini.

Untuk itu, sebagai panduan kepada pengguna yang terjejas, bagi pemilik kereta persendirian, anda ada dua pilihan iaitu mendapatkan insurans melalui pejabat pos atau mendapatkan perlindungan dari "HIGH RISK POOL".Inilah sahaja kaedah yang ada bilamana seluruh syarikat insurans mengetatkan polisi underwritting mereka.Sementara bagi pemilik lori permit "A" sebahagian kenderaan awam dan sebahagian pemilik lori permit "C", anda hanya ada satu cara sahaja untuk membaharui road tax lori anda ia itu melalui "HIGH RISK POOL".Untuk maklumat, kini semua syarikat insurans sudah menolak semua risiko untuk permit "A", sebahagian kenderaan awam dan lori permit "C".Begitu juga bagi pemilik kenderaan special type, pilihan yang ada semakin terhad untuk mendapat perlindungan insurans di mana kemungkinan besar mereka juga terpaksa beralih kepada "HIGH RISK POOL".

Situasi begini pernah berlaku sekitar tahun 1987 dan 1988 di mana ketika itu, keadaan juga dipengaruhi oleh polisi underwritting Kurnia Insurans.Tetapi daripada maklumat yang didapati, suasana hari ini lebih teruk daripada tahun tahun 1987-88. Untuk itu, pengguna perlu bersedia untuk berdepan dengan situasi yang lebih teruk.Kini ada ura ura untuk mewajibkan kereta lebih 15 tahun diperiksa oleh puspakom dan hampir semua syarikat insurans dan takafur sudah menolak risiko kereta yang berusia lebih 20 tahun.Pendek kata pemilik kereta lama sudah tinggal nyawa nyawa ikan lagi.

Pejabat pos merupakan satu satunya tempat untuk mendapatkan perlindungan 3rd party bagi kereta dan motor (yang berusia kurang dari 10 tahun).Ramai yang bertanya kenapa pejabat pos sahaja dibenarkan mengeluarkan perlindungan 3rd party sementara agen agen insurans sudah tidak dibenarkan.Sebenarnya, syarikat syarikat insurans sudah menolak semua bentuk perlindungan 3rd party ini, tetapi bagi polisi yang dikeluarkan di pejabat pos, ianya mendapat backup daripada kerajaan yang bermakna sebahagian besar risiko akan ditanggung oleh kerajaan.Tetapi saya juga mendapat maklumbalas dari pelanggan pelanggan saya bahawa pejabat pos juga turut mengetatkan pengeluaran polisi 3rd party ini.Ada sebahagian model(untuk motosikal) tidak diterima dan ada pula yang memberitahu pejabat pos mengenakan kouta harian ketika mengeluarkan polisi 3rd party ini di mana sesiapa yang datang ketika kouta mereka sudah habis dikeluarkan, maka pembaharuan insurans dan road tax mereka akan turut ditolak.Begitu juga di setengah tempat,pejabat pos menetapkan hari hari tertentu untuk menerima pembaharuan road tax di mana sekiranya pelanggan pergi pada hari hari lain, maka pembaharuan juga tidak akan dibuat.

Demikianlah, kesukaran kesukaran yang sedang dihadapi oleh pengguna yang turut menjejaskan agen agen insurans.Namun begitu, agen agen masih boleh memberikan perkhidmatan terutama dalam memdapatkan perlindungan daripada "HIGH RISK POOL".Umumnya, pelanggan tidak mengetahui apakah "HIGH RISK POOL" dan bagaimana untuk mendapatkannya.Di sinilah kelebihan yang ada pada agen agen insurans yang umumnya mengetahui cara cara untuk mendapatkan perlindungan daripada "HIGH RISK POOL".Untuk itu, kepada pengguna yang terjejas dengan polisi underwritting insurans semasa, carilah agen agen yang boleh membantu anda.

Jumaat, 6 November 2009

Kenapa Anda perlukan Agen insurans?

Tengah hari semalam ketika sedang minum kopi di restoran bersama pelanggan, saya menerima satu panggilan talipon dari seorang kawan yang juga salah seorang pelanggan saya meminta pertolongan kerana tayar kereta TOYOTA WISH yang dipandu oleh isterinya bocor di tengah perjalanannya di satu tempat yang sukar untuk mendapatkan pertolongan sementara isterinya tidak tahu dan tidak mampu untuk menukar tayar.Kebetulan pelanggan yang sedang minum kopi dengan saya juga pemilik kereta TOYOTA WISH yang kemudian memberitahu sedikit panduan bagaimana untuk menukar tayar kereta tersebut.

Saya kemudian ke tempat kejadian setelah menalipon adik saya untuk meminta beliau ke tempat yang sama keran saya memerlukan pertolongan untuk membantu isteri pelanggan tersebut.Tetapi alhamdullah sebaik saja saya sampai tiba tiba dua orang anak muda yang memandu kereta TOYOTA CALDINA berhenti dan menawarkan bantuan yang sungguh bermakna dan berguna kepada saya dan kepada isteri pelanggan tersebut sebelum adik saya sampai.Setelah mengalami beberapa masalah teknikal akhirnya tayar kereta tersebut berjaya ditukar.Ucapan terima kasih kepada pemuda yang baik hati itu dari saya bagi pihak pelanggan saya.

Namun apa yang saya ingin kongsikan ialah kepentingan untuk menjadi agen yang baik kepada pelanggan dan keperluan setiap pengguna untuk berurusniaga dengan agen yang baik.Moral dari kejadian ini ialah pelanggan saya yang bekerja di Kuala Lumpur pada ketika dimaklumkan oleh isterinya mengenai masalah yang dihadapinya secara spotan teringat kepada saya yang menjadi agen insuransnya lalu terus menghubungi saya untuk mendapatkan pertolongan,Ini bermakna seorang agen bukan sahaja menjual polisi kepada pelanggannya tetapi menjadi tempat rujukan utama bilamana berdepan dengan masalah berkaitan dengan kereta mereka.Ini juga bermakna seorang agen perlu bersedia untuk membantu pelanggan dalam apa jua keadaan,sekali gus ianya menjadi nilai tambah percuma kepada pelanggannya.

Nilai tambah ini mungkin tidak dapat diperolehi oleh mana mana pengguna yang mendapatkan insurans mereka dengan Bank atau pejabat pos atau MyEG atau membeli terus dari syarikat insurans tetapi boleh diperolehi daripada agen agen yang baik.Di sinilah mesej yang ingin saya sampaikan kepada semua pelanggan agar mendapatkan insurans kereta mereka dengan agen agen yang baik yang saya pasti ramai dalam pasaran sekarang ini.Begitu juga rakan rakan agen semua, bersedialah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.

Itu satu daripada isu yang ingin saya ketengahkan kepada semua pembaca blog saya.Satu lagi keperluan untuk memiliki agen yang baik terserlah dalam situasi underwritting insurans semasa.Semalam juga saya berdepan dengan masalah untuk membaharui tiga polisi yang sebelum ini diambil dalam bentuk 3rd party tetapi sudah tidak diterima sekarang ini.satu daripada polisi tersebut milik adik saya yang saya panggil untuk membantu saya ketika menukar tayar TOYOTA WISH tersebut.Kalau diikut standard kebanyakan syarikat insurans hari ini,adik saya terpaksa membayar harga yang terlalu tinggi untuk insurans keretanya yang sebelum ini menggunakan perlindungan 3rd party.Tetapi dengan hubungan yang baik dengan rakan rakan agen yang lain, saya berjaya mendapatkan polisi yang dikira murah dalam keadaan semasa dan menyelamatkan adik saya daripada membayar harga yang tinggi untuk insurans keretanya yang berusia lebih daripada 15 tahun.Saya juga berdepan dengan dua pembaharuan insurans lori permit C salah seorang pelanggan tetap saya.Saya berjaya mendapatkan pembaharuan yang dikira murah kepada salah sebuah lori tersebut tetapi masih gagal untuk membaharui sebuah lagi.Sehingga saya menulis ini, saya tidak pasti samada pelanggan saya sudah mendapatkan insurans dari tempat lain kerana masih tidak sempat menghubunginya tetapi dari pengalaman yang lepas saya agak beliau masih belum berjaya membaharui insurans tersebut.Inilah masalah yang sedang dihadapi oleh para agen dan semalam juga saya diberitahu oleh underwritter salah sebuah syarikat insurans prinsipal saya bahawa sekarang ini, polisi syarikat ialah untuk mengurangkan penglibatan dalam mengeluarkan polisi polisi insurans kereta motor.

Kemungkinan kepada masalah yang lebih serius sudah dibayangkan oleh underwritter tersebut di mana sebuah lagi prinsipal saya turut mengubah prosidur membatalkan cover note yang turut memberikan banyak kesulitan kepada agen agen mereka.Inilah cabaran yang mesti dihadapi oleh agen agen insurans hari ini dan kesulitan yang berterusan perlu dihadapi bersama oleh orang ramai.Tetapi apa yang ingin saya sampaikan dalam isu ini ialah kemampuan para agen menolong pelanggan mereka dalam situasi yang sukar hari ini.Contoh dari kemampuan saya mendapatkan perlindungan yang bersesuaian dengan keperluan pelanggan seperti kes kereta adik saya dan salah sebuah lori permit C tersebut seharusnya diambil kira oleh pengguna sekelian dalam pertimbangan untuk mendapatkan polisi mereka. Sekalipun MyEG menawarkan diskaun kepada road tax, sekalipun syarikat insurans memberi rebate kepada premium yang dibeli dikaunter mereka, tetapi tidak ada satupun mampu memberi servis seperti para agen yang pada saya merupakan personal touch yang tidak mampu disaingi oleh MyEG atau mana mana pihak sekalipun termasuk bank dan pejabat pos dalam soal pembelian polisi insurasn ini.

Isnin, 2 November 2009

MyEG, Era baru dalam penggunaan Insurans dan pembaharuan Road tax

Kini, urusan insurans kereta motor dan pembaharuan Road tax memasuki era baru bilamana urusan elektronik atau E dagang sudah mula digunakan.MyEG Service Berhad diberi hak bagi pihak kerajaan untuk urusan membaharui Road tax kereta persendirian dan lesen memandu(CDL).Road tax dan lesen memandu yang dikeluarkan oleh MyEG adalah sah seperti Road tax dan lesen yang dikeluarkan oleh JPJ.

Dengan kehadiran MyEG dalam urusan insurans dan pembaharuan Road Tax ini,maka terbuka satu lagi opsyen bagi agen agen insurans dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan mereka.Kini selain menggunakan runner, agen juga boleh memenafaatkan perkhidmatan MyEG, oleh itu bertambahlah opsyen yang boleh ditawarkan kepada pelanggan.Ini bermakna, agen agen tidak terjejas dengan kehadiran MyEG malah telah menambahkan lagi kepelbagaian dalam perkhidmatan mereka.

Bagi pengguna, Kehadiran MyEG ini pula menunjukkan satu perkembangan baru menuju masadepan.Para agen sudah mula menyesuaikan diri untuk memenafaatkan urusan elektronik yang ditawarkan oleh MyEG, tetapi pengguna masih lagi kurang maklumat dan kurang minat untuk menggunakan MyEG.Untuk itu adalah diingatkan bahawa urusan elektronik yang sudah ada sekarang mungkin merupakan urusan masadepan.Mungkin sedikit masa lagi akan muncul syarikat pengendali lain untuk turut sama bersaing dalam urusan elektronik kerajaan ini dan mungkin juga satu hari nanti semua urusan berkaitan jabatan kerajaan akan dijalankan secara elektronik.

Untuk maklumat pengguna, MyEG menawarkan potongan sehingga 30% dari harga Road tax bagi sesiapa yang menggunakan perkhidmatan mereka.Begitu juga, syarikat insurans memberi rebate sebanyak 5% dari harga premium bagi sesiapa yang berurusan terus dengan mereka dan rebate ini akan dinaikkan kepada 10% pada 1 julai 2010.Ini merupakan galakan kepada penggunaan kemudahan elektronik dalam urusan pembaharuan Road tax.

Perlu diingatkan bahawa urusan elektronik MyEG bukan setakat urusan pembaharuan Road tax dan lesen memandu sahaja tetapi MyEg turut menawarkan urusan elektronik untuk urusan pembayaran saman dengan PDRM, turut memberi perkihidmatan di jabatan pendaftaran negara dan dengan beberapa agensi kerajaan dan swasta yang lain.Ini bermakna urusan elektronik ini sedang dikembangkan dalam kehidupan moden hari ini dan kemungkinan ianya akan menjadi sesuatu yang mesti dihadapi di masa masa depan.

Oleh itu, adalah dicadangkan supaya pengguna dan orang ramai memberi tumpuan untuk menyediakan diri dengan perubahan yang mungkin akan berlaku ini dengan mendekatkan diri dengan teknologi ICT serta mengikuti perkembangan perkembangan baru dalam internet serta turut menyertai mana mana bidang yang ditawarkan diinternet.Sesiapa yang enggan turut serta mungkin akan mendapati diri mereka tertinggal satu masa nanti dan dalam hal ini saya suka mengucapkan syabas kepada rakan rakan agen yang sudah berjaya menyesuaikan diri dengan kehadiran MyEG dalam pasaran dan seterusnya suka mencadangkan agar rakan rakan semua turut membuka minda kepada peluang peluang yang boleh dimenafaatkan terutama peluang peluang elektronik yang ada.

Jumaat, 30 Oktober 2009

Isu biasa yang terjadi kepada pengguna pengguna insurans

Saya terlupa sebelum ini untuk membangkitkan satu lagi isu yang sering dihadapi oleh pengguna insurans yang seringkali pula melibatkan kesukaran turut dikongsi oleh agen agen yang mengeluarkan polisi insurans berkaitan.Kes yang sering kali berlaku ini ialah pengambilan jumlah perlindungan yang tidak mencukupi yakni jumlah perlindungan insurans yang diambil rendah dari nilai pasaran kereta atau kenderaan yang diinsuranskan.

Prinsip asas yang digunakan untuk mengukur kadar risiko yang ditanggung oleh sesuatu polisi ialah HARGA PASARAN SEMASA.Saya sudah menjelaskan mengenai perkara ini dalam posting posting yang lepas.Saya juga menyebut tentang satu klaus dalam kontrak insurans yakni average claus yang dengan jelas menyebut bahawa sekiranya jumlah perlindungan yang rendah diambil untuk melindungi kereta kereta yang terlibat dengan tuntutan, maka kadar yang kurang itu mesti ditanggung oleh pemilik.Saya juga pernah menyatakan bahawa sesuatu polisi hanya akan laku seandainya kereta atau harta yang dilindungi itu terlibat dengan tuntutan, seandainya tiada tuntutan dalam tempoh yang dinyatakan dalam polisi maka tiada apa apa yang akan berlaku.

Perkara ini seharusnya disedari dan difahami oleh setiap pemilik kenderaan ketika membeli sesuatu polisi.Tetapi banyak kes yang terjadi di mana ketika membeli, pemilik yang juga pengguna insurans menekankan untuk mendapatkan perlindungan yang murah, walaupun perlindungan itu tidak mencukupi nilai semasa pasaran kereta mereka.Dalam banyak kes, kebiasaannya para agen akan memberitahu pemilik tersebut akan risiko yang diambilnya dan banyak kali juga pemilik menyatakan mereka faham mengenainya.Tetapi banyak kali juga terjadi di mana ketika terlibat dengan kemalangan dan tuntutan, pemilik terbabit kembali kepada agen dengan dakwaan bahawa mereka tidak diberitahu akan kemungkinan tanggungan yang terpaksa dihadapinya.Di sinilah seringnya terjadi bertenglingkahan yang tidak menguntungkan para agen kerana nama mereka disebarkan sebagai seorang agen yang tidak bertanggungjawab.Pun begitu di peringkat yang paling akhir, pemilik terbabit juga yang rugi kerana terpaksa menanggung kurangan nilai insuransnya.

Pada saya, perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku.Pemilik yang memiliki kereta harus sedar bahawa kos insurans adalah sebahagian kos menyelenggara kereta mereka dan tidak ada sebab kenapa mereka perlu mencari perlindungan yang kurang semata mata untuk menjimatkan wang mereka.Dan seandainya mereka berbuat demikian, mereka seharusnya sedar juga bahawa yang mengambil risiko itu adalah diri mereka sendiri, bukannya agen atau syarikat insurans.

Isnin, 26 Oktober 2009

Kembali kepada kepenggunaan Insurans

Akhirnya saya dapat juga mengasingkan antara dua perniagaan dengan membina blog yang berasingan bagi perniagaan prepaid.Kini blog ini akan kembali memberi tumpuan kepada isu isu yang berkaitan dengan kepenggunaan insurans yang pada hemat saya perlu diutarakan bagi pengetahuan pengguna insurans semua.

Untuk kali ini ada dua isu yang saya ingin bicarakan.Pertama mengenai ketidakpastian yang melanda sebahagian besar pengguna insurans kereta motor mengenai kenapa hari hampir semua syarikat insurans di negara kita menolak untuk mengeluarkan perlindungan pihak ketiga(3rd party) dan kenapa kesemua syarikat sudah menolak untuk mengeluarkan insurans bagi kenderaan awam dan lori permit "A".Umumnya, ianya berpunca dari tahap tuntutan yang terlalu tinggi sehingga syarikat insurans terbesar di Malaysia,Kurnia Insurans sudah berdepan dengan masalah serius untuk membayar tuntutan yang terlalu tinggi tersebut.Oleh kerana Kurnia Insurans yang sebelum ini banyak menerima risiko secara meluas telah menghadkan underwritting mereka kepada had had yang agak mengejutkan, maka kebanyakan pengguna yang sebelum ini membeli polisi dari mereka beralih kepada syarikat syarikat lain, yang pula menyebabkan syarikat syarikat lain berdepan dengan masalah.

Oleh itu, syarikat syarikat lain juga terpaksa mengubah underwritting mereka seiring dengan perubahan yang dilakukan oleh Kurnia Insurans.Akibatnya, banyak risiko yang tidak diterima dan menyebabkan pula pengguna terpinga pinga bertanya kenapa hal ini berlaku.Sedangkan jawapannya mudah diperolehi seandainya pengguna peka dengan kejadian kemalangan yang agak tinggi di negara kita terutama yang melibatkan pengankutan awam dan lori lori besar permit "A".Semua kemalangan ini akan memberi kesan kepada syarikat insurans termasuk Takafur kerana mereka yang perlu membayar segala tuntutan berkaitan kemalangan tersebut.Tuntutan ini bukan setakat tuntutan kerosakan kereta atau kenderaan tersebut tetapi turut melibatkan tuntutan pihak ketiga(3rd Party) yang berkaitan kecederaan dan kematian.Akibatnya,syarikat insuran berdepan dengan masalah kecairan yang serius demi memenuhi tuntutan tersebut.Inilah punca utama kenapa pembelian polisi insurans bagi kereta motor menjadi sedemikian rupa sehingga pengendali Takafur yang sepatutnya menjadi syarikat yang terbuka dalam perkara 'MENOLONG" orang ramai turut menghadkan pengambilan risiko mereka.Takarub sudah tidak boleh diamalkan secara keseluruhannya oleh pengendali takafur serta penyertaan orang ramai dalam takafur turut menjadi semacam pemilikan asset seperti polisi insurans konvensyional.Inilah juga menjadi punca kepada kemungkinan jatuhnya industri insuran negara sekiranya ia tidak dikawal dan dijamin oleh kerajaan.

Untuk itu, menjadi tanggungjawab bersama untuk memastikan kadar kemalangan di jalanraya berkurangan bukan sahaja untuk meyelamatkan nyawa tetapi untuk menyelamatkan industri insurans negara sekaligus untuk memberi kemudahan yang selesa kepada pengguna insurans semua.

Isu yang kedua yang ingin saya utarakan ialah mengenai kurangnya komitment setengah agen dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan mereka.Agen insuran dan Takafur umumnya memiliki pejabat agensi yang mana turut memberi perkihidmatan tambahan terutama dalam urusan pembaharuan road tax pelanggannya.Semacam sudah menjadi kemestian kepada agen agen insurans untuk menjadi agen berkomisyen kepada segala urusan berkaitan JPJ.Tetapi beberapa hari lepas saya menerima panggilan talipon dari seorang kenalan yang bertanyakan masalah kawannya kepada saya.Menurut kenalan saya, kawannya sudah membeli atau "MENYERTAI" Takafur tetapi tidak tahu bagaimana untuk membaharui road taxnya yang mana gerannya berada di EON Bank Kuantan.Beliau bertanyakan saya cara bagaimana road tax tersebut boleh disambung.Hal ini menyebabkan saya berfikir bagaimana agen atau pejabat Takafur tersebut tidak memberi pandu arah atau menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan(sebenarnya bukan pelanggan tetapi peserta dalam pengertian Takafur)untuk membaharui road taxnya.Inilah isu yang saya ingin kemukakan kepada semua.Insurans dan Takafur adalah satu bidang yang memerlukan perkhidmatan tambahan bagi memudahkan pelanggan atau peserta dalam pengertian takafur, maka seseorang agen yang mahu terlibat dalam bidang ini perlu sekali meyediakannya termasuk memiliki pengetahuan yang mencukupi bagi memberi pandu arah yang betul kepada pelanggan atau peserta (dalam pengertian takafur) mereka.

Satu lagi perkara yang perlu diketahui pelanggan ialah sekiranya polisi insurans itu diambil terus daripada kaunter mana mana syarikat insurans termasuk takafur,pengambilan polisi tersebut layak mendapat rebate sebanyak 5% dari harga premium atau sumbangan (dalam pengertian Takafur) tanpa mengira ianya perlindungan komprehensif atau perlindungan pihak ketiga(3rd parti).Baru baru ini saya dimaklumkan oelh kerani saya bahawa beliau dinafikan hak 5% itu oleh pejabat salah satu syarikat takafur kerana menurut pegawainya ianya perlindungan 3rd Party,rebate hanya diberi kepada perlindungan komprehensif ketika beliau pergi untuk mendapatkan perlindungan 3rd party di sana.Maklumat salah yang tidak sepatutnya diberikan oleh pegawai yang menjalankan urusniaga Takafur atau insurans.

Ahad, 18 Oktober 2009

kenapa usahawan prepaid?

Kali ini saya ingin melanjutkan perbincangan mengenai usahawan prepaid.Perkataan usahawan mempunyai makna yang lebih luas dari penjual atau peruncit.Usahawan adalah individu yang membangunan rangkaian perniagaan yang luas dan mencakupi ruang yang lebih besar serta menarik penyertaan yang lebih ramai berbanding dengan penjual atau peruncit yang hanya memberi fokus kepada sesuatu perniagaan dalam skala yang kecil dan berbentuk subsistance(sara diri).

Di sini apa yang perlu dilakukan oleh sesiapa yang ingin menjadi usahawan ialah membuka minda kepada option yang ada serta kreatif dalam membentuk link perniagaannya.Tanpa kualiti ini,keusahawanan tidak terbina dalam diri mana mana individu.Dari pengalman yang ada, usahawan usahawan yang muncul dan stabil dalam keusahawanannya hari ini kebanyakannya telah melalui satu proses yang cukup getir dalam mencapai cita ciata keusawahanan mereka.Ada yang muncul kerana pengaruh politik, dan ada yang stabil sesudah mengalami beberapa kejatuhana dalam usaha mereka.

Namun, dengan perkembangan teknologi ICT yang pesat dewasa ini, muncul pula satu ruang dan peluang keusawahanan yang lebih kecil risikonya iaitu dalam bidang jualan airtime talipon celular prepaid.Prepaid adalah bil talipon yang dibayar dahulu sebelum menggunakannya dan prepaid memerlukan penggunanya melakukan top up sekiranya bil pendahuluannya sudah habis atau hampir kehabisan.Di sinilah peluang yang ada bagi seseorang yang ingin membangunkan keusahawanan yang kalau diamati mempunyai risiko yang cukup rendah berbanding prospek keuntungan yang ada.Di negara kita, statistik syarikat telekominikasi menunjukkan jutaan pengguna talipon prepaid yang sekaligus membuka peluang yang cukup baik bagi membangunkan keusahawanan dalam bidang jualan airtime ini.

Hari ini juga, statistik menunjukkan tidak ramai dari kita yang meyahut cabaran untuk menjadi usahwan dalam bidang ini.Syarikat telekominikasi seperti TM net dan celcom ada menawarkan peluang keusahawanan ini.Ianya memerlukan banyak tumpuan yang mesti diberikan dalam membangunkan keusahawanan ini menyebabkan ianya tidak begitu diminati sekalipun sudah muncul beberpa usahawan yang berjaya hasil tawaran syarikat syarikat ini.

Namun disebalik semuanya itu, ada beberapa syarikat pengendali urusan jualan air time menjalankan perniagaan secara e dagang termasuk syarikat yang memenafaatkan sistem pesanan ringkas(SMS) dan menawarkan satu sistem yang mampu melahirkan keusahawanan dalam bidang perniagaan prepaid ini.Di sebalik semuanya ini, sambutan terhadap tawaran syarikat syarikat ini tidak mendapat sambutan yang meluas dan meninggalkan ruang yang cukup besar untuk direbut.Oleh itu kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui rahsia bagaimana keusawahanan boleh dibina melalui perniagaan prepaid ini disarankan agar mengkaji sistem perniagaan yang ditawarkan oleh syarikat syarikat ini serta mendengar pengalaman mereka yang sudahpun berjya menjadi usahawan.

Satu perkara yang menarik mengenai perniagaan prepaid ialah keperluan modal, masa dan tempat cukup kecil berbanding mana mana perniagaan lain bagi melahirkan seorang usahawan.Ini bermakna semua orang tanpa mengira latarbelakang mempunyai peluang untuk menjadi usahawan prepaid dan dalam keadaan pasaran yang masih besar ini, peluang untuk menjadi usahwan prepaid yang berjaya cukup besar, jadi saranan saya kepada semua pembaca, rebutlah peluang ini sebelum ruang pasaran mengecil.

Rabu, 14 Oktober 2009

JADILAH USAHAWAN PREPAID

Sudah agak lama saya tidak menulis, kerana hampir ketiadaan isu yang besar dalam industri insurans dewasa ini.Kepenggunaan insurans di negara kita nampaknya masih lagi di tahap yang sama sekalipun sudah terdapat usaha untuk meningkatkannya.Agen agen diwajibkan mengikuti kursus 20 jam setahun bagi mempertingkatkan pengetahuan dan pengalaman mereka dalam bidang ini serta diwajibkan mematuhi beberapa peraturan bagi meneruskan perniagaan mereka.Pelanggan pelanggan pula dididik untuk memahami keperluan insurans mereka menerusi profesyional agen agen ini sementara syarikat syarikat insurans sudah mula memperketatkan syarat syarat kontrak insurans yang dijual.

Selain daripada itu, tidak banyak perkembangan dan permasalahan baharu dalam industri insurans di negara kita.walaubagaimanapun, untuk kali ini, saya ingin berkongsi satu lagi peluang perniagaan khususnya dengan para agen insurans yang kebanyakannya kini berdepan dengan berbagai bagai kengkangan.Perniagaan yang saya maksudkan ialah perniagaan menjual "TOP UP" perpaid melalui peluang yang disediakan oleh beberapa syarikta pengendali Elecrtonik yang menyediakan peluang perniagaan top up melalui hand phone dan internet.

Peluang perniagaan ini tidak banyak diambil oleh para peniaga kerana mempunyai sikap yang agak negatif dan kurang pengetahuan mengenainya.Sebenarnya kepenggunaan talipon celular dengan kaedah prepaid sudah berkembang dengan pesat di negara kita dan keadaan ini memberi peluang yang cukup menarik kepada sesiapa yang ingin menambah pendapatan dan menjadi usahawan tanpa perlu modal yang banyak dan tanpa perlu tempat yang besar.Untuk itu,bagi para agen insurans yang sudahpun mempunyai premis perniagaan agensi mereka, peluang menjadi usahawan prepaid ini merupakan satu peluang tambahan tanpa menjejaskan urusniaga insurans mereka.Saya berpendapat amat rugi sekiranya para agen mengabaikan peluang yang ditawarkan oleh perniagaan prepaid ini.Walaubagaimanapun, para agen terlebih dahulu perlu memahami bentuk perniagaan yang ditawarkan oleh pengendali elektronik ini di mana terdapat beberapa pengendali yang menawarkan peluang mengembangkan perniagaan dengan cara yang cukup mudah dan terdapat pula pengendali lain yang agak statik dalam menawarkan peluang ini.

Dalam situasi ekonomi sekarang dan suasana persaingan yang ada industri insurans negara sekarang, perniagaan prepaid adalah satu alternatif yang cukup sesuai bagi para agen meringankan beban mereka tanpa menjejaskan perniagaan utama mereka.Oleh itu, saya mencadangkan agar para agen membuka ruang minda mereka untuk mengkaji peluang yang ada dalam bidang jualan prepaid ini.Di samping itu juga perniagaan prepaid ini juga sesuai dengan para usahawan dalam bidang lain serta sesuai bagi mereka mereka yang bukan usahawan tetapi ingin memajukan diri.Tinggal lagi, sikap negatif serta sikap tidak mahu membuka minda perlu dikikis daripada diri dan untuk renungan, suka saya nyatakan di sini bahawa menjadi usahawan prepaid adalah jauh lebih bagus dan mulia daripada menceburi atau melabur dalam skim cepat kaya.