Jumaat, 19 Disember 2008

BERSEDIA UNTUK MELANGKAH KE TAHUN BARU YANG PENUH CABARAN

Tahun baru hampir menjelma.Harga minyak sudah beberapa kali diturunkan tetapi hakikatnya masih belum dapat mengatasi permasalahan ekonomi semasa yang masih meruncing.Saya hanya memokuskan perbincangan mengenai kegawatan ekonomi ini kepada keperluan insurans sahaja di mana dijangkakan bahawa kehadiran tahun baru nanti bakal menyulitkan lagi pengguna insurans.

Hari ini beberapa syarikat insurans utama telah mengenakan syarat syarat ketat ke atas pembelian insurans kereta motor.walaupun masih ada syarikat yang tidak mengenakan syarat tersebut tetapi dijangkakan akan turut berbuat demikian pada tahun hadapan.Jangkaan ini berdasarkan kepada kedudukan ekonomi yang dijangka bertambah buruk di tahun hadapan.

Olih itu,pengguna adalah dinasihatkan agar menyediakan peruntukan yang mencukupi bagi memenuhi keperluan insurans mereka di tahun hadapan.Pengguna adalah dinasihatkan supaya menyusun semula bajet perbelanjaan mereka agar tidak terganggu komitmen insurans mereka.

Untuk pemilik kereta lama, anda dinasihatkan supaya bersedia dengan kenaikan yang tidak diduga dalam premium insurans kereta anda nanti.