Ahad, 10 Julai 2011

Agen insurans.

Sudah agak lama saya tidak update blog di mana post saya yang terakhir ialah pada 10/10/2010.Ini adalah kerana tujuan saya membuka blog ini hanya untuk membicarakan persoalan praktikal mengenai kepenggunaan insurans, bukannya membicarakan aspek aspek teknikal, lagipun pengguna yang mahu mengetahui mengenai perkara perkara teknikal boleh mendapatkannya di web site kesemua syarikat insurans juga di web info insurans yang boleh diekses bila bila bila masa.

Walaubagaimanapun berdasarkan feedback yang saya perolehi, masih ramai yang keliru mengenai mandat dan profesionaliti para agen insurans, masih ramai yang tidak tahu mengenai skop transaksi yang boleh dilakukan oleh seorang agen insuran.

Dari itu dalam post ini saya akan cuba menjelaskan mengenai kekeliruan tersebut.Pertamanya saya ingin jelaskan bahawa seorang yang dilantik sebagai agen insurans bertindak sebagai agen atau wakil syarikat insurans yang melantiknya di mana prosedur perlantikan mesti dipatuhi sepenuhnya.Sebelum itu, suka ditegaskan bahawa insurans terbahagi kepada 2 katogeri ia itu insurans nyawa atau hayat dan insurans am.Insurans nyawa ringkasnya ialah satu perlindungan terhadap tubuh badan manusia dari risiko kewangan berkaitan kematian,penyakit dan kemalangan serta ianya juga termasuk aspek aspek simpanan(saving) dan pelaburan(investment) kewangan.Seorang yang membeli polisi insurans nyawa mungkin juga menyimpan atau melabur bagi tujuan hari tua dan ianya tidak langsung melindungi risiko selain dari risiko kewangan bagi tubuh badan pembelinya.

Sementara insurans am ialah semua bentuk insurans atau penanggungan risiko kewangan selain dari tubuh badan manusia.Insurans am lebih luas dari insurans nyawa di mana secara amnya ianya boleh dibahagikan kepada insurans atau perlindungan harta benda(property insurances) dan insuran atau perlindungan kemalangan diri(bodily injured).Di sini terdapat persamaan antara insurans nyawa dan insurans am kerana risiko kecederaan akibat kemalangan boleh dilindungi oleh kedua dua bentuk insurans ini tetapi berbeza dengan kelumpuhan atau ketidakupayaan fizikal yang disebabkan oleh penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan seumpamanya hanya dilindungi oleh insurans nyawa.

Dari pembahagian ini, insurans am disenaraikan mengikut kelas kelas tertentu.Pembaca boleh membuat rujukan di gadget sebelah kanan blog saya untuk mengetahui kelas kelas insurans am.Antara kelas insurans am ialah kelas kereta motor, kelas liabiliti projek yang yang terdiri dari insuran tanggungan awam(public liability), contract all risk, eraction all risk dan sebagainya.

Dari penjelasan ringkas di atas, suka saya tegaskan bahawa agen insurans berbeza antara agen insurans nyawa dan agen insurans am.Ini bermakna seorang agen yang menjadi agen insurans nyawa dan insurans am perlu mempunyai kontrak berbeza dengan syarikat insurans ia itu satu kontrak insurans nyawa dan satu kontrak insurans am.Kalau seorang agen hanya mempunyai satu kontrak insurans am sahaja bermakna beliau tidak mempunyai autoriti atau mandat untuk membuat sebarang transaksi insurans nyawa dan begitu juga sebaliknya.Penggguna harus mengetahui mengenai perkara ini sebelum membuat sebarang transaksi.Setiap agen dibekalkan dengan kad kuasa, jadi penggunakan boleh meminta kad kuasa tersebut sebagai pengesahan dan sebagai seorang pengguna yang bijak harus mengetahui bahawa seorang agen yang membuat transaksi insurans nyawa mesti seorang agen insurans nyawa yang sah, begitu juga sebaliknya seorang agen yang mencadangkan sebarang kelas insurans am mesti memiliki kad kuasa yang mencacatkan beliau sebagai agen insurans am bagi syarikat insurans tertentu.

Demikianlah serba sedikit yang mampu saya kongsikan kali ini.Sedikit lagi penambahan ialah pengguna terutamanya kontraktor perlu mengetahui bahawa seorang agen insurans am boleh menguruskan semua transaksi insurans am untuknya.Ini bermakna tidak perlu baginya untuk mendapatkan polisi insurans kereta dengan seorang agen dan insurans projek dengan agen yang lain kerana agen yang mengeluarkan insurans keretanya juga boleh mengeluarkan insurans projek kepadanya.Pengetahuan ini penting bagi tujuan penjimatan,kecekapan dan servis yang lebih baik serta mempunyai nilai tambah yang lebih tinggi bagi seorang pengguna.Jadilah seorang pengguna yang bijak dan berpengetahuan.