Rabu, 21 Disember 2011

Kemudahan transaksi yang lebih flexsiable

Hari ini perkembangan perniagaan insurans telah berubah sesuai dengan kesibukan dan kengkangan masa para pemilik yang memerlukan ruang masa yang lebih dari masa pejabat.Untuk itu beberapa organisasi yang terlibat dalam perniagaan insurans seperti bank bank perdagangan dan Myeg menyediakan transaksi menerusi internet dengan tujuan memberikan perkhidmatan yang hassle free.

Tetapi masih ada risiko transaksi ini kerana penghantaran road tax dibuat secara korier service bagi Myeg dan bagi bank bank pula ianya masih terikat dengan waktu pejabat dan kebiasaan ruang parking agak sukar di kebanyakan premis bank bank.begitu juga bagi transaksi internet, bayaran hanya boleh dibuat melalui kredit card, di mana bukan semua pemilik yang ada kredit card.

Memandangkan situasi ini, saya sebagai agen bertauliah telah menyediakan satu kemudahan kepada pemilik semua untuk mengatasi masalah ini. Antara kemudahannya ialah transaksi yang bermula selepas subuh atau boleh dikatakan 24jam juga(tolak waktu tidur) sehingga malam.Apa yang diperlukan untuk mengeluarkan polisi insurans ialah geran kereta sahaja atau polisi insurans tahun lepas, dan geran atau polisi ini boleh diemail kepada saya.Saya akan menyemak market value dan NCD yang layak serta akan membuat quatation dan email terus kepada pemilik berkenaan.Alternatifnya,pemilik yang berminat berurusniaga dengan saya, boleh copy dan paste pada microsoft word 2003 borang maklumat di gadget di sebelah kanan atas blog ini dan email kepada saya setelah semua maklumat yang diperlukan diisi.

Sementara bagi pemilik yang berada di sekitar Dungun boleh berurusan terus di pejabat saya seperti alamat yang diberikan di sebelah kanan dan yang tinggal di sekitar Kemaman, boleh berurusan dengan saya melalui alamat rumah kediaman saya.

Di sini pemilik ada 2 pilihan, samaada mahu membeli insurans sahaja dan menguruskan renewal road taxnya atau untuk meminta saya menyambung road tax sekali di mana saya juga akan menggunakan khidmat Myeg dengan sedikit servis charge dan korier servis.Di sini terdapat perbezaan antara road tax yang disambung terus dengan Myeg kerana di setengah tempat, penghantarannya mengambil masa selama 3-5 hari, sedangkan saya boleh menghantar dengan lebih cepat, dalam situasi normal mengambil masa sehari sahaja.

Sementara bagi bayaran pula, pemilik boleh membuat bayaran menerusi internet dengan beberapa bank yang saya sediakan(pilihan dibuat oleh pemilik dan saya akan membekalkan no akaun) atau melalui mesin CDM di bank bank terbabit tetapi Saya tidak menggunakan kredit card.

Selain itu, pemilik boleh merujuk kepada gadget sebelah kanan blog ini mengenai kemudahan yang saya sedia dan suka saya tegaskan bahawa pengambilan polisi insurans kereta motor adalah terbuka, bukan terikat dengan mana mana pihak terutama bank yang mengeluarkan pinjaman.Sekali lagi saya tegaskan bahawa agen mempunyai kelebihan dari sudut personal touch dalam servisnya yang tidak mampu ditandingi oleh mana mana bank sekalipun.

Selasa, 13 Disember 2011

Insurans T/Party untuk motosikal

Satu isu yang utama hari ini berkaitan kepenggunaan insurans ialah untuk mendapatkan perlindungan t/party bagi motosikal di mana banyak prinsipal insurans yang telah mengetatkan underwriting mereka bagi perlindungan motosikal.Prinsipal insurans utama kesemuanya sudah menolak pengambilan risiko t/party terutama kepada motorsikal yang berusia 20 atau 30 tahun ke atas.

Sementara perlindungan Komprehensif bukanlah pilihan yang baik bagi motosikal lama kerana nilai pasarannya terlalu rendah tetapi bagi prinsipal yang masih mengeluarkan polisi komprehensif untuk motosikal lama mengenakan syarat perlindungan minima yang jauh lebih tnggi dari nilai pasarannya.Hal ini tidak praktikal kerana dalam kes tuntutan, nilai pasaran akan diambil kira, contohnya kalau nilai pasaran sesebuah motsikal itu RM500-00, tetapi perlindungan minima ialah RM2,000-00, maka jika ada tuntutan yang dibuat, RM500-00 yang akan dibayar bukannya RM2,000-00 seperti insurans yang diambil.

Kecelaruan ini boleh di atasi sekiranya, pemilik tahu ke mana hendak pergi bagi mendapatkan perlindungan t/party yang lebih murah dari perlindungan Komprehensif.Untuk itu, pilihan yang ada ialah mendapatkan insurans di pejabat pos yang masih menawarkan insurans t/party untuk motosikal dan sekiranya pemilik menghadapi kesukaran untuk mendapatkan insurans di pejabat pos, maka pilihan lain yang ada ialah mendapatkan insurans dari MMIP di bawah skim high risk pool.

Untuk mendapatkan insurans pool ini, pemilik boleh pergi ke mana mana pejabat cawangan beberapa syarikat insurans atau menghubungi agent agent yang ada kepakaran untuk mendapatkan perlindungan ini.Saya merupakan salah seorang dari agen tersebut yang boleh dihubungi bila bila masa dari mana mana jua untuk tujuan mendapatkan insurans tersebut.

Walaubagaimanapun bagi motosikal yang masih baru, dinasihatkan untuk mendapatkan sekurang kurangnnya perlindungan komprehsif yang minama kerana premium untuk perlindungan komprehensif minima tidak jauh bezanya dengan premium t/party pool.