Selasa, 13 Disember 2011

Insurans T/Party untuk motosikal

Satu isu yang utama hari ini berkaitan kepenggunaan insurans ialah untuk mendapatkan perlindungan t/party bagi motosikal di mana banyak prinsipal insurans yang telah mengetatkan underwriting mereka bagi perlindungan motosikal.Prinsipal insurans utama kesemuanya sudah menolak pengambilan risiko t/party terutama kepada motorsikal yang berusia 20 atau 30 tahun ke atas.

Sementara perlindungan Komprehensif bukanlah pilihan yang baik bagi motosikal lama kerana nilai pasarannya terlalu rendah tetapi bagi prinsipal yang masih mengeluarkan polisi komprehensif untuk motosikal lama mengenakan syarat perlindungan minima yang jauh lebih tnggi dari nilai pasarannya.Hal ini tidak praktikal kerana dalam kes tuntutan, nilai pasaran akan diambil kira, contohnya kalau nilai pasaran sesebuah motsikal itu RM500-00, tetapi perlindungan minima ialah RM2,000-00, maka jika ada tuntutan yang dibuat, RM500-00 yang akan dibayar bukannya RM2,000-00 seperti insurans yang diambil.

Kecelaruan ini boleh di atasi sekiranya, pemilik tahu ke mana hendak pergi bagi mendapatkan perlindungan t/party yang lebih murah dari perlindungan Komprehensif.Untuk itu, pilihan yang ada ialah mendapatkan insurans di pejabat pos yang masih menawarkan insurans t/party untuk motosikal dan sekiranya pemilik menghadapi kesukaran untuk mendapatkan insurans di pejabat pos, maka pilihan lain yang ada ialah mendapatkan insurans dari MMIP di bawah skim high risk pool.

Untuk mendapatkan insurans pool ini, pemilik boleh pergi ke mana mana pejabat cawangan beberapa syarikat insurans atau menghubungi agent agent yang ada kepakaran untuk mendapatkan perlindungan ini.Saya merupakan salah seorang dari agen tersebut yang boleh dihubungi bila bila masa dari mana mana jua untuk tujuan mendapatkan insurans tersebut.

Walaubagaimanapun bagi motosikal yang masih baru, dinasihatkan untuk mendapatkan sekurang kurangnnya perlindungan komprehsif yang minama kerana premium untuk perlindungan komprehensif minima tidak jauh bezanya dengan premium t/party pool.

Tiada ulasan: