Isnin, 25 Ogos 2008

lagi mengenai kepenggunaan Insurans

Sebelum saya membicarakan topik ini,saya ingin menyatakan bahawa insurans hanya laku(trigger) apabila berlaku kejadian yang diinsuranskan.Untuk insurans kereta umpamanya,insurans hanya akan laku(trigger) apabila berlaku kemalangan atau kecurian ,mengikut apa yang diinsuranskan.Sekiranya kemalangan atau kecurian tidak berlaku insurans hanyalah belanja hangus yang mesti ditanggung oleh pemilik.mekanisma ini perlu difahami dan dipertimbangkan oleh para pemilik sewaktu membeli mana mana polisi insurans.Seperti yang pernah saya katakan dulu sekiranya pemilik menjangkakan kos pembaikian atau kos kehilangan kereta dapat diserap,maka perlindungan pihak ketiga (3RD party) dianggap memadai tetapi sekiranya pemilik menjangkakan kos tidak dapat ditampung maka perlindungan komprehensif (juga dikenali sebagai 1st part) wajar diambil dengan kefahaman bahawa sekiranya tiada kejadian kemalangan atau kecurian berlaku dalam tempoh insurans itu ianya menjadi satu belanja hangus yang mesti ditanggung pemilik.

Tetapi hakikat yang sering terjadi ialah kos pembaikian sebuah kereta sekiranya berlaku kemalangan boleh menjangkau ribuan ringgit.Sebuah kereta proton iswara yang dilanggar di bahagian belakang memerlukan lebih RM5 ribu untuk membaikpulihkannya.Untuk itu pemilik dinasihati agar sentiasa mengambil perlindungan komprehensif bagi mengelakkan risiko kemalangan.

Apa yang nak saya kongsikan kali ini ialah berkaitan tuntutan insurans pihak ketiga(3 party).Secara umumnya pemilik kereta yang dilanggar oleh kereta lain boleh membuat tuntutan pihak ketiga ini.Panduan mudahnya ialah pihak yang bersalah dalam kemalangan itu dikehendaki menanggung segala kos kesusahan pihak yang tidak bersalah.Ini bermakna pihak yang tidak bersalah boleh membuat tuntutan.

Walaubagaimanapun,kos pembaikian perlu ditanggung oleh pemilik sebelum tuntutan diselesaikan.Ini bermakna pemilik perlu membayar kos pembaikian keretanya sebelum wang tuntutan dibayar oleh syarikat insurans berkaitan.Di sinilah sering terjadi masalah kepada pemilik yang mengambil perlindungan pihak ketiga(3rd party).Pemilik terpaksa mengeluarkan belanja yang biasanya pada jumlah yang agak besar untuk membaiki keretanya sebelum tuntutan diselesaikan.

Dari pengalaman saya, sering pemilik pemilik yang terlibat dengan kemalangan dari jenis ini bertanya apakah boleh kereta mereka dibaiki dulu sebelum tuntutan dibuat?Jawapan yang akan saya berikan ialah tidak boleh kerana pihak bengkel walaupun bersedia untuk membuat tuntutan tetapi tidak bersedia menyerap kos pembaikian.Dengan kata kata lain pemilik tidak mempunyai pilihan selain membayar dulu kos pembaikiannya.

Satu penyelesaian yang boleh saya cadangkan ialah dengan membeli polisi komprehensif kerana dengan polisi ini dan dengan jumlah yang mencukupi nilai pasaran,segala kos pembaikian tolak excess jika ada akan dijamin oleh syarikat insurans dan pemilik tidak perlu membayar kecuali bayaran yang minimun berbentuk excess jika ada.

Selasa, 19 Ogos 2008

BILA BERLAKU KEMALANGAN JANGAN PANIK.

tajuk yang saya ingin kongsikan kali ini adalah penting bagi setiap pemilik dan pemandu kereta.Dalam tempoh sebulan ini, dua orang pelanggan saya terbabit dengan kemalangan.Seorang terlibat dengan kemalangan di jalan payuh,Kemaman sementara seorang lagi,seorang guru wanita terlibat di Grik Perak,di lebohraya Timur Barat.Sementara kereta keduanya masih dalam proses pembaikan di bengkel,satu di Dungun dan satu lagi di Nibong Tebal.

Kedua pemilik kereta ini sebagai pelanggan saya telah melakukan tindakan bijak kerana menghubungi saya sewaktu terlibat dengan kemalangan.Oleh itu mudah bagi saya memberi nasihat apa yang patut dibuat dan sekaligus menyelesaikan masalah menghantar kereta mereka ke bengkel yang memudahkan mereka memantau kerja kerja pembaikian tersebut serta proses membuat tuntutan yang cepat.

Kedua dua kemalangan ini berlaku dengan punca yang sama,ia itu terbabas.Ini menunjukan bahawa kemalangan adalah satu yang tidak dijangka.Tidak semestinya kemalangan hanya berlaku kerana dilanggar oleh orang lain tetapi kemalangan juga boleh berlaku kerana sedikit kelalaian kita.Dari itu adalah penting bagi setiap pemandu mengumpulkan maklumat yang cukup sebagai bekalan menghadapi keadaan yang tidak diingini dan dijangka ini.Lebih penting,apabila terlibat dengan kemalangan tindakan susulan yang betul diambil.Ini kerana sekira tindakan yang diambil itu silap maka agak sukar membetulkannya dengan cepat.

Akibat dari kesilapan tindakan susulan sesudah kemalangan.pemilik mungkin berdepan dengan berbagai bagai masalah,seperti kesilapan menunda kereta ke bengkel bukan panel dan dalam kes pelanggan saya yang terlibat dengan kemalangan di Grik tersebut kesilapan membuat keputusan mungkin menyebabkan beliau berdepan dengan masalah kerana beliau tinggal di Nibong Tebal sedangkan keretanya mungkin di tarik ke bengkel di Grik atau Lenggong yang pula agak jauh dari tempat tinggalnya.Oleh itu keputusan yang tepat pada ketika kemalangan berlaku adala perlu untuk mengelakkan masalah di kemudian hari.

Dalam kes ini,pemilik mengambil tindakan yang betul apabila menghubungi saya dan menceritakan masalahnya.Dari apa yang saya dengar dan dari apa yang dimahukan oleh pelanggan tersebut,akhirnya saya dapat menghubungi bengkel panel di Nibong Tebal yang sedia menerima kereta beliau untuk dibaiki.Dalam kes ini,adalah perlu dijelaskan bahawa oleh kerana Nibong Tebal dan Grik agak jauh jaraknya,dan oleh kerana kenaikan kos towing,maka pemilik terpaksa membayar sebahagian kos towing tersebut.Satu maklumat yang perlu difahami oleh semua pemilik sekiranya kemalangan berlaku di luar daerah dan inginkan kereta ditarik ke daerah asal,maka sedikit kos tambahan towing terpaksa ditanggung oleh pemilik atau pemandu kereta tersebut.Walaubagaimanapun kos ini lebih kecil jika dibandingkan dengan kos untuk berulang alik ketempat kejadian sekiranya kereta tersebut dibaiki di situ.

Ini adalah sebahagian maklumat yang boleh saya kongsikan berdasarkan pengalaman saya sebagai agen kepada pelanggan saya.Khidmat yang saya berikan kepada pelanggan agar mereka tidak berdepan dengan banyak masalah apabila kemalangan berlaku terutama apabila kemalangan yang berlaku di luar dari daerah operasi saya.Dalam kes kemalangan pertama tadi,tidak banyak masalah kerana ianya berlaku di sekitar daerah operasi saya dan mudah untuk mengenal pasti bengkel yang mana saya mempunyai hubungan baik dengan mereka.Tetapi kes kedua agak rumit kerana saya terpaksa mencari senarai bengkel panel dan terpaksa mencari nombor hubungan mereka serta terpaksa memberi tahu kawasan kemalangan yang asing bagi saya.Satu cabaran bagi kerja saya,tetapi untuk pengetahuan semua pemilik kenderaan di luar sana,saya ingin tegaskan bahawa memiliki agen insurans yang baik adalah perlu di ketika berdepan dengan situasi yang tidak dijangka ini.

Jangan panik sekiranya terlibat dengan kemalangan dan hubungi agen anda segera serta jangan termakan pujukan mana mana"callman".

Sabtu, 16 Ogos 2008

Isu yang berkaitan dengan kepenggunaan insurans:

Saya ingin berkongsi pengalaman berkaitan isu isu utama dan penting difahami oleh pengguna insurans berdasarkan kejadian benar sepanjang penglibatan saya sebagai agen insurans.
Kes yang saya cuba kupas ini berlaku kepada pelanggan saya bilamana lori yang dimilikinya terlibat dengan kemalangan kecil dengan sebuah motosikal.Oleh kerana kecederaan dan kerosakan motosikal tersebut agak kecil,pemilik lori tersebut bersetuju untuk membiayai kos perubatan dan kos pembaikian motosikal dan pemilik motosikal setuju secara lisannya.Saya kemudian dimaklumkan oleh pemilik lori tersebut bahawa kes kemalangannya diselesai di luar atas dasar persetujuan bersama.

Tetapi beberapa bulan kemudian pemilik lori tersebut menerima notis saman berkaitan kemalangan tersebut dari pemilik motosikal.Ini amat memeranjatkannya dan kemudian menghubungi saya bertanya macam mana pemilik motosikal tersebut boleh menyamannya padahal ianya telah diselesaikan dan lapuran polis tidak dibuat.Sayapun turut terkejut kerana tidak menjangka perkara tersebut terjadi.

Isu pertamanya di sini ialah saman itu tidak akan ditanggung oleh syarikat Insurans kerana peraturan menetapkan bahawa setiap kemalangan yang melibatkan kenderaan yang diinsuranskan mesti dilapur kepada syarikat insurans berkenaan dalam tempoh 14 hari dari tarikh kemalangan tersebut.Oleh kerana saman itu disampaikan selepas tamat tempoh yang diberi maka saman tersebut tidak akan dibayar oleh syarikat insurans.Bermakna pemilik bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyelesaikan saman tersebut.

Isu kedua ialah kemalangan yang melibatkan kenderaan kecil dengan kenderaan lebih besar tidak tertakluk kepada undang undang jalanraya dalam kes yang melibatkan tuntutan liabiliti.Isu kepenggunaan insurans yang melibatkan kenderaan kecil dan kenderaan besar memihak kepada kenderaan kecil dibawah tuntutan liabiliti(liability insurance).Oleh itu sekiranya motosikal berbabit dengan kemalangan dengan kereta,lori atau bas ,pemilik motosikal itu berhak membuat tuntutan di bawah liabiliti insurans yang dilindungi oleh polisi insurans kereta/lori/bas tersebut tanpa mengira keputusan dari undang undang jalanraya.Dengan kata lain peraturan kepenggunaan insurans memberi kelebihan kepada kenderaan kecil dan ini perlu difahami oleh semua pengguna insurans.

Oleh sebab itu,dalam kes yang saya beri diatas pemilik motosikal boleh mengeluarkan saman tuntutan gantirugi sekalipun tidak lapuran polis dibuat dibawah undang undang jalanraya.Satu lagi isu di sini ialah persetujuan yang dicapai untuk menyelesaikan masalah telah dimungkiri oleh pihak pemilik motosikal.Untuk itu dinasihatkan kepada para pengguna yang mungkin terlibat dalam situasi sebegini agar mendapatkan bukti dari persetujuan yang dicapai.Mungkin surat akuan sumpah boleh dicadangkan.Ini bagi mengelakkan pihak yang bersetuju memungkiri janji bagi tujuan mendapat/membuat tuntutan dan sekiranya tuntutan dibuat, bukti tersebut boleh digunakan di mahkamah.

Isu seterusnya ialah kemungkinan pihak yang menuntut berbuat demikian dengan kefahaman bahawa yang membayar tuntutan ialah pihak insurans tetapi sebagaimana saya nyatakan di atas untuk membolehkan syarikat insurans mengambil tanggungjawab maka kemalangan yang berlaku mesti dilapurkan dalam masa 14 hari.Umumnya dalam kes kes sebegini pemilik dinasihatkan tidak melapurkan kepada syarikat kerana lapuran tersebut akan mengakibatkan NCD/NCB kenderaan tersebut akan digantung sehingga tuntutan dibuat dan diselsaikan.Sekiranya tiada tuntutan ,tempoh maksima penggantungan NCD/NCB ialah 7 tahun, ia itu tempoh sesuatu tuntutan boleh dibuat berkaitan kemalangan yang melibatkan tuntutan liabilitiJadi pemilik kenderaan akan berada di situasi yang sukar.Untuk mengelakkan kesulitan sebegini akibat dari kemalangan kecil dengan kenderaan yang lebih kecil,pemilik dinasihatkan agar memahami peraturan kepenggunaan insurans dan tidak mengambil mudah kepada kemungkinan yang akan berlaku.Di sini perlunya peranan agen yang mahir dan terlatih untuk menyelesaikan masalah yang mungkin timbul.

Demikianlah serba sedikit isu isu kepenggunaan insurans yang terbabit dalam kes kemalangan yang melibatkan kenderaan kecil dan besar.Dalam isu isu ini juga perlu ditegaskan bahawa penjalan kaki atau penunggang basikal juga termasuk dalam katogeri kenderaan kecil bagi maksud tuntutan liabiliti.
Sebelum lupa,dalam kes yang melibatkan pelanggan saya ini,saya telah nasihati beliau untuk berjumpa semula pemilik motosikal tersebut dan menegaskan persetujuan mereka.Akhirnya kes dapat diselesaikan apabila pemilik mengakui persetujuan tersebut dan mengakui terdapat salah faham di pihaknya kerana maklumat yang diberi kepadanya ialah tuntutan tersebut akan dibayar oleh insurans.Oleh itu sekali lagi pengguna insurans dinasihatkan mendapatkan nasihat dari agen mereka.

Khamis, 14 Ogos 2008

MOTOR INSURANCE


BASIC COVER

The basic motor policy protects the Insured against loss or damage to the Insured vehicle, third party bodily injuries and properties depending on the coverage selected. The types of coverage available are:

Third Party Cover
Indemnifies the Insured against legal liability arising from both bodily injury and property damage to third party.

Third Party Fire & Theft Cover
Provides cover as in "Third Party Cover", and also indemnifies the Insured in the event that the Insured's vehicle is stolen or damaged by fire.

Comprehensive Cover
Provides covers as in "Third Party Fire & Theft Cover", plus physical damage to the Insured's vehicle following accidental collision or over-turning.

INTEREST / PROPERTY INSURED

The policy covers the following types of vehicle:

Private Vehicles
Private Car, Private Van & Four Wheel Drive (Private Use)

Goods Carrying Vehicles
Commercial Goods Carrying Vehicles with 'A' and 'C' Permit; also Petroleum, Diesel and Bitumen Tankers, LPG Long Trailer & Low Loader with 'A' and 'C' Permit.

Other Types of Vehicle
Taxis, Buses, Motorcycles, Tractor, Mobile Crane etc.

PREMIUM & EXTRA COVERAGE

The premium is calculated according to the Motor tariff prescribed by Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) based on the following attributes :

Type of Coverage (Comprehensive, Third Party Fire and Theft, Third Party)
Use of vehicle (Private Car, Goods Carrying Vehicle, Buses, Taxis, etc)
Cubic capacity / Carrying Capacity
Age of vehicle
NCD Allowed
Sum Insured
No. of Authorized Drivers
Extended coverage

Policyholders also enjoy the following extended benefits with additional premium:

Windscreen (for Comprehensive Cover only)
Covers the breakage of glass in windscreens, front, rear and side windows. The damaged windscreen will be replaced and your NCB will not be affected.[Premium Charged - 15% of the Amount Insured]

All Drivers Coverage
(For Private use vehicle registered under company/organisation) This extra coverage allows any authorized person to drive your car. Not applicable to commercial vehicles (i.e. trailers, lorry etc).[Premium Charged - RM50 per vehicle]

All Riders Coverage
(For Motorcycle-Comprehensive/Third Party Cover) This policy covers unnamed riders.[Premium Charged - 50% loading of Basic Premium]

Legal Liability To Passengers
This coverage protects the Insured against legal liability to the passenger in the event of a claim.[Premium Charged - 25% of Third Party Premium]Basic Premium up to 4 persons only.

Strike, Riot & Civil Commotion (for Comprehensive Cover only)
Covers the vehicle against damage caused by strike, riot and civil commotion.[Premium = 0.3% x Sum Insured of your vehicle]

Legal Liability of Passengers
Covers the legal liability of passengers for acts of negligence.[Premium - RM7.50 per car]

Current Year NCD Relief
This extension provides cover for compensation for loss of "No Claim Discount" (NCD). [Premium - 15% on NCD entitlement of the current period of insurance and is subject to a minimum premium of RM50]

Jumaat, 8 Ogos 2008

MASALAH BIASA BILA BERLAKU KEMALANGAN

Dari pengalaman saya,berikut saya perturunkan masalah yang biasa berlaku sekiranya pemilik kereta terlibat dengan kemalangan :

  1. Umumnya bengkel yang terlibat dalam pengendalian pembaikian kereta yang terlibat dengan kemalangan akan mengupah pasukan pemantauan kemalangan yang dikenali sebagai "call man".Bagi pihak syarikat insurans pula,mereka mempunyai bengkel panel di mana setiap kereta yang diinsuranskan oleh syarikat berkenaan hanya dibenarkan dibaiki di bengkel panel.Di sini sering berlaku kesulitan untuk mengenal pasti call man yang hadir ketika kemalangan sama ada mereka dari bengkel panel atau tidak.Dan biasanya pemilik kereta tidak tahu mana satu bengkel merupakan bengkel panel bagi syarikat insuransnya.Akibatnya,kalau pemilik membiarkan call man tersebut menarik kereta mereka ada kemungkinan bengkelnya bukan bengkel panel.Kejadian ini sering berlaku di mana akhirnya pemilik yang terpaksa menanggung kesusahan dan menjadi mangsa tarik tali antara bengkel dan syarikat insurans.Umumnya syarikat tidak membenarkan tuntutan dibuat oleh bengkel bukan panel dan sering terjadi pemilik terpaksa mencari bengkel panel untuk menyelesaikan masalah mereka.Sering juga terjadi bilamana pemilik terpaksa berdepan dengan berbagai masalah dan kesukaran sebelum masalah tuntutan insurans mereka diselesaikan.
  2. Pemilik yang mengambil insurans dibawah paras pasaran(under insured).Hal ini menyebabkan tuntutan dibayar mengikut kadar peratusan yang kurang bagi insurans yang diambil.Klaus yang diguna pakai dalam menentukan jumlah tuntutan yang diluluskan dinamakan "average claus" yang akhir menyebabkan pemilik terpaksa menaggung sebahagian kos pembaikian kereta mengikut kadar peratusan yang kurang dari nilai semasa pasaran.
  3. Dokumen tuntutan tidak lengkap.Satu lagi masalah yang boleh menimbulkan kelewatan tuntutan ialah dokumen yang tidak lengkap.Untuk itu pemilik memerlukan perkhidmatan agen yang baik memastikan dokumen yang diperlukan disediakan dalam jangka masa yang cepat dan singkat.

Demikianlah masalah masalah yang biasa dihadapi pemilik bilamana berlaku kemalangan.Untuk mengatasi masalah masalah ini, pemilik dinasihati membeli insurans mereka daripada agen yang terlatih dan mudah dihubungi.Biasanya syarikat insurans menyediakan talian bebas tol tetapi pemilik kebanyakannya tidak menitik beratkan talian ini.Oleh itu cara terbaik ialah memiliki agen yang boleh dihubungi bila bila masa terlebih lagi bila berlaku kemalangan.Agen yang baik boleh menasihati pemilik apa yang perlu dibuat sekiranya berlaku kemalangan.

Satu peringatan kepada pemilik yang gemar mendapatkan insurans di bank,sering terjadi jumlah yang diinsurans tidak menepati nilai sebenar pasaran dan sering terjadi bila berlaku kemalangan pemilik tidak tahu siapa patut dihubungi dan kemungkinan pemilik berdepan dengan masalah tuntutan insurans adalah tinggi.

Ahad, 3 Ogos 2008

ABOUT INSURANCE

What is Insurance?
Insurance is based on the principle of pooling of risks. It is not possible for an individual to predict or prevent fortuitous occurrences, but through insurance it can be arranged to provide against their financial effects ie. loss of property and/or earnings.
"Insurance business is broadly classified into Life Insurance and General Insurance"
The losses experienced by the unfortunate few are compensated by the contributions, ie. the premiums, of the many who are exposed to the same risk. For the purpose of illustration, it is assumed that the portfolio consists of 1000 houses of identical value, say RM100,000 each, and a premium of RM200 is charged for each house per year.

The contributions from the 1000 houseowners result in the creation of an insurance fund of RM200,000. The insurer uses this amount of money to pay for claims, expenses of management and other outgoes, such as commission, tax etc. The balance, if any constitutes the insurer's profit.

Thus, in the above situation, the fund created is just sufficient to pay for a maximum of two claims and this leaves the expenses and other outgoes of the insurer uncovered. If more than one claims were to arise, the insurance fund would be in deficit and clearly, the insurer would experience a loss on this portfolio.

It becomes clear from the above that for the insurer to operate profitably in a competitive environment, the premiums charged by the insurer will depend on his ability to control outgoing expenses such as management expenses and commission.

Classes of Insurance

Insurance business is broadly classified into Life Insurance and General Insurance.

Life insurance can be defined as a contract, which pays an agreed sum of money on the happening of a contingency (event) or of a variety of contingencies, dependent on human life.

General insurance business can be taken to be all other forms of insurance business (including reinsurance of liabilities under a policy in respect thereof) which is not life insurance business as defined in the Insurance Act 1996. Examples of general insurance business are fire insurance, motor insurance, marine insurance, engineering insurance, etc.

ANDA PERLUKAN AGEN UNTUK MENGURUSKAN KEPERLUAN INSURANS ANDA

Umumnya pembelian polisi insurans motor tidak begitu dititkberatkan oleh pengguna.Oleh kerana kebanyakan pembelian kereta melibatkan bank sebagai pembiayaan pembelian tersebut dan bank juga bertindak sebagai egen menjual insurans,pengguna atau pemilik kereta cenderung untuk membaharui insurans mereka di bank berkaitan.Inilah tren yang berlaku di negara kita sekarang sedangkan transaksi insurans sepatutnya menerus agen agen bertauliah dan terlatih.selain itu,ada segolongan pengguna gemar mengambil polisi insurans di pejabat pos.

Oleh sebab itu banyak salah faham dan kekeliruan timbul terutamanya apabila berdepan dengan masalah pembelian polisi yang salah.Terdapat beberapa insiden di mana polisi yang dibeli tidak menepati keperluan pengguna/pemilik seperti perlindungan yang tidak mencukupi(under insured) dan perlindungan berlebihan(over insured).Kedua dua ini mungkin menyumbang kepada masalah apabila berlaku tuntutan kemalangan atau kecurian.

Selain itu,bank dan pejabat pos juga tidak dapat menyediakan perkihidmatan nasihat kepada pengguna seperti perkhidmatan nasihat para agen yang terlatih.Dari itu mungkin para pengguna tidak dapat memahami keperluan insurans mereka dengan jelas.Berbeza dengan agen terlatih,mereka bila bila masa boleh dirujuk untuk mendapatkan maklumat yang betul dengan tidak melibatkan bayaran kaunseling.Jadi agen juga merupakan kaunselor insurans.Dan berbaloi bagi pengguna menggunakan perkihdmatan agen terlatih dalam setiap keperluan insurans mereka.

Satu lagi kelebihan agen terlatih ialah perkhidmatan yang disediakan ialah perkhidmatan dihujung jari dan mempunyai sentuhan personal(personal touch) yang tidak dapat diperolehi di bank atau pejabat pos.

Contoh jelas ialah bila terlibat dengan kemalangan,agen terlatih boleh dihubungi segera untuk mendapatkan nasihat tetapi bagi mereka yang membeli polisi di bank atau pejabat pos,mereka mungkin berhadapan dengan masalah untuk mengenal pasti bengkel panel dan ada kemungkinan kereta ditarik ke bengkel bukan panel yang pula akan menyebabkan beberapa kesukaran yang terpaksa dihadapi oleh pengguna/pemilik dalam membuat tuntutan kemalangan tersebut.

Satu lagi contoh ialah bila kereta pengguna terlibat dalan kemalangan dengan motorsikal atau penjalan kaki.Dalam kes ini perlindungan pihak ketiga(2rd party) akan terpakai dalam semua keadaan.Bermakna pemandu dan pembonceng atau penjalan kaki tersebut ada hak untuk membuat tuntutan keatas insurans kereta tersebut.Oleh kerana tuntutan melalui proses mahkamah maka pihak yang menuntut akan menyaman pemilik kereta.dalam kes begini,suasana panik sering dialami oleh pemilik kereta dan mereka memerlukan khidmat nasihat yang betul.Sering berlaku pemilik yang membeli polisi di bank dan pejabat pos dibiarkan berseorangan menghadapi situasi begini tetapi dengan agen terlatih pemilik akan mendapat nasihat yang betul bagaimana untuk tindakan selanjutnya.

Oleh itu,adalah perlu bagi semua pemilik kereta mempunyai agen terlatih dalam urusan insurans mereka kerana transaksi insurans ialah transaksi yang sepatutnya dijalankan oleh agen yang terlatih.

Sabtu, 2 Ogos 2008

PENUKARAN INJIN/GEAR KERETA

Pada praktiknya penukaran injin dan gear kereta menjadi sesuatu yang biasa bagi rakyat Malaysia.Tetapi secara umumnya,masih ada di kalangan pemilik kenderaan yang menukar injin dan gear kereta mereka tidak melapurkan penukaran ini kepada JPJ dan syarikat insuransnya.Kegagalan melapurkan pertukaran ini mungkin menyebabkan pemilik menghadapi masalah di kemudian hari.

Antara masalahnya ialah:

  • kereta disita oleh JPJ sekiranya ditangkap sewaktu operasi
  • tidak dapat ditukar milik kepada pemilik baru sekiranya kereta tersebut dijual
  • tuntutan insurans ditolak oleh syarikat insuran sekiranya berlaku kemalangan

Oleh itu adalah dinasihatkan kepada pemilik kereta yang menukar injin dan gear mereka mengambil langkah perlu untuk melapurkan penukaran ini di JPJ dan syarikat insurans yang berkenaan.

sebagai langkah awal,pemilik perlu memastikan dokumen penukaran yang diperlukan oleh JPJ diperolehi.berikut adalah dokumen yang dimaksudkan :

  • Salinan surat kebenaran impot(AP) injin(tidak diperlukan dalam kes penukaran gear)yang disahkan oleh jabatan kastam.
  • Resit pembelian salinan AP dari pejabat kastam(tidak diperlukan dalam kes penukaran gear)
  • Resit pembelian injin/gear dari kedai alatganti yang berlesen.
  • Surat kebenaran dari bank yang memiliki tuntutan hak milik(dalam kes kereta masih terikat dengan pinjaman sewa beli dengan bank)
  • Dalam kes penukaran injin/gear yang dibuat dari kereta yang sudah didaftarkan,satu perjanjian jualbeli mesti dilampirkan dan pendaftaran injin/gear kereta yang injin/gearnya ditukar kepada kereta baru telah disahkan oleh JPJ.
  • Lapuran B2 dan VR1 dari Puspakom.
  • Dalam kes penukaran gear dan injin yang berlainan model serta kuasa kuda(cc),surat kebenaran mesti diperolehi dari ibu pejabat JPJ Putra Jaya.

Pemilik perlu memastikan semua dokumen ini lengkap sebelum menghantarnya kepada JPJ.sehubungan dengan itu endorsment dari insuran mesti diperolehi bagi membolehkan road tax dibaharui dengan injin yang baru(dalam kes perbezaan model dan cc).endorsment tetap diperlukan dalam kes kes model dan cc yang sama serta kes penukaran gear kerana penukaran ini termasuk dalam "material fact" yang mesti dilapurkan kepada syarikat insurans.

Satu perkara lagi,pemeriksaan Puspakom diperlukan untuk mendapatkan lapuran B2 dan VR1.Untuk itu pemilik perlu membawa keretanya ke Puspakom dan memastikan keretanya berkeadaan baik terutama keadaan brek dan tinted cerminnya mestilah pada kadar yang dibenarkan.

sebarang kegagalan menyediakan dokumen akan menyebabkan pendaftaran penukaran injin dan gear tidak dapat dilakukan dan pemilik berdepan dengan risiko kerugian.