Jumaat, 8 Ogos 2008

MASALAH BIASA BILA BERLAKU KEMALANGAN

Dari pengalaman saya,berikut saya perturunkan masalah yang biasa berlaku sekiranya pemilik kereta terlibat dengan kemalangan :

  1. Umumnya bengkel yang terlibat dalam pengendalian pembaikian kereta yang terlibat dengan kemalangan akan mengupah pasukan pemantauan kemalangan yang dikenali sebagai "call man".Bagi pihak syarikat insurans pula,mereka mempunyai bengkel panel di mana setiap kereta yang diinsuranskan oleh syarikat berkenaan hanya dibenarkan dibaiki di bengkel panel.Di sini sering berlaku kesulitan untuk mengenal pasti call man yang hadir ketika kemalangan sama ada mereka dari bengkel panel atau tidak.Dan biasanya pemilik kereta tidak tahu mana satu bengkel merupakan bengkel panel bagi syarikat insuransnya.Akibatnya,kalau pemilik membiarkan call man tersebut menarik kereta mereka ada kemungkinan bengkelnya bukan bengkel panel.Kejadian ini sering berlaku di mana akhirnya pemilik yang terpaksa menanggung kesusahan dan menjadi mangsa tarik tali antara bengkel dan syarikat insurans.Umumnya syarikat tidak membenarkan tuntutan dibuat oleh bengkel bukan panel dan sering terjadi pemilik terpaksa mencari bengkel panel untuk menyelesaikan masalah mereka.Sering juga terjadi bilamana pemilik terpaksa berdepan dengan berbagai masalah dan kesukaran sebelum masalah tuntutan insurans mereka diselesaikan.
  2. Pemilik yang mengambil insurans dibawah paras pasaran(under insured).Hal ini menyebabkan tuntutan dibayar mengikut kadar peratusan yang kurang bagi insurans yang diambil.Klaus yang diguna pakai dalam menentukan jumlah tuntutan yang diluluskan dinamakan "average claus" yang akhir menyebabkan pemilik terpaksa menaggung sebahagian kos pembaikian kereta mengikut kadar peratusan yang kurang dari nilai semasa pasaran.
  3. Dokumen tuntutan tidak lengkap.Satu lagi masalah yang boleh menimbulkan kelewatan tuntutan ialah dokumen yang tidak lengkap.Untuk itu pemilik memerlukan perkhidmatan agen yang baik memastikan dokumen yang diperlukan disediakan dalam jangka masa yang cepat dan singkat.

Demikianlah masalah masalah yang biasa dihadapi pemilik bilamana berlaku kemalangan.Untuk mengatasi masalah masalah ini, pemilik dinasihati membeli insurans mereka daripada agen yang terlatih dan mudah dihubungi.Biasanya syarikat insurans menyediakan talian bebas tol tetapi pemilik kebanyakannya tidak menitik beratkan talian ini.Oleh itu cara terbaik ialah memiliki agen yang boleh dihubungi bila bila masa terlebih lagi bila berlaku kemalangan.Agen yang baik boleh menasihati pemilik apa yang perlu dibuat sekiranya berlaku kemalangan.

Satu peringatan kepada pemilik yang gemar mendapatkan insurans di bank,sering terjadi jumlah yang diinsurans tidak menepati nilai sebenar pasaran dan sering terjadi bila berlaku kemalangan pemilik tidak tahu siapa patut dihubungi dan kemungkinan pemilik berdepan dengan masalah tuntutan insurans adalah tinggi.

Tiada ulasan: