Selasa, 19 Ogos 2008

BILA BERLAKU KEMALANGAN JANGAN PANIK.

tajuk yang saya ingin kongsikan kali ini adalah penting bagi setiap pemilik dan pemandu kereta.Dalam tempoh sebulan ini, dua orang pelanggan saya terbabit dengan kemalangan.Seorang terlibat dengan kemalangan di jalan payuh,Kemaman sementara seorang lagi,seorang guru wanita terlibat di Grik Perak,di lebohraya Timur Barat.Sementara kereta keduanya masih dalam proses pembaikan di bengkel,satu di Dungun dan satu lagi di Nibong Tebal.

Kedua pemilik kereta ini sebagai pelanggan saya telah melakukan tindakan bijak kerana menghubungi saya sewaktu terlibat dengan kemalangan.Oleh itu mudah bagi saya memberi nasihat apa yang patut dibuat dan sekaligus menyelesaikan masalah menghantar kereta mereka ke bengkel yang memudahkan mereka memantau kerja kerja pembaikian tersebut serta proses membuat tuntutan yang cepat.

Kedua dua kemalangan ini berlaku dengan punca yang sama,ia itu terbabas.Ini menunjukan bahawa kemalangan adalah satu yang tidak dijangka.Tidak semestinya kemalangan hanya berlaku kerana dilanggar oleh orang lain tetapi kemalangan juga boleh berlaku kerana sedikit kelalaian kita.Dari itu adalah penting bagi setiap pemandu mengumpulkan maklumat yang cukup sebagai bekalan menghadapi keadaan yang tidak diingini dan dijangka ini.Lebih penting,apabila terlibat dengan kemalangan tindakan susulan yang betul diambil.Ini kerana sekira tindakan yang diambil itu silap maka agak sukar membetulkannya dengan cepat.

Akibat dari kesilapan tindakan susulan sesudah kemalangan.pemilik mungkin berdepan dengan berbagai bagai masalah,seperti kesilapan menunda kereta ke bengkel bukan panel dan dalam kes pelanggan saya yang terlibat dengan kemalangan di Grik tersebut kesilapan membuat keputusan mungkin menyebabkan beliau berdepan dengan masalah kerana beliau tinggal di Nibong Tebal sedangkan keretanya mungkin di tarik ke bengkel di Grik atau Lenggong yang pula agak jauh dari tempat tinggalnya.Oleh itu keputusan yang tepat pada ketika kemalangan berlaku adala perlu untuk mengelakkan masalah di kemudian hari.

Dalam kes ini,pemilik mengambil tindakan yang betul apabila menghubungi saya dan menceritakan masalahnya.Dari apa yang saya dengar dan dari apa yang dimahukan oleh pelanggan tersebut,akhirnya saya dapat menghubungi bengkel panel di Nibong Tebal yang sedia menerima kereta beliau untuk dibaiki.Dalam kes ini,adalah perlu dijelaskan bahawa oleh kerana Nibong Tebal dan Grik agak jauh jaraknya,dan oleh kerana kenaikan kos towing,maka pemilik terpaksa membayar sebahagian kos towing tersebut.Satu maklumat yang perlu difahami oleh semua pemilik sekiranya kemalangan berlaku di luar daerah dan inginkan kereta ditarik ke daerah asal,maka sedikit kos tambahan towing terpaksa ditanggung oleh pemilik atau pemandu kereta tersebut.Walaubagaimanapun kos ini lebih kecil jika dibandingkan dengan kos untuk berulang alik ketempat kejadian sekiranya kereta tersebut dibaiki di situ.

Ini adalah sebahagian maklumat yang boleh saya kongsikan berdasarkan pengalaman saya sebagai agen kepada pelanggan saya.Khidmat yang saya berikan kepada pelanggan agar mereka tidak berdepan dengan banyak masalah apabila kemalangan berlaku terutama apabila kemalangan yang berlaku di luar dari daerah operasi saya.Dalam kes kemalangan pertama tadi,tidak banyak masalah kerana ianya berlaku di sekitar daerah operasi saya dan mudah untuk mengenal pasti bengkel yang mana saya mempunyai hubungan baik dengan mereka.Tetapi kes kedua agak rumit kerana saya terpaksa mencari senarai bengkel panel dan terpaksa mencari nombor hubungan mereka serta terpaksa memberi tahu kawasan kemalangan yang asing bagi saya.Satu cabaran bagi kerja saya,tetapi untuk pengetahuan semua pemilik kenderaan di luar sana,saya ingin tegaskan bahawa memiliki agen insurans yang baik adalah perlu di ketika berdepan dengan situasi yang tidak dijangka ini.

Jangan panik sekiranya terlibat dengan kemalangan dan hubungi agen anda segera serta jangan termakan pujukan mana mana"callman".

Tiada ulasan: