Sabtu, 2 Ogos 2008

PENUKARAN INJIN/GEAR KERETA

Pada praktiknya penukaran injin dan gear kereta menjadi sesuatu yang biasa bagi rakyat Malaysia.Tetapi secara umumnya,masih ada di kalangan pemilik kenderaan yang menukar injin dan gear kereta mereka tidak melapurkan penukaran ini kepada JPJ dan syarikat insuransnya.Kegagalan melapurkan pertukaran ini mungkin menyebabkan pemilik menghadapi masalah di kemudian hari.

Antara masalahnya ialah:

  • kereta disita oleh JPJ sekiranya ditangkap sewaktu operasi
  • tidak dapat ditukar milik kepada pemilik baru sekiranya kereta tersebut dijual
  • tuntutan insurans ditolak oleh syarikat insuran sekiranya berlaku kemalangan

Oleh itu adalah dinasihatkan kepada pemilik kereta yang menukar injin dan gear mereka mengambil langkah perlu untuk melapurkan penukaran ini di JPJ dan syarikat insurans yang berkenaan.

sebagai langkah awal,pemilik perlu memastikan dokumen penukaran yang diperlukan oleh JPJ diperolehi.berikut adalah dokumen yang dimaksudkan :

  • Salinan surat kebenaran impot(AP) injin(tidak diperlukan dalam kes penukaran gear)yang disahkan oleh jabatan kastam.
  • Resit pembelian salinan AP dari pejabat kastam(tidak diperlukan dalam kes penukaran gear)
  • Resit pembelian injin/gear dari kedai alatganti yang berlesen.
  • Surat kebenaran dari bank yang memiliki tuntutan hak milik(dalam kes kereta masih terikat dengan pinjaman sewa beli dengan bank)
  • Dalam kes penukaran injin/gear yang dibuat dari kereta yang sudah didaftarkan,satu perjanjian jualbeli mesti dilampirkan dan pendaftaran injin/gear kereta yang injin/gearnya ditukar kepada kereta baru telah disahkan oleh JPJ.
  • Lapuran B2 dan VR1 dari Puspakom.
  • Dalam kes penukaran gear dan injin yang berlainan model serta kuasa kuda(cc),surat kebenaran mesti diperolehi dari ibu pejabat JPJ Putra Jaya.

Pemilik perlu memastikan semua dokumen ini lengkap sebelum menghantarnya kepada JPJ.sehubungan dengan itu endorsment dari insuran mesti diperolehi bagi membolehkan road tax dibaharui dengan injin yang baru(dalam kes perbezaan model dan cc).endorsment tetap diperlukan dalam kes kes model dan cc yang sama serta kes penukaran gear kerana penukaran ini termasuk dalam "material fact" yang mesti dilapurkan kepada syarikat insurans.

Satu perkara lagi,pemeriksaan Puspakom diperlukan untuk mendapatkan lapuran B2 dan VR1.Untuk itu pemilik perlu membawa keretanya ke Puspakom dan memastikan keretanya berkeadaan baik terutama keadaan brek dan tinted cerminnya mestilah pada kadar yang dibenarkan.

sebarang kegagalan menyediakan dokumen akan menyebabkan pendaftaran penukaran injin dan gear tidak dapat dilakukan dan pemilik berdepan dengan risiko kerugian.

1 ulasan:

abi berkata...

Salam saya nak bertanya , apakah yg boleh dilakukan sekirannya kereta disita atas sebab nombor cesisnya tidak sama diatas gran , apakah tindakan oleh jpj yg boleh dikenakan keatas penama yg diatas gran.