Sebelum saya membicarakan topik ini,saya ingin menyatakan bahawa insurans hanya laku(trigger) apabila berlaku kejadian yang diinsuranskan.Untuk insurans kereta umpamanya,insurans hanya akan laku(trigger) apabila berlaku kemalangan atau kecurian ,mengikut apa yang diinsuranskan.Sekiranya kemalangan atau kecurian tidak berlaku insurans hanyalah belanja hangus yang mesti ditanggung oleh pemilik.mekanisma ini perlu difahami dan dipertimbangkan oleh para pemilik sewaktu membeli mana mana polisi insurans.Seperti yang pernah saya katakan dulu sekiranya pemilik menjangkakan kos pembaikian atau kos kehilangan kereta dapat diserap,maka perlindungan pihak ketiga (3RD party) dianggap memadai tetapi sekiranya pemilik menjangkakan kos tidak dapat ditampung maka perlindungan komprehensif (juga dikenali sebagai 1st part) wajar diambil dengan kefahaman bahawa sekiranya tiada kejadian kemalangan atau kecurian berlaku dalam tempoh insurans itu ianya menjadi satu belanja hangus yang mesti ditanggung pemilik.
Tetapi hakikat yang sering terjadi ialah kos pembaikian sebuah kereta sekiranya berlaku kemalangan boleh menjangkau ribuan ringgit.Sebuah kereta proton iswara yang dilanggar di bahagian belakang memerlukan lebih RM5 ribu untuk membaikpulihkannya.Untuk itu pemilik dinasihati agar sentiasa mengambil perlindungan komprehensif bagi mengelakkan risiko kemalangan.
Apa yang nak saya kongsikan kali ini ialah berkaitan tuntutan insurans pihak ketiga(3 party).Secara umumnya pemilik kereta yang dilanggar oleh kereta lain boleh membuat tuntutan pihak ketiga ini.Panduan mudahnya ialah pihak yang bersalah dalam kemalangan itu dikehendaki menanggung segala kos kesusahan pihak yang tidak bersalah.Ini bermakna pihak yang tidak bersalah boleh membuat tuntutan.
Walaubagaimanapun,kos pembaikian perlu ditanggung oleh pemilik sebelum tuntutan diselesaikan.Ini bermakna pemilik perlu membayar kos pembaikian keretanya sebelum wang tuntutan dibayar oleh syarikat insurans berkaitan.Di sinilah sering terjadi masalah kepada pemilik yang mengambil perlindungan pihak ketiga(3rd party).Pemilik terpaksa mengeluarkan belanja yang biasanya pada jumlah yang agak besar untuk membaiki keretanya sebelum tuntutan diselesaikan.
Dari pengalaman saya, sering pemilik pemilik yang terlibat dengan kemalangan dari jenis ini bertanya apakah boleh kereta mereka dibaiki dulu sebelum tuntutan dibuat?Jawapan yang akan saya berikan ialah tidak boleh kerana pihak bengkel walaupun bersedia untuk membuat tuntutan tetapi tidak bersedia menyerap kos pembaikian.Dengan kata kata lain pemilik tidak mempunyai pilihan selain membayar dulu kos pembaikiannya.
Satu penyelesaian yang boleh saya cadangkan ialah dengan membeli polisi komprehensif kerana dengan polisi ini dan dengan jumlah yang mencukupi nilai pasaran,segala kos pembaikian tolak excess jika ada akan dijamin oleh syarikat insurans dan pemilik tidak perlu membayar kecuali bayaran yang minimun berbentuk excess jika ada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan