Khamis, 18 Mac 2010

Lagi sebab kenapa anda perlukan agen insurans

Sudah lama saya tidak membuat posting kerana tidak ada isu yang hendak dikongsikan.Semuanya masih sama, masalah insurans kereta motor masih tidak berubah.Walaubagaimanapun hari ini saya menempuh satu pengalaman baru bersama salah seorang pelanggan saya.

Kisahnya bermula bilamana pelanggan saya yang tinggal di Kuala Terengganu terlibat dalam kemalangan di sana beberapa minggu lepas.Ketika kemalangan itu berlaku, beliau menghubungi saya dan minta bantuan saya untuk mengenal pasti bengkel penal di sana.Dengan makluman yang ada pada saya, saya akhirnya mencadangkan satu bengkel penal untuk beliau menghantar keretanya.Pada ketika itu saya tidak perasan bahawa yang memandu ketika kemalangana itu bukan "name driver" di dalam polisinya, begitu juga pihak bengkel turut overlook perkara ini.

Jadi apabila beliau ke bengkel untuk mengambil keretanya yang telah siap dibaiki, tiba tiba beliau diminta oleh bengkel membayar RM400-00, access kepada pemandu yang tidak dinamakan dalam polisi.Awalnya ,beliau agak terkejut dan marah kerana beliau tidak dimaklumi tentang bayaran itu terlebih dahulu.Beliau kemudian menghubungi saya untuk penjelasan dan setelah bercakap dengan pihak pengurusan bengkel, akhirnya saya menyedari bahawa mereka overlook mengenai perkara ini kerana tuntutan OD(owned damage) dengan pemandu yang tidak dinamakan jarang berlaku kerana itu mereka juga tidak sedar bahawa dalam kelulusan insurans ada disyaratkan access sebanyak RM400-00 sehingga saat kereta itu hendak diserahkan kepada pemiliknya.

Sesudah berbincang dengan pihak pengurusan bengkel, saya akhirnya berjaya mengurangkan bayaran bagi pihak pelanggan saya kepada RM300-00 di mana RM100-00 itu saya minta dari pihak bengkel sebagai komisyen callman saya kerana saya yang merekomenkan bengkelnya.Pihak bengkel bersetuju dengan permintaan saya dan bersetuju mengurangkan access yang sepatutnya RM400-00 kepada RM300-00.

Apa yang mahu saya tunjukkan ialah nilai tambah kepada perkhidmatan lepas jualan seorang agen boleh melebihi komisyen awal jualan sebanyak 10% yang diterimanya kerana seorang agen akan menolong pelanggannya sepanjang tempoh polisi tanpa mengenakan sebarang bayaran.Dalam kes kemalangan dan kereta pelanggan yang direkomenkan kepada bengkel bengkel tertentu,agen sebenarnya berhak menuntut komisyen callman dari bengkel tersebut tetapi dalam kes yang melibatkan pelanggan saya, saya sengaja tidak menuntut kerana bimbang ada masalah timbul di ketika kereta siap dibaiki.Dan apabila timbul masalah saya dengan mudah berbincang dengan pihak bengkel untuk pelanggan saya bagi mengurangkan kerugian di pihak pelanggan dan sekiranya tidak ada masalah, saya anggap itu sudah menjadi rezeki bengkel.

Saya percaya ramai lagi rakan rakan agen yang melakukan perkara yang sama dan saya berani berkata bahawa bentuk servis ini tidak akan dilakukan oleh bank bank atau pejabat pos atau pihak prinsipal insurans sendiri.Oleh itu saya sarankan kepada pembaca blog saya agar mencari agen yang benar benar berwibawa dalam kerja mereka kerana agen agen yang berwibawa ini akan memberi servis melebih daripada nilai komisyen yang mereka terima sekiranya berlaku keadaan yang tidak diingini.