Selasa, 20 November 2012
Beza antara walk in customer dan regular customer kepada agen insurans.
Dalam mana mana bidang perniagaan, sering terdapat katogeri pelanggan yang umumnya boleh dibahagikan kepada walk in customer dan regular customer.Bidang insurans yang playernya ialah agen agen bertauliah, 2 jenis pelanggan ini menjadi komponen yang utama.Hari ini semakin ramai para agen menyedari bahawa mereka perlukan lebih ramai regular customer dan kalau boleh menghindari walk in customer.
Apa beza antara walk in customer dan regular customer?walk in customer juga boleh dipanggil hit and run customer kerana ciri ciri utama pelanggan jenis ini ialah suka bertukar tukar agen dalam pembelian polisi insurans mereka.Selain itu walk in customer juga merupakan golongan pelanggan yang memberi masalah kepada para agen yang servis mereka.Antara masalahnya ialah mereka gemar untuk mendapatkan perlindungan yang paling murah tetapi apabila polisi mereka trigle, agen tersebut akan disalahkan dan syarikat insurans dituduh menipu.Selain itu,walk in customer juga merupakan golongan pelanggan yang sering tidak cukup duit ketika membeli insurans dan sering meminta agen mengeluarkan polisi kepada mereka dengan janji untuk menjelaskan kekurangan wang yang jumlahnya agak kecil seperti RM10.00 atau RM20.00.Tetapi kemudiannya hilang lesap menyebabkan agen tersebut menanggung insurans kenderaan mereka.
Sementara regular customer ialah pelanggan yang mempunyai hubungan perniagaan yang lama dengan agen.Mereka adalah golongan pelanggan yang memberikan kepercayaan penuh kepada agen dalam menguruskan keperluan insurans mereka sementara agen pula memberikan khidmat terbaik mereka malah dalam kes kes yang istimewa, kelihatan pelanggan pelanggan ini seperti kawan kepada agen.Regular customer ialah pelanggan yang tidak memberikan masalah sebaliknya pelanggan yang banyak membantu agen mengembangkan perniagaan mereka.
Inilah beza yang ketara antara dua jenis pelanggan dan umumnya kalau timbul masalah dalam tuntutan insurans, boleh dikatakan masalah yang timbul itu berkait rapat dari katogeri mana pelanggan tersebut.Yang banyak mengalami masalah ialah walk in customer berbanding regular customer.Oleh itu sekali lagi saya ingin menasihati pembaca pembaca blog saya yang memiliki kenderaan agar mengelak dari menjadi walk in customer kepada pembelian polisi insurans mereka.Kalau ketika membeli goreng pisang, ada di kalangan kita menjadi pelanggan yang regular kepada penjual goreng pisang tertentu, maka insurans sepatutnya diurusniaga secara regular. Para agen hari ini sudah faham benar bagaimana untuk berurusan dengan palanggan yang jenis walk in atau pelanggan yang jenis regular dan yang pasti kelebihan tetap berpihak kepada regular customer, antaranya yang sudah saya sebut dalam posting yang lepas.
Untuk makluman, membeli polisi insurans di bank atau pejabat pos juga termasuk dalam walk in customer dari agen point of view.Ini adalah kerana umumnya kebanyakan pemilik kereta yang mengambil insurans di bank atau pejabat pos masih memerlukan agen dalam kes kes tertentu seperti pemilik yang memiliki kereta lama atau motosikal yang tidak dilindungi di bank atau pejabat pos.Pengambilan polisi untuk kenderaan dalam katogeri ini umumnya dibuat di agency insurans secara walk in.
Langgan:
Catatan (Atom)