Akhir akhir ini kedengaran beberapa keraguan dan salah faham mengenai kepenggunaan insurans kereta motor, ekoran daripada perubahan garis panduan underwritting kebanyakan syarikat insurans.Akibatnya, banyak berita negatif disebarkan mengenai kepenggunaan insurans kereta motor sehingga ada yang nampak menakutkan ramai pengguna.
Berita di dada akhbar hari ini memaparkan keluhan beberapa penjual kereta terpakai kerana dikatakan mereka sukar mendapatkan insurans bagi kereta kereta yang nilai pasarannya kurang dari RM10,000.00.Berita ini agak kurang tepat kerana mungkin benar ada syarikat yang tidak menerima kereta kereta tersebut tetapi harus diingat bahawa masih ada syarikat insurans di negara kita yang masih menerima kereta kereta yang dikatakan itu.
Begitu juga halnya dengan pengeluaran perlindungan pihak ketiga(3rd party), sebenarnya masih ada syarikat yang menerimanya.Oleh itu tidak benar kalau dikatakan insurans motor telah menyebabkan kesusahan kepada pengguna.Untuk maklumat, sehingga kini, pejabat pos masih lagi mengeluarkan polisi pihak ketiga bagi pihak syarikat insurans yang diwakilinya walaupun agen agen bagi syarikat tersebut sudah tidak dibenarkan mengeluarkannya.
Sebagai langkah mengelakkan kekeliruan mengenai kepenggunaan insurans kereta motor dalam suasana semasa pasaran, pengguna dinasihatkan agar mendapatkan khidmat nasihat dari agen agen yang berlesen kerana umumnya,hanya agen agenlah yang sentiasa "update" dalam perkembangan kepenggunaan insurans dan hanya agen agen yang mengetahui apa jua perkara yang sedang berlaku di dalam pasaran.Pengguna juga dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan berita berita terpencil seperti berita yang disiarkan akhbar hari ini dan tidak pula menyebarkan berita tersebut kerana ianya boleh menyebabkan suasana panik dalam negara.Sebaliknya, pengguna harus merujuk perkara tersebut kepada agen agen mereka agar mereka mendapat gambaran sebenar mengenai apa yang berlaku.
Sekali lagi ditegaskan bahawa keengganan satu atau dua syarikat insurans untuk menerima kereta kereta bernilai kurang dari RM10,000.00 dan kereta kereta lama tidak bermakna perlindungan kereta kereta tersebut sudah ditolak sepenuhnya dan mana mana pihak yang mengalami masalah tidak harus menyebarkan seperti menyiarkannya dalam akhbar.Sesungguhnya,para agen tahu apa yang nak dilakukan apabila berdepan dengan situasi sebegini dan oleh itu para penjual kereta terpakai tersebut seharusnya merujuk kesukaran mereka kepada para agen berdekatan(selalunya penjual kereta terpakai juga merupakan agen insuran).
Begitu juga kepada pengguna seluruhnya,sekiranya pada bila bila masa berdepan dengan kesukaran yang seumpamanya,segeralah merujuk kesukaran tersebut kepada agen agen insurans yang sebenarnya tidak sukar ditemui di seluruh negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan