Tahun 2010 sudah berlalu selama sebulan dan sepanjang tempoh sebulan itu, beberapa syarikat prinsipal insurans telah mengubah underwritting insurans motor mereka.Perubahan ini nampaknya memberi sedikit kelonggaran kepada pemilik pemilik kenderaan yang terjejas di kalangan pemilik pemilik motosikal.Tetapi bagi katogeri kendaraan lain,syaratnya tetap sama di mana sudah tidak ada prinsipal insurans yang mengeluarkan perlindungan 3rd party dan hampir semua prinsipal sudah menolak lori permit A kecuali satu prinsipal yang diketahui masih mengeluarkan perlindungan komprehensif bagi lori lori baru.Begitu juga, perlindungan untuk kereta persendirian yang berumur lebih 20 tahun, kini cuma tinggal dua tiga prinsipal yang masih menawarkan perlindungan komprehensif pada kadar jumlah perlindungan minima sebanyak RM8,000.00.
Kini Pemilik motosikal sudah boleh menarik nafas lega kerana sudah ada dua atau tiga prinsipal yang mengeluarkan perlindungan untuk semua jenis dan umur motosikal dengan syarat syarat tertentu atau dengan kata kata lain, pemilik boleh mendapatkan perlindungan dengan sedikit tambahan kepada premiumnya.
Situasi semasa ini telah menyebabkan perlindungan High risk pool semakin mendapat permintaan dan dengan permintaan yang bertambah ini, syarikat pengendali high risk pool telah melonggarkan banyak syarat di mana sekarang bagi kereta persendirian,syarat untuk sijil puspakom susah dihapuskan.Ini sebenarnya berita baik kepada pemilik kereta persendirian yang berumur 20 tahun ke atas kerana sekarang mereka boleh mendapatkan insurans dari high risk pool dengan mudah.Namun ramai pemilik tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan perlindungan high risk pool ini, oleh itu pemilik kereta persendirian dinasihatkan agar memdapatkan segala keperluan insurans mereka menerusi agen agen yang sah kerana umumnya mereka tahu apa yang patut dilakukan untuk memdapatkan perlindungan ini.Cuma pemilik diingatkan bahawa mereka terpaksa membayar lebih sedikit daripada sebelumnya kerana para agen yang menguruskan pembelian high risk pool ini umumnya mengenakan sevis caj tertentu.
Selain itu, tidak banyak pergerakan dalam pasaran insurans sekarang ini dan pemilik atau pengguna semua dinasihati agar lebih berhemah dan berhati hati dalam kepenggunaan kenderaan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan