Sudah agak lama saya tidak update blog kerana ketiadaan isu yang hendak dimaklumkan kepada pengguna sekelian.Underwritting kebanyakan syarikat Insurans masih sama di mana kebanyakan pemilik kenderaan lama masih berdepan dengan masalah yang sama untuk membaharui insurans kenderaan mereka, begitu juga pemilik kenderaan perdagangan dan awam masih berdepan dengan situasi yang serupa sejak tahun 2008 lalu.
Oleh itu saya ketiadaan isu untuk diperkatakan dan kerana itu jugalah, blog saya seolah olah terbiar tanpa undate.Tetapi kali ini saya ingin menyatakan bahawa perkembangan dalam industri insurans motor negara masih sama sejak tahun 2008 di mana kedudukan premium serta rekod tuntutan kerana kemalangan tidak banyak berubah.Begitu juga dengan kes kecurian masih lagi tidak banyak perubahan di mana kes kemalangan dan kecurian yang masih lagi berlaku dalam negara menyebabkan industi insurans dan takafur mengalami kerugian besar dan keadaan ini juga menyebabkan underwritting bagi insurans kenderaan menjadi seperti hari ini walaupun ianya dikawal oleh tarif.
Untuk itu menjadi tanggungjawab semua pihak untuk membantu industri insurans terutama insurans kenderaan yang semakin meruncing sekarang.Rakyat Malaysia boleh membantu dengan cara memastikan pemanduan berhemah untuk mengurangkan kemalangan serta membantu mengurangkan kecurian kenderaan terutama kecurian motosikal dan kereta kereta mewah.
Walaubagaimanpun, masih ramai pengguna tidak mengetahui adanya satu konsertium yang ditubuhkan oleh semua syarikat insurans untuk meringankan beban pengguna.Kosertium yang dikenali sebagai "High Risk Pool"(rujuk kepada posting saya yang terdahulu) boleh didapati di kaunter kaunter syarikat Uniasia dan Multipurpose di seluruh negara.Ataupun cara terbaik untuk mendapatkan polisi high risk pool ini ialah melalui agen agen yang mahir dan mengetahui cara cara untuk mendapatkannya.Untuk makluman, ada setengah syarikat yang sekarang ini menjual polisi 3rd party, fire & thef di mana polisi ini merupakan polisi yang menyerupai polisi komprehensif tetapi tidak mengandungi perlindungan bagi tuntutan own property damage tetapi bagi kebakaran dan kecurian ianya dilindungi oleh polisi ini.
Premium bagi polisi jenis ini lebih mahal sedikit dari premium 3rd party yang dikeluarkan oleh high risk pool.Jadi pengguna sepatutnya mempunyai pilihan samada mahu mengambil polisi 3rd party atau 3rd party,fire & thef.Namun begitu oleh kerana kebanyakan pengguna tidak mengetahui, maka kedengaranlah berbagai bagai keluhan yang seolah olah menyalahkan syarikat insurans.Oleh itu menjadi harapan saya agar maklumat ini dapat dimenafaatkan oleh pengguna yang merupakan pemilik kenderaan lama ketika membaharui polisi mereka.Begitu juga rakan rakan agen diharapkan dapat memberikan pilihan kepada mana mana pengguna yang datang untuk membaharui polisi mereka.
Semuga penjelasan ringkas di atas dapat membantu pengguna.Selain itu saya juga ingin berkongsi satu isu yang pernah saya sentuh sebelum ini sebagai maklumat kepada pengguna.Apa yang saya ingin kongsikan ialah keperluan mematuhi undang undang lain yang sedia ada demi memastikan tuntutan insurans tidak ditolak.Untuk insurans kenderaan, antara undang undang yang mesti dipatuhi ialah syarat memilik lesen memandu dan road tax ketika kemalangan atau kecurian berlaku.Saya telah ditanya kenapa tuntutan kemalangan dan kecurian ditolak sedangkan ketika membeli insurans pengguna berkenaan tidak dimaklumkan mengenai.Sebenarnya menjadi command law bagi semua pengguna untuk mengetahui perkara ini.Kontrak insurans adalah satu yang standard di mana terdapat satu klaus khusus mengenai perkara ini.Jadi tidak rasional untuk menyalahkan agen atau syarikat insurans seandainya tuntutan mereka ditolak kerana syarat memiliki lesen memandu dan roadtax tidak dipatuhi.
Walaubagaimanapun, bagi kemalangan yang membabitkan motosikal dan kenderaan lebih besar, tuntutan masih boleh dibuat melalui tuntutan 3rd party walaupun penunggang motosikal tersebut tidak mempunyai lesen sekiranya penungggang terbabit cedera dalam kemalangan tersebut.Walaupun beliau tidak boleh membuat tuntutan porperty damage,beliau masih boleh menuntut bodily injured dari insurans kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut.Di sini siapa salah tidak akan diambil kira kerana konsep asas insurans yang digunapakai di sini ialah kenderaan yang lebih besar bersalah kerana melanggar kenderaan yang lebih kecil.
Oleh itu kepada pemandu kereta,lori atau bas atau kenderaan besar lain perlu mengambil perhatian bahawa motosikal yang berada di sekitar mereka mesti dihormati sekalipun penunggang motosikal tersebut melanggar undang undang jalanraya.Demikian jugalah pemandu kenderaan yang lebih besar ini perlu memastikan bahawa mereka memiliki lesen dan road tax ketika berlakunya kemalangan ini kerana sekiranya mereka tidak memiliki kedua duanya atau salah satu daripadanya,tuntutan 3rd party bodily injured ini mungkin ditolak oleh insurans dan sekiranya keadaan ini berlaku,pemandu tersebut terpaksa menyelesaikan sendiri tuntutan tersebut dengan wang saku mereka.Jadi berhati hatilah dengan memastikan lesen memandu dan road tax sentiasa hidup ketika memandu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan