Rabu, 23 Julai 2014
GST dan peningkatan premium untuk insuran kenderaan kereta motor
Tahun depan, 2015 bakal menandakan negara memasuki era baru bilamana sistem cukai GST akan dikuatkuasakan bermula APril 2015.GST menandakan semua barangan dan perkhidmatan akan dikenakan cukai sebanyak 6% yang bermakna setiap pembelian insuran akan turut dikenakan cukai 6% tersebut.Oleh itu setiap pengguna sewajarnya bersedia bukannya mengeluh apabila mendapati harga insuran mereka lebih mahal di tahun hadapan.
Sehubungan dengan GST ini pula, insuran kenderaan kereta motor akan turut menyaksikan peningkatan tarif di mana tarif tersebut sedang diselaraskan setiap tahun bermula dari tahun 2012 sehingga 5 tahun yang bermakna tahun hadapan tarif insuran kereta motor akan dinaikkan sekali lagi.
Dua eleman penting yang bakal berlaku di tahun hadapan akan memberi kesan yang mungkin agak besar kepada pengguna terutama pemilik kenderaan.Kesan ini boleh dijangka menerusi peningkatan kos sara hidup sekaligus akan menyebabkan pengguna bakal merasakan kejutan ketika membaharui road tax kenderaan mereka.Oleh itu saya menasihatkan pemilik kenderaan semua agar bersedia dari sekarang dengan mengurangkan beban kewangan masing masing dan meningkatkan tabungan mereka semaksima mampu.Perkara ini saya rasakan penting bagi mengurangkan kesan bebanan tambahan yang dijangka akan berlaku di tahun hadapan.
Akhir kata saya mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN kepada semua pengunjung BLOG saya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan