Maklumat terbaru yang sampai kepada saya menunjukkkan hampir 40% pemilik kenderaan tidak membaharui cukai jalannya dan pemandu pemandunya tidak memiliki atau tidak membaharui lesen memandu.Maklumat ini sebenarnya memberi kesan kepada kepenggunaan insurans.Kenderaan yang tidak memiliki cukai jalan juga tidak akan memilik perlindungan insurans,oleh itu sekiranya kenderaan ini terlibat dengan kemalangan dan terlibat dengan tuntutan pihak ketiga(3rd party claim) maka segala tanggungan terpaksa ditanggung sepenuhnya oleh pemilik atau pemandu kenderaan tersebut.Perkara ini akan menyebabkan kesulitan kerana pemilik/pemandu terpaksa berdepan secara bersendirian dengan tuntutan tersebut.
Kejadian kejadian ini akan menyumbang banyak kerugian besar kepada pengguna jalanraya.Umumnya pemilik/pemandu yang terlibat dengan tuntutan tidak akan mampu membayar gantirugi dan hal ini menyebabkan orang yang menuntut akhirnya tidak mendapat apa apa berbanding kalau kenderaan tersebut ada cukai jalan,perlindungan insuran dan pemandunya ada lesen memandu,jaminan tuntutan akan diambil oleh syarikat insurans.Dengan ini,kesulitan yang dialami oleh pihak yang menuntut akan dapat diatasi atau sekurang kurangnya dikurangkan.
Untuk itu,adalah dinasihatkan agar semua pemilik kenderaan dan pemandu mana mana kenderaan membaharui cukai jalan serta lesen memandu mereka.Tujuan saya menulis ini adalah untuk mengurangkan kerugian dalam mana mana tuntutan pihak ketiga(3rd party claim).Satu lagi kesulitan tambahan yang akan ditanggung oleh pemilik yang terlibat dengan kemalangan tanpa cukai jalan dan lesen memandu ialah kos membaiki kenderaan mereka.sekiranya pemilik gagal menyediakan peruntukan yang cukup untuk membaiki kendearaan maka kenderaan tersebut tidak dapat dibaiki dan satu kerugian terpaksa ditanggung oleh pemilik,apatah lagi kalau pemilik masih berhutang dengan bank.
Keperluan untuk memastikan setiap kenderaan dilindungi secukupnya oleh insurans adalah satu keperluan untuk mengelakkan kesulitan semua pihak yang terlibat.Untuk itu,cukai jalan dan lesen memandu perlu ada bagi setiap kenderaan dan pemandu kerana kedua duanya merupakan syarat utama dalam mana mana tuntutan insurans.
Selain dari itu,suka diingatkan bahawa rebet petrol akan berakhir pada 31/3/2009. Oleh itu dinasihatkan kepada mana mana pemilik kenderaan yang layak menerima rebet tersebut mengambil langkah segera untuk membaharui cukai jalan mereka sebelum tempoh rebet berakhir bagi membolehkan mereka membuat tuntutan rebet berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan