Maklumat terkini menunjukkan hampir semua syarikat Insuran berdepan dengan kengkangan kewangan yang agak teruk.Untuk itu kebanyakan syarikat telah mengambil langkah langkah pembetulan yang berkemungkinan besar akan membebankan pengguna terutama pengguna pengguna dari kalangan pemilik kenderaan perdagangan.
Antara langkah drastik syarikat terbabit ialah mengubah "underwriting guide" mereka di mana perlindungan pihak ketiga(3rd part) tidak lagi diterima untuk kebanyakan kelas insurans motor dan menghadkan umur kenderaan yang diterima untuk dilindungi.
Untuk itu,pengguna dinasihatkan agar menyediakan peruntukkan yang lebih besar untuk keperluan insurans mereka terutama bagi pemilik kenderaan perdagangan permit "A" dan "C" yang mana kebanyakan syarikat tidak lagi mengeluarkan perlindungan pihak ketiga(3rd party).Begitu juga pemilik kereta lama yang selalunya mengambil perlindungan pihak ketiga,kerana kebanyakkan syarikat tidak lagi menjual polisi pihak ketiga(3rd party).
Selain dari itu pengguna juga dinasihatkan agar lebih berhati hati di jalanraya kerana sebab utama kengkangan kewangan ini berpunca dari tuntutan kemalangan yang terlampau tinggi dari pengguna insurans.Sekiranya jumlah tuntutan kemalangan tidak dapat dikurangkan atau menjadi lebih tinggi kemungkinan langkah yang lebih membebankan pengguna terpaksa diambil oleh kebanyakan syarikat.Untuk itu kerjasama dari pengguna semua adalah amat diperlukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan