Untuk kali ini,saya ingin menjelaskan salah satu peraturan utama dalam pembelian insurans iaitu peraturan "CASH BEFORE COVER" yang mana tertakluk kepada akta insurans 1965.
di bawah peraturan ini,Setiap pembelian insurans hendaklah disusuli dengan pembayaran tunai sebelum sesuatu polisi itu dapat dikeluarkan.Ini bermakna pelanggan insurans dimestikan membayar terlebih dahulu kepada polisi yang hendak dibeli.Ini juga bermakna tidak ada sebarang kredit atau hutang boleh diberikan kepada pembelian polisi berkenaan.Peraturan ini hendaklah diikuti sepenuhnya sekiranya pelanggan tidak mahu berdepan dengan sebarang masalah dengan polisi yang dibeli.
Terdapat 2 kelas insurans yang mewajibkan peraturan ini ia itu insurans motor(kenderaan) dan insurans kemalangan diri(yang dibeli atas nama individu).Untuk itu pelanggan adalah dinasihatkan memahami peraturan ini sebelum membeli kedua dua jenis insurans ini.
Untuk insurans motor,pengawalan kepada peraturan ini kini dibuat melalui pengeluaran nota perlindungan secara "e insurance" di mana sebarang pengeluaran nota perlingungan dipantau pembayarannya secara 'online" dan sebarang pelanggaran kepada peraturan ini akan menyebabkan agen digantung atau dibatakan lesen mereka.Oleh itu pelanggan sentiasa dinasihatkan menyediakan keperluan kewangan yang mencukupi sebelum membeli sebarang insurans motor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan