Sebelum ini saya pernah menulis bahawa insurans adalah satu bentuk perlindungan.Konsep asas kepada insurans am ialah menggantikan harta atau item yang diinsuranskan kepada keadaan sebelum berlakunya kerosakan atau kehilangan harta atau item yang diinsuranskan.Menerusi konsep inilah sistem perlaksanaan kepenggunaan insurans dilaksanakan.
Satu entiti penting dalam sistem penggantian insurans ialah Lost Adjuster.Lost Adjuster adalah pihak berkecuali dan memberi tumpuan khusus kepada penilaian kerugian bagi sesuatu tuntutan insurans yang melibatkan kerosakan harta benda(property damage).Satu kefahaman umum dalam kepenggunaan insurans ialah penilaian Lost Adjuster adalah dikira munasabah dan boleh diterima oleh semua pihak yang terlibat dalam sesuatu tuntutan insurans yang terbabit.
Oleh itu adalah penting bagi pengguna insurans terutamanya, memahami tugas dan peranan Lost Adjuster dalam sesuatu tuntutan itu.Satu ketika dulu,Lost Adjuster sering dijadikan target bagi penipuan tuntutan di mana terdapatnya setengah kalangan Lost Adjuster memanupilasi dan menipu dalam laporan kerosakan yang disediakan berkaitan sesuatu kemalanganan atau kejadian yang membolehkan tuntutan dibuat di bawah polisi insurans tertentu.Namun dewasa ini pemantauan yang ketat oleh pihak berkuasa dan syarat tertentu yang dikenakan terhadap Lost Adjuster telah menyebabkan aktiviti penipuan laporan kerosakan sudah tidak berlaku.Lost Adjuster hari ini dipastikan oleh kerajaan sebagai entiti bebas dalam sistem tuntutan insurans dan mereka juga dipastikan melakukan kerja secara profesyional.
Untuk itu,penipuan dalam tuntutan insurans sudah tidak berlaku lagi.Lost Adjuster adalah pihak yang boleh diterima serta lapuran kerosakan dari mereka dianggap munasabah dan biasanya diterima pakai oleh syarikat insurans serta bengkel yang terbabit.Dalam masa yang sama pengguna juga sepatutnya menerima lapuran mereka tanpa sebarang syak wasanga.
Lapuran yang disediakan oleh Lost Adjuster ini umumnya adalah lapuran yang adil berdasarkan nilai semasa harta tersebut dan keadaan keadaan yang dibenarkan oleh klaus polisi insurans yang terlibat dengan tuntutan.Oleh itu adalah penting bagi setiap pengguna insurans memahami peranan dan fungi Lost Adjuster ini dalam sesuatu tuntutan insurans am yang melibatkan kerosakan dan kehilangan harta yang diinsuranskan.Kelas kelas insurans am yang melibatkan pembabitan Lost Adjuster ini ialah insurans motor,insurans kebakaran,insurans marine cargo,insurans perjalanan kargo insurans komprehensif kontrak dan insurans kecurian dan lain lain kelas insurans am.Walaubagaimanapun adalah perlu juga difahami bahawa peranan Lost Adjuster hanya perlu dalam tuntutan kerosakan dan kehilangan harta benda yang diinsuranskan tetapi dalam kes kes kecederaan kematian atau kehilangan anggota badan yang turut diinsuranskan dalam setengah polisi insurans tidak melibatkan peranan mereka.Umumnya tuntutan yang melibatkan kecederaan memerlukan pengesahan doktor dan penyertaan bukti bukti kehilangan pendapatan dan kesusahan lain berpunca dari kecederaan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan