Sempena musim perayaan yang masih meriah ini,saya mengambil kesempatan untuk mengingatkan pengguna jalan raya,khususnya para pemandu semua supaya sentiasa fokus dan berhati hati semasa memandu.Kepada mereka yang melakukan perjalanan jauh,rancang perjalanan agar tidak tersekat atau tergendala.Ambil langkah berhemah dan bersedia agar perjalanan anda tidak terganggu atau kurang gangguan dengan persedian yang cukup.
Suka juga saya ingatkan bahawa negara masih dalam ops sikap di mana sebarang kesalahan jalanraya akan dikenakan saman maksima.Untuk itu sentiasalah beringat agar tidak mudah melakukan kesalahan semasa di jalanraya.Elakkan memotong di dua garisan panjang,elakkan mengekori kenderaan terlalu rapat dan elakkan melanggar lampu isyarat merah.
Selamat memandu dan sebagai langkah tambahan pastikan nombor hubungan agen insurans anda atau nombor hot line syarikat insurans anda dibawa bersama semasa memandu.Untuk semua pemandu,pastikan anda mendapat cukup tidur sebelum memandu.Ingatlah keselamatan penumpang berada dalam tanggungjawab anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan