Insurans dapat dibeli melalui cara berikut:
Melalui kaunter cawangan syarikat Insurans berkaitan.Biasanya syarikat insurans menyediakan kaunter jualan insurans di pejabat cawangannya dan pengguna boleh mendapatkan polisi insurans mereka di kaunter kaunter ini.Pembelian cara ini dikenali sebagai pembelian secara terus dengan syarikat di mana sebarang perkhidmatan selepas jualan juga secara terus ia itu pengguna bertanggungjawab sepenuhnya untuk berurusan secara terus dengan syarikat sekiranya terdapat apa apa urusan terutama berkaitan tuntutan terhadap polisi tersebut.
Cara berikutnya ialah menerusi Bank Bank perdagangan yang bertindak sebagai agen kepada syarikat insurans berkenaan.Selalunya pembelian melalui bank dibuat oleh pengguna yang mendapatkan pinjaman pembiayaan di Bank berkenaan.Berdasarkan statistik umum,pembelian melalui Bank adalah cara yang digemari oleh pengguna atas alasan ianya mudah dilakukan dan selamat.Selain dari itu ada juga pengguna yang beranggapan bahawa pembelian melalui Bank adalah dimestikan kerana pinjaman juga diperolehi menerusi Bank tersebut.Untuk makluman,anggapan ini salah kerana peraturan penjualan insurans menyebut dengan jelas bahawa pengguna tidak boleh dipaksa untuk mendapatkan polis insurans mereka di Bank yang membiayai pinjaman tersebut.selain dari itu pengguna yang menbeli insurans dari Bank perlu berurusan dengan Bank berkenaan atau berurusan terus dengan syarikat insurans berkaitan untuk urusan lepas jualan.
Cara seterusnya ialah mendapatkan polisi di pejabat pos yang juga menjadi agen kepada syarikat insuran tertentu.Pembelian melalui pejabat pos juga memerlukan pengguna berurusan dengan mereka atau terus kepada syarikat insurans berkaitan untuk sebarang khidmat selepas jualan.
Cara lain untuk mendapatkan polisi insurans ialah pembelian melalui agen yang bertauliah dan berdaftar dengan Persatuan Insurans Am Malaysia(PIAM).Lazimnya agen agen akan meyediakan perkhidmatan selepas jualan yang komprehensif dan menguruskan segala keperluan pengguna serta memudahkan pihak pengguna.Umumnya,inilah kelebihan seorang agen berbanding dengan Bank atau pejabat pos.Selain dari itu pembelian insurans di Bank dan pejabat pos hanya terhad kepada insurans motor,kemalangan diri dan kebakaran(pembelian di pejabat pos hanya terhad kepada insuran motor dan kemalangan diri)tetapi menerusi agen agen yang bertauliah,segala keperluan insurans AM dari semua kelas boleh didapati pada bila bila masa.Pendek kata seorang pengguna boleh mendapatkan semua keperluan insurans am mereka dari seorang agen tanpa perlu ke sana ke mari untuk menyelesaikan pembelian polisi mereka.
Itulah cara yang lazim bagi pengguna mendapatkan polisi insurans mereka.Tetapi bagi keperluan insurans yang besar dan banyak,pembelian melalui Broker berlesan adalah lebih baik kerana Broker insurans mempunyai kemahiran khusus untuk menguruskan keperluan insurans secara pukal atau borong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan