Selasa, 19 Mei 2009

MARKET UPDATE DAN KESUKARAN DALAM INDUSTRI INSURANS

Agak lama saya tidak menulis di blog kerana kesibukan urusan harian.walaubagaimanapun,kali ini saya ingin menarik perhatian pembaca semua kepada perkembangan terbaru dalam industri insurans negara.Sejak awal tahun 2009 perkembangan yang terjadi tidak memberangsangkan kepada pengguna insurans dan kepada pengendali insurans termasuk juga agen agen yang terpaksa menjalani satu tempoh paling sukar dalam kerjaya mereka sebagai agen insurans.Saya juga terpaksa berdepan dengan banyak masalah dalam urusniaga insurans yang dijalankan.

Bagi pengguna, kesukaran paling ketara ialah kenaikan kos serta kesukaran untuk membaharui insurans mereka bagi setengah kes.Bagi agen pula,pasaran mereka menjadi semakin sempit kerana ada setengah risiko tidak lagi diambil oleh prinsipal mereka.Sementara bagi kebanyakan syarikat insurans, mereka juga berdepan dengan tuntutan insuran yang agak tinggi dan membimbangkan.

Inilah permasalahan utama bagi industri insurans terutama insuran kereta motor ketika ini.Sementara pihak bank dan pengedar kereta turut berebut untuk mendapat bahagian dalam industri ini.Setengah bank kelihatan menawarkan beberapa tawaran istimewa kepada pelanggan mereka walaupun ianya tidak dibenarkan oleh Ketua Pengarah Insurans Bank Negara.Masih ada Bank yang memberi hadiah percuma kepada pelanggan walaupun arahan telah dikeluarkan oleh ketua pengarah insurans supaya menghentikan sebarang pemberian hadiah kepada pelanggan.

Sementara majoriti pemilik kereta gemar membaharui insuran mereka di bank bank yang menyediakan pinjaman bagi pembelian kereta mereka.Sudahlah insuran kebakaran telah sudah dikuasai oleh pihak bank, insuran kereta motor juga masih dikuasai oleh mereka.Itulah permasalah bagi seorang agen insuran yang terpaksa bersaing dengan bank untuk mendapatkan urusniaga.Begitu juga syarikat pengedar kereta yang telah mewajibkan pengambilan insuran dengan mereka apabila pembeli membeli kenderaan dengan mereka.Hal ini menyempitkan lagi ruang bagi agen agen insuran bagi bersaing dengan sihat.

Namun,agen agen yang berdedikasi terus bertahan dan bersaing sekalipun saingannya kelihatan seperti gergasi.Agen agen yang berdedikasi ini terus kosistan dalam kerjaya mereka dan terus berusaha memperbaiki diri setiap masa.

Berbalik kepada kegemaran pemilik kenderaan membaharui insurans di bank bank, kebanyakannya tidak begitu faham dengan urusniaga yang mereka buat.Inilah yang menjadi kelebihan kepada mereka yang mengambil insurans dengan agen yang berdedikasi.Seorang pemilik yang mengambil insurans di bank bank mungkin tidak menyedari bahawa mereka terlepas dari mendapatkan khidmat yang baik dari seorang agen.Segala urusan berkaitan insuran yang dibeli di bank akan terpaksa diuruskan sendiri oleh mereka sedangkan seorang agen yang berdedikasi akan menyediakan perkhidmatan lepas jualan yang berkesan bagi membantu pemilik.Contohnya, sekiranya berlaku kemalangan di waktu malam atau pada hari cuti,seorang agen yang berdedikasi boleh dihubungi untuk mendapat nasihat sedangkan pemilik yang membeli insurans mereka di bank akan terlepas dari perkhidmatan ini yang diberikan secara percuma.Sebaliknya mereka terpaksa menguruskan sendiri semua perkara yang bersangkutan dengan kemalangan tersebut sehingga ada kes kes dimana pemilik yang terlibat dengan kemalangan ini terpedaya dengan "callman" bengkel tertentu dan terpaksa berdepan dengan berbagai masalah yang sukar.

Saya menulis ini bukan untuk mendapat simpati dari sesiapa, tetapi saya merasakan bertanggungjawab untuk menyampaikan maklumat kepada semua agar semua pemilik dapat membuat keputusan yang difahami oleh mereka serta mengelakkan rasa tertipu dalam urusniaga insuran yang mereka lalui.

Berbalik kepada kesukaran yang sedang dialami oleh industri insurans,pemilik kenderaan mampu membantu seandainya dapat mengurangkan kemalangan dan tuntutan insurans.Untuk itu, pemanduan berhemah dari semua pemilik kenderaan mungkin salah satu langkah pembetulan kepada permasalahan ini.Di samping itu, pemilik dan masyarakat negara juga bertanggungjawab dalam memainkan peranan untuk menghapuskan unsur unsur negatif dijalan raya seperti rempit dan samseng jalanraya.

Tiada ulasan: