Selasa, 2 Jun 2009

UNDERWRITING INSURANS MOTORSIKAL .....

Syarikat Insurans terbesar di Malaysia telah mengubah underwriting insurans motorsikalnya di mana bermula hari ini, 2hb Jun 2009, motorsikal yang berusia kurang dari 10 tahun hanya dibenarkan mengambil polisi insurans comprehnesif sahaja.Tiada perlingdungan 3rd party akan dikeluarkan kepada motorsikal yang berusia kurang 10 tahun.Atau dengan kata kata lain motorsikal yang tahun diperbuatnya ialah tahun 1999 dan ke atas tertakluk kepada underwriting baru ini.

Untuk makluman, Syarikat in menawarkan premium bagi insurans motorsikal terendah sebelum ini dan merupakan syarikat insurans terbesar mengeluarkan polisi kepada motorsikal di seluruh negara.Oleh itu adalah dipercayai perubahan yang dibuat dalam underwritingnya bakal diikuti oleh syarikat syarikat insurans lain.Ini bermakna pemilik motorsikal mungkin terpaksa menyediakan peruntukan yang lebih untuk keperluan insurans mereka.

Satu lagi perubahan yang dibuat dalam underwritingnya ialah bagi motorsikal yang lapse polisinya yakni yang telah tamat tempoh insuransnya dan bagi polisi insuran dari syarikat lain, dikehendaki diambil gambar motorsikal berserta no. injin dan no. chasisnya bagi membolehkan polisi disambung atau dikeluarkan bagi kes polisi dari syarikat insurans lain.Ini mungkin memberi masalah besar bagi motorsikal yang telah tamat tempoh insurans kerana agen agen yang mahu menjual insurans kepada motorsikal dalam katogeri ini akan terpaksa menanggung kos tambahan untuk menyediakan gambar gambar yang diperlukan sementara bagi setengah motorsikal, no.injinnya terletak di sudut yang tersembunyi dan memerlukan setengah bahagian pada badan motorsikal tersebut dibuka bagi mengambil gambar no.injinnya.

Sehubungan dengan itu, pemilik motorsikal dinasihatkan membaharui polisi mereka sebelum tamat tempoh bagi mengelakkan sebarang kesulitan dan perlu bersedia untuk membayar kos tambahan sekiranya polisi mereka sudah tamat tempoh(lapse).

Tiada ulasan: