Saya pernah menulis tentang insurans yang merupakan keperluan kepada perlindungan dan bukan satu bentuk pelaburan.Saya juga pernah menekankan bagaimana pengguna tidak begitu mengambil berat mengenai ilmu atau pengetahuan kepenggunaan insuran.Kurangnya perhatian kepada pengatahuan kepenggunaan insurans turut disumbangkan oleh kurangnya profesional agen agen insurans dalam menjalankan urusniaga insurans malah satu ketika dulu terdapat sebahagian agen yang menipu pelanggan mereka dengan berbagai bagai bentuk penipuan sehingga menimbulkan keraguaan dan rasa tidak percaya orangramai kepada agen insuran.
Tetapi hari ini, agen agen insuran sudah dikawal oleh Bank Negara melalui ketua pengarah insuransnya di mana para agen tidak lagi berpeluang untuk menipu pelanggan mereka. Namun masih ada segolongan pengguna yang masih fobia dengan agen sehingga menyebabkan mereka mengambil risiko ketika membeli insurans.Untuk maklumat,pengguna seharusnya tidak mengambil sebarang risiko ketika membeli insurans kerana insuran itu sendiri adalah perlindungan kepada risiko.Atas sebab inilah, agen tetap merupakan entiti penting kepada industri insurans negara.
Hari ini juga, agen agen diwajibkan mengambil kursus selama 20 jam setiap tahun bagi membolehkan mereka meneruskan urusniaga insurans mereka.Agen dikawal melalui urusniaga secara elektronik di mana peluang untuk menipu tertutup rapat.Agen juga dilatih melalui kursus yang dihadiri saban tahun untuk menjadi kaunselor atau penasihat kepada pengguna/pelanggan mengenai sebarang perkara yang berkaitan insurans.
agen yang baik akan memberi respon yang baik juga kepada latihan yang diterima dan bersedia untuk menjadi penasihat atau kaunselor insurans kepada pelanggan mereka.Sementara bagi agen agen yang tidak mahu berubah,masa depan mereka dalam industri insurans ini boleh dianggap tidak memberangsangkan dan pada bila bila masa boleh terkeluar dari urusniaga insurans.
Dengan lain lain perkataan, agen yang ingin mengekalkan kehadiran mereka dalam urusniaga yang mencabar ini tidak mempunyai pilihan selain bersedia untuk menjadi kaunselor yang baik kepada pelanggan mereka.Agen mesti bersedia untuk memberi khidmat lepas jualan percuma kepada pelanggan, mesti sanggup untuk turun padang bagi membantu pelanggan mereka dan mesti bersedia untuk memberi khidmat nasihat yang baik kepada pelanggan pada bila bila masa.Untuk itu Agen perlu melengkapi diri mereka dengan pengetahuan yang baik mengenai peraturan insurans untuk mendidik pelanggan mereka mengenai kepenggunaan insurans dan ini merupakan satu kelebihan kepada agen yang tidak ada pada bank bank dan pejabat pos yang juga terlibat dalam urusniaga insurans.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan