Hari ini adalah hari ketiga kita berada di tahun 2010,tahun baru yang umumnya diikuti oleh azam baru tetapi bagi seorang agen insurans,azam baru bermakna akaun baru, target baru dan baget baru.Pencapaian di tahun 2009 sudah menjadi sejarah dan bakal menjadi panduan kearah pembentukan target dan baget baru.Barangkali inilah masanya bagi seorang agen menilai semula struktur sevis caj kepada perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan dan membuat anggaran keuntungan yang hendak dicapai sepanjang tahun 2010 ini.
Tetapi masalah yang ada dalam bidang insurans nampaknya tetap sama.Underwritting yang menekan masih sama, kedapatan sebahagian pelanggan yang tidak mahu faham peraturan insurans tetap sama dan kedapatan sebahagian agen yang tidak profesyional tetap sama.Inilah situasi yang bakal mewarnai industri insurans negara sepanjang tahun ini di mana tidak kelihatan lagi tanda tanda perubahan positif setakat ini.
Sebelum ini saya pernah menulis mengenai sikap tidak bertanggungjawab setengah saleman ketika menguruskan pertukaran kereta para pelanggan mereka.Sikap ini nampaknya masih berlaku sehingga kini.Hampir kesemua syarikat pengedar kereta(baru dan 2nd hand) sepanjang tahun lalu dan mungkin tahun ini juga memperkenalkan polisi mewajibkan pelanggan mereka membeli insurans dengan mereka ketika membeli kereta.Polisi ini tidak menjejaskan perniagaan agen insurans kerana sering berlaku, pelanggan hanya mengambil polisi hanya pada tahun mereka membeli kereta sahaja dan untuk tahun tahun seterusnya mereka akan kembali kepada agen mereka.Jadi tidak ada apa yang rugi di pihak agen tetapi yang sering mengalami kerugian ialah pelanggan mereka yang tidak diuruskan secara profesyional oleh saleman ketika membeli kereta.
Baru sahaja saya berdepan dengan masalah ini apabila seorang pelanggan saya datang untuk membaharui insurans kereta Honda Odessynya.Ketika inilah saya menyedari kerugian yang dialami pelanggan kerana NCDnya sebanyak 55% sudah ditukar kepada kereta barunya model Hyundai Matris sedangkan apa yang diberitahunya ialah NCD yang sepatutnya ditukar ke kereta Hyundai Matris barunya ialah NCD Ford Rangernya yang sudah dijual sebanyak 38.33%.
Ketika menyemak sebut harga yang diberikan oleh saleman, saya mendapati terdapat kesilap pengiraan walaupun NCD yang dimaksudkan oleh sebut harga itu ialah NCD Rangernya.Untuk mengatasi kesilapan inilah dan tanpa pengetahuan pelanggan, NCD Honda Odessynya sebanyak 55% digunakan kepada kereta Hyundai Matrisnya.Inilah tindakan tidak bertanggungjawab salesman tersebut yang mengakibatkan pelanggan tersebut terpaksa menanggung kerugian.
Saya juga mendapati insurans Rangernya tidak dibatalkan walaupun beliau sudah menjualnya. Oleh itu NCD Rangernya masih boleh digunakan kepada Honda Odessynya sebagai langkah untuk mengurangkan kerugian.Tetapi apa yang amat merugikan ialah insurans Rangernya tamat pada 20/01/2010, sedangkan beliau amat memerlukan road tax Honda Odessynya kerana sebuah lagi kereta jenis Honda CRV miliknya terpaksa dihantar untuk repair.Oleh itu pelanggan tersebut kerugian kelayakan NCD sebanyak 45% kerana polisi Rangernya masih belum tamat dan terpaksa berpaushati dengan 38.33% sebagai langakh mengurangkan kerugiannya.Barang diingat kerugian NCD ini masih ditanggung sehingga tahun depan sedangkan kalau beliau dapat menunggu sehinga 20/01/2001, kelayakan NCDnya sudah bertambah kepada 45%.Atau dengan kata lain, beliau kerugian setahun dalam kelayakan NCDnya.
Mungkin juga ada yang beranggapan beliau sebenarnya tidak rugi kerana NCD sebanyak 55% masih digunakan di kereta Hyundai Matrisnya tetapi perlu diingat bahawa cc Hundyai Matris dan Honda Odessy tidak sama maka harga yang dibayar kepada insurans Hyundai Matris itu lebih rendah dari harga insurans Honda Odessynya.Bermakna pelanggan ini tetap mengalami kerugian yang boleh dielak sekiranya saleman tersebut mengakui kesilapan pengiraan dan memberitahu pelanggan mengenainya.Kalaupun pelanggan membuat keputusan untuk mengambil NCD dari Honda Odessynya, sekurang kurangnya pelanggan tahu apa yang berlaku.
Nampaknya, walaupun tahun baru dengan pendekatan perniagaan yang baru tetapi masalahnya tetap sama.Dan sekali lagi saya mengingatkan kepada pengguna semua, rujuklah kepada agen anda ketika hendak menukar kereta untuk mengelakkan masalah seperti ini berulang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan