Hari ini adalah hari terakhir tahun 2009 dan tidak beberapa lama lagi kita akan melangkah ke tahun 2010.Tahun 2010,bakal melihat cabaran yang semakin hebat termasuk cabaran yang semakin besar dalam industri Insurans negara.Paling ketara kesannya dalam bidang insurans kereta motor apabila bidang ini berdepan dengan tuntutan tertinggi dari pengguna dan kengkangan kewangan yang semakin meruncing.
Kini insurans kereta motor memasuki era yang semakin mencabar dalam memenuhi keperluan insurans pengguna.Oleh itu, pengguna juga bakal berdepan dengan cabaran yang semakin rumit terutama di kalangan pengguna atau pemilik kenderaan lama dan kenderaan perdangangan permit A dan C.Tidak ketinggalan juga pemilik kenderaan kenderaan awam, kenderaan special type dan motosikal.
Kesemua pemilik kenderaan yang dinyatakan di atas harus bersedia melangkah ke tahun 2010 dengan kesedaran akan kemungkinan mereka tidak lagi dapat menggunakan kenderaan terbabit.Sementara kemampuan agen agen insurans untuk membantu pemilik pemilik terbabit semakin sempit dengan situasi pasaran yang tidak menampakkan tanda tanda pemulihan.
Keadaan ini sekaligus menyebabkan agen agen insurans turut kerugian sebahagian besar pasaran mereka dan mungkin terpaksa bersedia untuk bersaing dengan lebih hebat dengan Bank bank,MyEG dan mungkin juga Mybayar yang baru diperkenalkan kerajaan.oleh itu para agen juga mungkin terpaksa mempertingkatkan kemampuan servis mereka melebihi servis yang diberikan oleh pihak pihak terbabit.
Agen agen insurans tidak boleh lagi bergantung kepada pool pelanggan semasa mereka dan tidak boleh lagi bergantung kepada segmen pasaran yang sudah semakin ditolak oleh kebanyakan syarikat insurans.Ini bermakna para agen harus menumpukan kepada kenderaan kenderaan persendirian yang mana sebahagian besar pasarannya dikuasai oleh bank bank.
Satu alternatif yang mungkin boleh dimenafaatkan oleh para agen ialah mencari bidang perniagaan lain yang boleh menjana pendapatan tambahan kepada mereka.Oleh itu terpulang kepada agen untuk menentukan bidang mana yang boleh dimenafaatkan mereka samada meningkatkan bidang servis JPJ yang mana akan menyebabkan para agen terpaksa bersaing dengan para runner sepenuh masa dengan lebih hebat lagi atau menyertai bidang bidang perniagaan yang berisiko rendah seperti bidang perniagaan top up Mymode atau lain lain bidang.
Apa jua yang terjadi di tahun 2010, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada seluruh rakan rakan agen di seluruh negara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan