Sudah agak lama saya tidak menulis sejak posting terakhir saya.Ini disebabkan tiada perubahan kepada underwritting insurans kenderaan yang merupakan insurans yang terpenting dalam negara kita.Sementara kelas kelas insurans lain pula tidak menampakkan apa apa anjakan yang penting kecuali terdapat dua produk baru dalam market yang diperkenalkan oleh salah sebuah syarikat insurans dalam kelas insurans kemalangan diri, ia itu skim insurans pelajar MAKNA dan pakej sport insurance yang merupakan satu pakej insurans kemalangan diri.Skim insurans pelajar MAKNA terbuka kepada pelajar pelajar sekolah di mana 5% daripada harga premium akan didermakan kepada MAKNA atau MAJLIS KANSER NASIONAL dan 5% akan diberikan kepada sekolah sekiranya polisi itu diambil secara berkelompok oleh sekolah sekolah terbabit.
Selain itu juga terdapat beberapa produk baru lain yang diperkenalkan oleh beberapa syarikat insurans dan takafur dalam kelas kelas insurans selain kelas motor atau kenderaan.Tren ini menampakkan bahawa syarikat insurans di negara kita sedang mengurangkan penglibatan mereka dalam insurans kenderaan dan cuba meningkatkan porfolio kelas kelas insurans lain terutama insurans kemalangan diri.Dari pengalaman,syarikat syarikat insurans lain akan turut serta dalam persaingan mendapatkan volume dalam kelas kelas insurans ini dan perkara ini tidak memberangsangkan untuk kelas insurans motor atau kenderaan.
Saya pernah terlihat satu kain rentang di salah sebuah kedai yang menjual insurans motor yang cuba memberitahu pengguna bahawa di tempatnya ada insurans motor 1st party dan 3rd party.Pada saya kain rentang ini tidak menggambarkan situasi sebenar dalam pasaran.Untuk maklumat, polisi insurans 3rd party cuma dikeluarkan untuk motosikal sahaja oleh beberapa(2 atau 3) syarikat insurans sahaja dan dalam mengeluarkan polisi 3rd party ini, hampir kesemua syarikat mensyaratkan motosikal yang berumur antara 10 hingga 25 tahun sahaja, sementara motosikal yang berumur kurang 10 tahun, hanya polisi komprehensif sahaja dikeluarkan.Dan baru sahaja saya dimaklumkan oleh kerani saya bahawa ada syarikat takafur yang mula mengeluarkan insurans 3rd party & Theft.Kalau benar, ini merupakan perkembangan baru dalam market insurans kenderaan dan pastinya para pengguna sekelian patut mengetahui apakah polisi 3rd party & Theft ini.
Berbalik kepada kain rentang tersebut, saya merasakan tidak sepatutnya dinaikkan oleh seorang agen yang bermaklumat dan beretika kerana kain rentang itu tetap tidak memberikan maklumat yang benar atas apa yang berlaku dalam pasaran sekarang.Hampir kesemua syarikat umpamanya, sudah menolak untuk menerima kereta yang melebihi 20 tahun(malah ada setengah syarikat cuma menghadkan pada 15 tahun sahaja) dan kesemua syarikat sudah menolak untuk mengeluarkan polisi kepada kenderaan permit "A" dan kenderaan awam di mana kesemua kenderaan kelas ini terpaksa beralih kepada HIGH RISK POOL sementara ada kemungkinan kereta yang melebihi 20 tahun akan terpaksa mendapat perlindungan dari HIGH RISK POOL juga nanti.Oleh itu memberitahu awam bahawa ada agen yang boleh mengeluarkan polisi 3rd party secara umum merupakan maklumat yang tidak tepat dan tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang agen bertauliah.
Saya juga menerima beberapa persoalan daripada awam dan berdasarkan apa yang saya tahu dan diberitahu mengenai market update kesemua persoalan yang dikemukakan kepada saya tidak benar dari sudut khabar anginnya.Sebaliknya, apa yang sedang berlaku sejak dua tiga bulan lalu masih berlaku dan maklumat dari posting saya yang lepas masih benar dan masih tidak menampakkan ada tanda tanda pemulihan setakat ini.Begitu juga pejabat pos yang menjadi premis backup kerajaan , masih lagi mnegeluarkan polisi 3rd party tetapi dengan beberapa syarat tertentu dan mungkin menyusahkan ramai.Oleh itu saya cadangkan supaya pengguna pengguna yang masih mampu supaya tidak menggunakan pejabat pos untuk membeli insurans mereka,adalah lebih baik kalau ruang pejabat pos dibuka kepada orang orang yang tidak mampu seperit golongan petani, nelayan, buruh kasar dan seumpamanya.Berbaloi bagi seorang peniaga atau seorang yang bergaji besar memberi ruang di pejabat pos kepada golongan golongan ini kerana dari pengalaman saya, kebanyakkan mereka ini mengambil keputusan tidak menyambung road tax mereka kerana tidak mampu dan keputusan sebegini tidak bagus pada jangkamasa panjang.Hampir kesemua keputusan yang dibuat kerana mereka tidak mampu bersaing di pejabat pos kerana persaingan yang besar dan ada yang bersaing di pejabat pos sebenarnya mampu membayar harga yang tinggi bagi insurans mereka.Fikir fikirkanlah, kerana di antara golongan ini ada yang menjadi pengguna motosikal kerana insentif kerajaan satu ketika dulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan