Sabtu, 13 Oktober 2012

Kenapa setiap pengguna Insurans perlukan personal Agen

Saya sudah menyatakan dalam posting yang lalu bahawa setiap pengguna insurans khususnya insurans kereta motor amat memerlukan seorang agen bagi menguruskan semua keperluan insurans mereka.Hujah yang saya kemukakan dulu merupakan hujah sentuhan personal seorang agen yang bakal memudahkan segala keperluan insurans pengguna. Saya juga menyatakan seorang pengguna boleh mendapatkan polisi insuransnya di bank atau pejabat pos atau terus dari cawangan syarikat insurans tetapi polisi yang dibeli dari institusi ini tidak mempunyai faciliti yang sama dengan polisi yang dibeli dari seorang agen insurans bertauliah.Namun masih ramai yang ragu ragu dengan agen dan masih ramai yang percaya bahawa bank adalah tempat terbaik untuk mendapatkan polisi insurans.Akan tetapi apabila seorang pengguna yang mendapatkan polisi dari pihak pihak ini terlibat dalam kemalangan, banyak juga kedengaran kesukaran yang dihadapi oleh pengguna terutama kesukaran mendapatkan panduan yang betul untuk membaiki kenderaan mereka yang rosak akibat kemalangan.Malah sesuatu yang sering diabaikan oleh pengguna ialah faciliti tow trak yang disediakan oleh syarikat insurans apabila kenderaan mereka terkandas di jalanraya.Akibatnya sering kali pengguna terpaksa membayar tambang tow trak walhal mereka boleh mendapatkannya secara percuma seandainya tahu apa yang perlu dilakukan apabila berlaku situasi sedemikian. Di sinilah letaknya kelebihan seorang agen yang boleh membantu pengguna apabila berdepan dengan masalah tersebut.Apa yang perlu pengguna lakukan ialah menghubungi agennya ketika berdepan masalah ini dan mendapat nasihat percuma dari agen tersebut tentang apa yang patut dilakukan.Saya menyatakan ini kerana hampir semua penggguna mengambil mudah tentang faciliti yang disediakan oleh syarikat insurans seperti tidak pernah mahu menyimpan number hot line syarikat terbabit yang mana akibatnya apabila berlaku masalah di jalanraya,pengguna tidak tahu ke mana untuk berhubung.Malah hari ini ada syarikat insurans yang mengiklankan perkhidmatan tambahan mereka di TV tetapi berapa ramai pengguna yang mengambil tahu? Jadi jawapan terbaik bagi masalah ini ialah Agen insurans.Saya pernah mengatakan antara sebab kenapa pengguna tidak percaya kepada agen ialah penipuan yang memang pernah dilakukan oleh sesetengah agen, namun hari ini, saya ingin tegaskan bahawa seorang agen yang bertauliah tidak lagi mempunyai ruang untuk menipu kerana syarat syarat ketat yang dikenakan keatas mereka.Hari ini seorang agen wajib mengikuti kursus selama 20 jam setahun bagi menyambung lesen mereka dan mereka juga disyaratkan supaya menghasilkan produk minama di mana kegagalan mereka berbuat demikian akan menyebabkan lesen mereka akan ditarik balik.Begitu juga peraturan CBC yang mengkehendaki seorang agen menyerahkan wang kutip kepada prinsipal dalam jangka waktu tertentu di mana kegagalan mereka berbuat demikian akan meyebabkan akaun mereka digantung dan tidak dapat menjalankan perniagaan lagi, dan sekiranya agen tersebut mengulangi kegagalan menyerahkan wang premium insurans maka lesen mereka akan terbatal.Kesemua urusan ini dikawal secara online oleh prinsipal dan PIAM,jadi maknanya tiada seorang agenpun akan terlepas dari peraturan ketat ini. Namun kalau ada penipuan ketika ini,ianya bukan dilakukan oleh agen bertauliah tetapi oleh pihak pihak con man yang mungkin pernah menjadi agen sebelum ini.Oleh itu seorang pengguna yang bijak harus tahu bagaimana memilih agen untuk menyelia segala keperluan insurans mereka.Untuk maklumat, hari ini urus niaga insurans terutama insurans kereta motor dijalankan secara online jadi ini bermakna urusan pembayaran dan servis juga boleh dibuat secara online,Ini bermakna seorang pengguna tidak perlu mengenali agen secara peribadi dan boleh berurusniaga secara online asalkan kualiti agen tersebut memenuhi keperluan insurans pengguna tersebut.Dari itu wajar pengguna yang tidak pernah berdepan dengan masalah mengambil langkah bijak dengan mencari agen insurans yang sesuai dengan keperluan mereka.Ini adalah lebih baik dari sikap"take thing for granted". Saya terpanggil untuk menyatakan perkara ini sekali lagi kerana saya berisiko berdepan dengan masalah dengan pelanggan saya yang mempunyai lebih dari satu kereka.Pengalaman terbaru saya menunjukkan ada maklumat yang tidak tepat telah diberikan kepada seorang pelanggan saya yang baru membeli sebuah kereta baru tahun lalu.Ketika hendak membaharui road taxnya beberapa bulan yang lepas, beliau menemui juru jual kereta yang menjual kereta tersebut kepada beliau dan dari pertemuan itu beliau dinasihatkan mengambil insurans dari syarikat tertentu yang menurut juru jual tersebut merupakan syarikat insurans untuk kereta jemana yang beliau beli.Oleh itu, beliau tanpa merujuk kapada saya telah pergi ke cawangan syarikat tersebut untuk mendapat polisinya.Senario yang saya sebut di atas menunjukkan pembelian polisi bagi keretanya itu tidak mempunyai agen yang bermakna kalau berlaku masalah di jalanraya, beliau terpaksa menguruskannya sendiri sedang praktikalnya saya adalah agen bagi kereta beliau yang satu lagi.ini bermakna ada kemungkinan beliau akan menghubungi saya juga seandainya kereta tersebut yang bermasalah dan ketika itu saya tidak boleh berbuat apa apa kerana polisinya bukan dari akuan saya.Saya terpaksa menjelaskan kepada beliau segala kemungkinan ini kerana saya bimbang saya dianggap tidak mahu membantu kalau berlaku apa apa masalah di jalanraya.Beliau bukan hanya seorang pelanggan saya yang berbuat demikian malah terdapat beberapa orang lagi pelanggan saya yang turut membeli insurans dari pihak lain kerana percaya hanya juru jual kereta tersebut sahaja yang boleh menjual insurans kepada mereka.Begitu juga dengan beberap orang lagi yang percaya hanya bank tempat mereka meminjam sahaja yang boleh menjual insurans kepada mereka. Saya pernah mengatakan sentuhan personal seorang agen bukan setakat kemalangan sahaja malah ianya lebih dari itu yang melibatkan semua masalah di jalanraya termasuk kalau tayar bocor atau kereta kehabisan petrol atau breakdown.yang lebih penting kesemua servis ini adalah percuma. Akhir kata saya sekali lagi mencadangkan agar pengguna kenderaan supaya mendapatkan seorang agen insurans bagi menyelia keperluan insurans mereka sama seperti mendapatkan seorang doktor peribadi atau keluarga bagi membantu urusan kesihatan mereka.Sebelum saya berhenti menaip, suka saya nyatakan satu pengalaman yang pernah saya temui,iaitu kisah seorang pemilik kereta yang menanggung kerugian dan penderitaan dihambat oleh bank hanya kerana keretanya terlibat dengan kemalangan walhal beliau sudah mendapatkan cover yang mencukupi dari polisi yang dibelinya.Maklumat yang diberi kepadanya ialah kereta beliau tidak boleh dibaiki kerana syarikat insurans menolak tuntutannya kerana ianya dipandu oleh orang lain.Agak aneh kerana bank juga tidak dapat membantu sedangkan dalam polisinya sudah tercacat dengan jelas klaus "ownership claim"sebaliknya bank terus blacklisted beliau kerana bermasalah untuk membayar pinjamannya.Bayangkan kalau anda berdepan dengan masalah ini dan anda tidak tahu apa yang patut dilakukan?Puncanya pula kerana membeli polisi insurans dari pihak yang tidak jelas(melibatkan orang ketiga yang hanya mendapatkan komisyen).Kes ini berlaku pada tahun 2005 dan sampai sekarang saya tidak tahu apa yang berlaku kepada pengguna ini kerana sudah hilang hubungan dengannya.

Tiada ulasan: