Isnin, 9 Julai 2012
Isu kepenggunaan Insurans-lanjutan
Yang jelas,masih ada di kalangan pengguna Insurans khususnya insuran kereta motor yang masih tidak faham dengan insurans yang dibeli mereka.Dalam posting saya yang lepas, saya ada menyatakan bahawa insurans adalah perlindungan bukan pelaburan atau simpanan.Begitu juga pembelian sesuatu polisi insurans dibuat oleh pengguna pada ketika mereka tidak memerlukannya.Tidak seperti barang barang keperluan harian seperti beras atau gula yang dibeli kerana perlu, insurans adalah barangan atau produk yang dibeli ketika pengguna tidak memerlukannya sama seperti membeli emergency light atau payung ketika tidak hujan.
Inilah hakikat yang harus difahami oleh setiap pengguna insurans.Pengguna kereta umpamanya, membeli insurans ketika mahu membaharui road tax kereta mereka dan ketika kereta mereka masih dalam keadaan yang elok dan terpelihara.Ketika ini, sebenarnya pengguna tidak memerlukan insurans tetapi mereka tetap masih terpaksa membeli kerana ingin membaharui road tax kereta mereka.Persoalannya, apakah perlu mereka membeli insurans ketika ini?Dengan andaian insurans tidak diwajibkankan oleh undang undang jalanraya, jawabnya tidak perlu kerana kereta mereka masih elok dan terpelihara.Jadi pada ketika manakah insurans itu perlu?Ketika keadaan kereta mereka rosak kerana kemalangan atau kereta mereka dicuri atau terbakar.Persoalannya, adakah syarikat insurans yang menawarkan insurans ketika ini?Setakat ini belum ada syarikat insurans atau takaful dalam pasaran yang menawarkan insurans dalam situasi sebegini.
Oleh itu,pengguna seharusnya sedar dan faham benar kenapa mereka membeli insurans dalam situasi tidak memerlukannya.Secara rengkasnya,pengguna harus benar benar memahami bahawa mereka membeli insurans sebagai langkah berjaga jaga kepada sebarang kejadian yang tidak diingini serta merugikan mereka.Di sinilah letaknya keperluan membeli insurans dan pembelian ini boleh menyelamatkan orang lain dari menghadapi kesukaran sekiranya pengguna berdepan dengan kejadian yang tidak diingini.Saya menyatakan demikian kerana dari pengalaman lalu, saya pernah didesak untuk mengeluarkan polisi ketika kereta mereka terlibat dalam kemalangan atau dicuri.Tindakan sebegini sebenarnya hanyalah satu tindakan menipu syarikat yang saya wakili jadi tidak wajar sama sekali saya menjual sebarang polisi dalam situasi begini di mana kalau saya lakukan ianya samalah dengan mengkianati orang yang memberi saya peluang untuk berniaga.
Mungkin kejadian desakan di atas sudah tidak berlaku sekarang ini, tetapi apa yang saya ingin tekankan ialah adanya pengguna yang masih dibelengu dengan satu parodok ia itu , syarikat insurans tidak pernah membayar penuh tuntutan kemalangan atau kecurian atau kebakaran yang dibuat.Malah dalam kes yang extrim, masih ada pengguna yang mendakwa syarikat insurans cenderung untuk menipu pengguna dengan tidak membayar penuh sebarang tuntutan.Saya menyedari semua dakwaan seperti ini berpunca kerana pengguna sendiri tidak faham dengan apa yang mereka beli.
Insurans bukanlah goreng pisang panas tetapi adalah satu kontrak perlindungan, jadi sudah tentu ianya ada syarat syarat yang mesti dipatuhi oleh pihak yang berbabit dengan kontrak tersebut, ia itu pengguna dan prinsipal.Punca utama kenapa Syarikat tidak membayar penuh ia lah kerana pengguna sendiri ketika membeli insurans tidak memenuhi syarat pembelian ia itu tidak mengikut nilai semasa pasaran kereta mereka.Dalam kontrak insuran terdapat satu klaus yang dinamakan Average Clause dimana dalam klaus ini dinyatakan bahawa kalau nilai insurans lebih rendah dari nilai pasaran kereta yang dikenali sebagai under insured, maka ia akan memberi hak kepada syarikat untuk memotong nilai tuntutan pada kadar peratusan kekurangan tersebut.Inilah menjadi paradok kepada setengah pengguna yang setiap kali membeli insurans kereta mereka pada nilai yang lebih rendah dari nilai pasaran semasa kereta mereka dan bagi pengguna yang sering terlibat dalam kemalangan dengan under insured insurans, sudah tentu mereka mengalami tuntutan yang lebih rendah dari kos membaiki kereta mereka di mana mereka sering terpaksa menambah sejumlah wang untuk pembaikian kereta mereka.
Satu lagi pengalaman yang menyebabkan pembelian under insured insurans ialah tanggapan bahawa mereka cuma perlu mengambil insurans berdasarkan baki pinjaman kereta mereka dengan bank.Ini amat bahaya kerana ada kemungkinan kereta yang tinggi nilai pasarannya dilindungi oleh jumlah insurans yang terlalu rendah apabila baki pinjaman mereka sudah semakin sedikit.Oleh itu ditegaskan bahawa nilai sebenar perlindungan insurans tidak bergantung kepada baki pinjaman tetapi bergantung kepada nilai pasaran semasa kereta pengguna.Ini bermakna sekiranya baki pinjaman masih lagi tinggi tetapi nilai semasa kereta jatuh pada pada peratusan yang besar, maka nilai insurans yang diperlukan akan menjadi lebih kecil dari baki pinjaman, begitulah sebaliknya.
Sebenarnya, situasi paradok yang saya sebut diatas, menjadi masalah besar kepada agen insurans seperti saya sehingga sering kali saya terpaksa menerangkan syarat sebenar pembelian insurans dan dalam memberi penerangan saya terpaksa menyebut tentang kemalangan yang mengerikan kita semua, tetapi saya terpaksa kerana seperti saya katakan di awal tadi, insurans dibeli ketika pengguna tidak memerlukan dan hanya diperlukan kalau berlaku kemalangan atau kehilangan atau kebakaran.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan