Khamis, 10 Mei 2012
Menafaatkan ICT
Hari ini keperluan menyambung road tax menjadi semakin kompleks kerana kesuntukan masa dan kemungkinan kekangan kewangan ketika saat tamat tempoh road tax berkenaan.Tetapi seiring dengan kesulitan ini,ICT juga sudah mula dimajukan bagi memudahkan kebanyakan urusan termasuk urusan pembaharuan road tax.
Saya perhatikan majoriti pengunjung blog saya ini datang dari Lembah Klang yang mana merupakan kawasan paling sibuk di negara kita.Saya juga mempunyai pelanggan yang tinggal di KL yang sering kali bermasalah untuk membaharui road tax mereka.Sejak bertahun lalu saya menguruskan pembaharuan road tax mereka, kini sudah ada kaedah yang lebih mudah untuk tujuan itu ia itu dengan menggunakan kemudahan Myeg di mana road tax boleh dibaharui dengan lebih cepat dan tanpa perlu pemiliknya tergesa gesa pergi ke tempat tertentu malah dalam setengah kes tanpa perlu mereka meinggalkan tempat kerja atau rumah mereka.Semuanya dilakukan dihujung jari.
Di sini suka saya memberi tip kepada pembaca dari Lembah Klang tentang bagaimana mendapatkan road tax mereka dengan lebih cepat dan mudah.Pertamanya pemilik boleh melayari dan mendaftar di web Myeg untuk urusan ini dan untuk membaharui road tax, pemilik boleh mendapatkan insurans secara online dari Myeg.Pemilik boleh memilih option bayaran seperti diberikan dalam web berkenaan dan memilih express delivery bagi mendapatkan road tax dalam jangka masa yang cepat tanpa perlu ke mana mana.Sebelum itu pemilik perlu juga mengisi infomasi yang diperlukan dan memastikan infomasi terutama alamat dan no h/p adalah betul.
Namun dari fedback yang saya perolehi tidak semua pemilik yang mempunyai masa untuk melayari web Myeg.Dari itu dan dari pengalaman saya menguruskan pembaharuan road tax pelanggan saya yang tinggal di KL, saya ingin menawarkan kemudahan ini kepada sesiapa yang berminat.Untuk mendapatkan khidmat saya, apa yang perlu dilakukan ialah membekalkan saya dengan geran atau kad pendaftaran atau polisi insurans yang lepas.Pemilik boleh melakukan dengan cara scan ke PC atau laptop dan email kepada saya dengan alamat email saya ada tertera di atas bolg ini.
Bagi yang tidak dapat scan, boleh copy dan paste borang yang saya sertakan di gadget sebelah kanan blog dan E mail kepada saya setelah mengisi semua infomasi yang diperlukan.Sementara untuk bayaran, saya ada menyediakan 4 buah bank ia itu Maybank,Public bank,Am Bank dan BIMB di mana pemilik boleh memilih mana mana bank yang sesuai dengan mereka terutama bagi pemilik yang ada e banking dengan salah satu bank di atas.
Untuk tujuan express delivery Myeg pula, pemilik perlu membekalkan saya dengan alamat tempat kerja atau rumah,no h/p dan email addres.Saya akan menguruskan urusan pembaharuan ini setelah bayaran dibuat(setelah dipersetujui pemilik) dan Myeg akan menghantar road tax tersebut ke alamat yang diberikan.Untuk maklumat, service charge untuk express delivery Myeg ialah RM20.00.
Saya faham bahawa bukan mudah bagi sesetengah orang untuk mempercayai maklumat dari blog dan saya juga memberi pilihan kepada pembaca kepada urusan yang memudahkan,oleh itu untuk sesiapa yang ingin berurus niaga dengan saya, perlu ada rasa keyakinan dan kepercayaan kerana bagi saya yang sudah lebih 15 tahun berkecimpung dalam line perniagaan ini,persoalan penipuan dalam penjualan insurans sepatutnya tidak ada lagi.Yang ada ialah perbezaan perkhidmatan antara agen,antara agen dan bank/pejabat posdan antara agen dan prinsipal insurans itu sendiri.Agen akan sentiasa ada kelebihan dari segi persolan touch,lebih lebih lagi dengan perkembangan ICT hari ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan