Akhir akhir ini saya sering ditanya mengenai bagaimana nak renew road tax untuk kereta yang kad pendaftaran(geran)nya dipegang atau disimpan oleh bank kerana pinjaman yang masih belum dijelaskan.Saya sering berdepan dengan persoalan untuk membaharui insurans bagi kereta kereta katogeri ini kerana pemiliknya hanya datang atau menalipon untuk renew road tax tanpa apa apa dokumen yang diperlukan untuk membaharui insuransnya.Saya tidak mempunyai masalah untuk pelanggan pelanggan saya kerana rekod mereka sudah ada dalam simpanan saya tetapi bagi prospek atau pelanggan baru saya memerlukan maklumat kenderaan bagi membaharui insuransnya.
Kes kes yang sering dirujukkan kepada saya ialah kes kes di mana urusan renew roadtax sebelumnya diuruskan oleh jurujual, kes kes kereta yang disambung bayar pinjamannya dan kes kes di mana pemilik sering bertukar tukar tempat atau agen ketika renew road taxnya.Ada juga kes urusan renew road tax dibuat oleh broker kereta untuk kereta kereta yang dibeli melalui broker.Yang berlaku ialah jurujual yang membuat urusan itu sudah berhenti kerja dan dokumen insurans hilang bersama jurujual tersebut, pemilik asal kereta yang dijual secara sambung bayar tidak membekalkan dokumen yang diperlukan dan broker broker kereta sudah tidak dapat dikesan bersama dokumennya.
Inilah sering menjadi masalah kepada saya dan kebanyakan agen insurans lain kerana pemilik datang atau menalipon bertanya berapakah kos renew road tax sedangkan saya serta agen lain tidak mempunyai apa apa rujukan untuk memberi jumlah kos sebenarnya.Apabila diminta dokumen yang diperlukan,pemilik selalunya terpinga pinga kerana tidak mengetahui apa yang saya maksudkan.
Dipendekkan cerita, saya sebagai agen insuran memperlukan maklumat kenderaan tertentu untuk membaharui insurans dan maklumat ini terkandung di dalam kad pendaftaran(geran) kereta serta di polisi insurans yang lepas.Oleh itu untuk membaharui insurans, saya memerlukan samaada geran atau polisi insurans lepas(dalam kes polisi yang dikeluarkan oleh MMIP, salinan geran diperlukan).Oleh itu nasihat saya kepada pemilik pemilik kereta terutama yang gerannya dipegang oleh Bank supaya menyimpan satu salinan geran atau polisi insurans lama bagi tujuan pembaharuan insurans dan road tax.Kalau pembaharuan ini dilakukan di tempat atau dengan agen yang sama tiada masalah yang timbul tetapi sekiranya pemilik bertukar tempat atau agen atas sebab sebab seperti berpindah tempat kerja atau kerana orang yang diberikan hak untuk urusan renew road tax sudah tidak lagi terlibat dengan urusan tersebut seperti jurujual yang berhenti kerja.Begitu juga bagi sesiapa yang membeli kereta secara sambung bayar samada membeli terus dengan pemilik asalnya atau dengan broker,pastikan anda mendapat dokumen yang dinyatakan di atas bagi memudahkan urusan renew road tax nanti.
1 ulasan:
tak perlu bro ,
kalau bro nak renew just bagitau ic owner dan no plate je
Catat Ulasan