Selasa, 29 Julai 2008

e INSURANS

Pada 1/1/2005 bank negara telah memperkenalkan e INSURANS bagi semua urusniaga insurans motor.Berikutan dengan itu,semua agen insurans am yang hendak menjalankan urusniaga dikehendaki memiliki komputer dan internet.Semua cover note dikeluarkan secara online dan pengesahannya dibuat serta merta oleh JPJ.
Dengan perlaksaan ini,cover note secara manual tidak lagi sah dan pengeluarannya dibuat melalui komputer dan internet.Perlaksanaan e INSURANS ini juga menandakan berakhirnya segala penipuan insurans yang sebelum ini banyak dilapurkan.Agen agen insurans tidak lagi mengeluarkan cover note sewang wenangnya sebaliknya sebarang cover note yang dikeluarkan akan mudah dipantau oleh prinsipal.Perlaksanaan ini juga memudah dan mempercepatkan urusan pembaharuan road tax.
Selain dari itu perlaksanaan e INSURANS juga menjamin bayaran premium sampai kepada prinsipal tepat pada waktunya.Agen tidak lagi mempunyai ruang untuk menggunakan premuim yang dikutip itu untuk tujuan lain.
Dengan kata kata lain,orang ramai tidak perlu lagi bimbang untuk membeli insurans motor dengan agen bertauliah.Malah pembelian menerusi agen lebih selamat dari sudut keperluan insurans serta dari segi perkhidmatan lepas jualannya.Agen insurans berupaya menjadi tempat rujuk kepada permasalahan insurans secara bersekemuka dan mudah berbanding dengan pembelian melalui bank yang selalunya kakitangannya tidak memiliki maklumat insurans yang cukup berbanding agen yang insya Allah boleh membantu dan menyelesaikan permasalahan insurans pengguna.

Tiada ulasan: