Assalamualaikum,
Insurans adalah keperluan kehidupan.insuran merupakan langkah perlindungan bagi mengurangkan risiko kerugian.Dalam banyak hal,kerugian yang ditanggung akibat sesuatu kejadian luar jangka seperti kemalangan tidak akan dilindungan tanpa perlindungan insurans.Jadi insuran pada dasarnya ialah penggantian kepada sebarang kerugian yang ditanggung apabila kejadian diluar jangka seperti kemalangan berlaku.
Umumnya insurans di negara kita dikawal selia oleh akta insurans 1965 di mana bank negara diberi kuasa mengawal aktiviti penjualan polisi insurans.Di pihak pengguna mereka dilindungi sepenuhnya dengan polis iunsuran yang dibeli tertakluk kepada klaus klaus tertentu yang tercatit dalam polisi tersebut.Oleh itu adalah perlu bagi seorang pengguna insuran mengetahui isi polisi insurans yang dibeli.
Pada tahap ini saya ingin menjelaskan bahawa insuran terbahagi kepada 2 katogeri utama ia itu:
1. Insurans nyawa atau Insurans hayat
2.Insurans Am yang pula terbahagi kepada beberapa kelas termasuk yang utama ialah insurans kereta motor ,insurans kebakaran,insurans kemalangan dan beberapa kelas lagi yang mungkin kurang popular kepada kebanyakan pengguna kecuali kepada kelompok pengguna tertentu.
Oleh yang demikian,suka saya menumpukan kepada insurans kereta motor di mana terdapat beberapa perkara utama yang perlu diketahui oleh pengguna.Umumnya agen yang menjual insurans ialah seorang yang memiliki kebenaran dari syarikat insurans(prinsipal) dan memiliki sijil serta didaftarkan di persatuan insurans am malaysia(PIAM).Seorang agen insurans am hanya dibenarkan penjual polisi dari 2 prinsipal sahaja.
Dalam kelas insurans kereta motor,keperluan insurans pihak ketiga diwajibkan berdasarkan akta pengankutan jalan bermakna setiap kenderaan diwajibkan memilki polisi insuran pihak ketiga(3rd party) sebelum dibenarkan membaharui cukai jalan mereka.
dalam mengenalpasti keperluan insurans pula,pemilik kenderaan adalah dikehendaki membuat pertimbangan kepada risiko yang ditanggung bila memandu dan kemampuan menanggung kos pembaikan sekiranya berlaku kemalangan.Bagi kes kes di mana kerosakan dikiraboleh ditampung sendiri maka polisi pihak ketiga(3rd party) dikira memadai tetapi sekiranya kos pembaikan tidak mampu ditanggung pemilik dinasihati mengambil polisi komprehensif ia itu polisi yang mengandungi perlindungan pihak ketiga dan juga melindungi kenderaan pemilik sendiri.Dalam kes kes melibatkan pinjaman bank, umumnya bank mewajibkan polisi komprehensif.
Satu lagi aspek yang perlu diketahui oleh pemilik kenderaan ialah nilai pasaran semasa kenderaan mereka.Ini adalah kerana prinsip insuran umumnya,ini memerlukan insuran kereta motor diambil mengikut nilai pasaran semasa.Dalam hal ini satu salah faham biasa terjadi bagi kenderaan yang masih dalam tanggungan hutang bank.Selalu berlaku di mana pemilik mengambil polisi mengikut jumlah baki pinjaman mereka.Perkara ini tidak betul dan menyalahi prinsip insurans serta mungkin merugikan pemilik sekiranya berlaku kemalangan.Kemungkinan jumlah yang diinsuranskan dibawah keperluan pasaran(under insured) atau melebih harga pasara semasa(over insured).Dalam kedua dua kes pemilik di pihak yang rugi.dalam kes under insured pemilik akan di kehendaki menambah kos pembaikian sekiranya berlaku kemalangan dan dalamkes over insured,pemilik menanggung kerugian lebihan permium yang dibayar sedangkan insurans hanya akan membayar mengikut nilai pasara semasa apabila berlaku kemalangan.
Setakat ini dulu bicara insurans kita,insya Allah akan disambung lain kali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan