Tulisan ini bertujuan memberi kefahaman bahawa insurans atau polisi insurans yang dibeli merupakan satu langkah perlindungan dari risiko kerugian sekiranya keadaan yang "dijanjikan" dilindungi berlaku.Insurans motor umpamanya, merupakan satu perjanjian antara syarikat insurans dengan pemegang polisi untuk menggantikan kenderaan yang diinsuranskan kepada keadaan sebelum kejadian yang menimpa yang pula dilindungi oleh polisi tersebut.Apabila berlaku kemalangan umpamanya,polisi yang dibeli itu akan menggantikan kereta kepada keadaan sebelum kemalangan tersebut.Tetapi secara praktikal adalah sukar menggantikan kereta kepada keadaan sebelum kemalangan,maka nilai semasa kereta tersebut diambil kira dalam menentukan jumlah penggantiannya.Maknanya,pemilik akan mendapat kembali kereta tersebut pada nilai semasa sebelum kemalangan itu.Dengan ini juga bermakna pemilik tidak mendapat apa apa keuntungan dari tuntutan polisinya tetapi mendapat kembali nilai keretanya serta mengelakkannya menanggung kerugian.Itulah konsep dan tujuan Insurans dibeli bukan untuk mendapatkan keuntungan.
dengan kata kata lain,insurans bukan satu bentuk pelaburan seperti saham atau simpanan bank.Ianya merupakan perbelanjaan mengurus yang harus ditanggung oleh pemilik harta yang berisiko kerugian.
Dengan penerangan ringkas ini,diharap dapat memberi kefahaman agar tidak lagi berlaku salah faham yang mungkin menyebabkan ada pihak yang beranggapan insurans adalah satu penipuan atau perniagaan yang hanya pandai mengambil wang orang ramai tetapi berbelit belit ketika membuat bayaran tuntutan.
2 ulasan:
Salam.mohon kebenaran utk cpy ok
www.epilogrijal.blogspot.com
wasalam.silakan,artikal ini sebenarnya untuk maklumat umum,kebenaran diberi,silakan,.......
Catat Ulasan