Rabu, 14 Oktober 2009

JADILAH USAHAWAN PREPAID

Sudah agak lama saya tidak menulis, kerana hampir ketiadaan isu yang besar dalam industri insurans dewasa ini.Kepenggunaan insurans di negara kita nampaknya masih lagi di tahap yang sama sekalipun sudah terdapat usaha untuk meningkatkannya.Agen agen diwajibkan mengikuti kursus 20 jam setahun bagi mempertingkatkan pengetahuan dan pengalaman mereka dalam bidang ini serta diwajibkan mematuhi beberapa peraturan bagi meneruskan perniagaan mereka.Pelanggan pelanggan pula dididik untuk memahami keperluan insurans mereka menerusi profesyional agen agen ini sementara syarikat syarikat insurans sudah mula memperketatkan syarat syarat kontrak insurans yang dijual.

Selain daripada itu, tidak banyak perkembangan dan permasalahan baharu dalam industri insurans di negara kita.walaubagaimanapun, untuk kali ini, saya ingin berkongsi satu lagi peluang perniagaan khususnya dengan para agen insurans yang kebanyakannya kini berdepan dengan berbagai bagai kengkangan.Perniagaan yang saya maksudkan ialah perniagaan menjual "TOP UP" perpaid melalui peluang yang disediakan oleh beberapa syarikta pengendali Elecrtonik yang menyediakan peluang perniagaan top up melalui hand phone dan internet.

Peluang perniagaan ini tidak banyak diambil oleh para peniaga kerana mempunyai sikap yang agak negatif dan kurang pengetahuan mengenainya.Sebenarnya kepenggunaan talipon celular dengan kaedah prepaid sudah berkembang dengan pesat di negara kita dan keadaan ini memberi peluang yang cukup menarik kepada sesiapa yang ingin menambah pendapatan dan menjadi usahawan tanpa perlu modal yang banyak dan tanpa perlu tempat yang besar.Untuk itu,bagi para agen insurans yang sudahpun mempunyai premis perniagaan agensi mereka, peluang menjadi usahawan prepaid ini merupakan satu peluang tambahan tanpa menjejaskan urusniaga insurans mereka.Saya berpendapat amat rugi sekiranya para agen mengabaikan peluang yang ditawarkan oleh perniagaan prepaid ini.Walaubagaimanapun, para agen terlebih dahulu perlu memahami bentuk perniagaan yang ditawarkan oleh pengendali elektronik ini di mana terdapat beberapa pengendali yang menawarkan peluang mengembangkan perniagaan dengan cara yang cukup mudah dan terdapat pula pengendali lain yang agak statik dalam menawarkan peluang ini.

Dalam situasi ekonomi sekarang dan suasana persaingan yang ada industri insurans negara sekarang, perniagaan prepaid adalah satu alternatif yang cukup sesuai bagi para agen meringankan beban mereka tanpa menjejaskan perniagaan utama mereka.Oleh itu, saya mencadangkan agar para agen membuka ruang minda mereka untuk mengkaji peluang yang ada dalam bidang jualan prepaid ini.Di samping itu juga perniagaan prepaid ini juga sesuai dengan para usahawan dalam bidang lain serta sesuai bagi mereka mereka yang bukan usahawan tetapi ingin memajukan diri.Tinggal lagi, sikap negatif serta sikap tidak mahu membuka minda perlu dikikis daripada diri dan untuk renungan, suka saya nyatakan di sini bahawa menjadi usahawan prepaid adalah jauh lebih bagus dan mulia daripada menceburi atau melabur dalam skim cepat kaya.

Tiada ulasan: