Isnin, 26 Oktober 2009

Kembali kepada kepenggunaan Insurans

Akhirnya saya dapat juga mengasingkan antara dua perniagaan dengan membina blog yang berasingan bagi perniagaan prepaid.Kini blog ini akan kembali memberi tumpuan kepada isu isu yang berkaitan dengan kepenggunaan insurans yang pada hemat saya perlu diutarakan bagi pengetahuan pengguna insurans semua.

Untuk kali ini ada dua isu yang saya ingin bicarakan.Pertama mengenai ketidakpastian yang melanda sebahagian besar pengguna insurans kereta motor mengenai kenapa hari hampir semua syarikat insurans di negara kita menolak untuk mengeluarkan perlindungan pihak ketiga(3rd party) dan kenapa kesemua syarikat sudah menolak untuk mengeluarkan insurans bagi kenderaan awam dan lori permit "A".Umumnya, ianya berpunca dari tahap tuntutan yang terlalu tinggi sehingga syarikat insurans terbesar di Malaysia,Kurnia Insurans sudah berdepan dengan masalah serius untuk membayar tuntutan yang terlalu tinggi tersebut.Oleh kerana Kurnia Insurans yang sebelum ini banyak menerima risiko secara meluas telah menghadkan underwritting mereka kepada had had yang agak mengejutkan, maka kebanyakan pengguna yang sebelum ini membeli polisi dari mereka beralih kepada syarikat syarikat lain, yang pula menyebabkan syarikat syarikat lain berdepan dengan masalah.

Oleh itu, syarikat syarikat lain juga terpaksa mengubah underwritting mereka seiring dengan perubahan yang dilakukan oleh Kurnia Insurans.Akibatnya, banyak risiko yang tidak diterima dan menyebabkan pula pengguna terpinga pinga bertanya kenapa hal ini berlaku.Sedangkan jawapannya mudah diperolehi seandainya pengguna peka dengan kejadian kemalangan yang agak tinggi di negara kita terutama yang melibatkan pengankutan awam dan lori lori besar permit "A".Semua kemalangan ini akan memberi kesan kepada syarikat insurans termasuk Takafur kerana mereka yang perlu membayar segala tuntutan berkaitan kemalangan tersebut.Tuntutan ini bukan setakat tuntutan kerosakan kereta atau kenderaan tersebut tetapi turut melibatkan tuntutan pihak ketiga(3rd Party) yang berkaitan kecederaan dan kematian.Akibatnya,syarikat insuran berdepan dengan masalah kecairan yang serius demi memenuhi tuntutan tersebut.Inilah punca utama kenapa pembelian polisi insurans bagi kereta motor menjadi sedemikian rupa sehingga pengendali Takafur yang sepatutnya menjadi syarikat yang terbuka dalam perkara 'MENOLONG" orang ramai turut menghadkan pengambilan risiko mereka.Takarub sudah tidak boleh diamalkan secara keseluruhannya oleh pengendali takafur serta penyertaan orang ramai dalam takafur turut menjadi semacam pemilikan asset seperti polisi insurans konvensyional.Inilah juga menjadi punca kepada kemungkinan jatuhnya industri insuran negara sekiranya ia tidak dikawal dan dijamin oleh kerajaan.

Untuk itu, menjadi tanggungjawab bersama untuk memastikan kadar kemalangan di jalanraya berkurangan bukan sahaja untuk meyelamatkan nyawa tetapi untuk menyelamatkan industri insurans negara sekaligus untuk memberi kemudahan yang selesa kepada pengguna insurans semua.

Isu yang kedua yang ingin saya utarakan ialah mengenai kurangnya komitment setengah agen dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan mereka.Agen insuran dan Takafur umumnya memiliki pejabat agensi yang mana turut memberi perkihidmatan tambahan terutama dalam urusan pembaharuan road tax pelanggannya.Semacam sudah menjadi kemestian kepada agen agen insurans untuk menjadi agen berkomisyen kepada segala urusan berkaitan JPJ.Tetapi beberapa hari lepas saya menerima panggilan talipon dari seorang kenalan yang bertanyakan masalah kawannya kepada saya.Menurut kenalan saya, kawannya sudah membeli atau "MENYERTAI" Takafur tetapi tidak tahu bagaimana untuk membaharui road taxnya yang mana gerannya berada di EON Bank Kuantan.Beliau bertanyakan saya cara bagaimana road tax tersebut boleh disambung.Hal ini menyebabkan saya berfikir bagaimana agen atau pejabat Takafur tersebut tidak memberi pandu arah atau menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan(sebenarnya bukan pelanggan tetapi peserta dalam pengertian Takafur)untuk membaharui road taxnya.Inilah isu yang saya ingin kemukakan kepada semua.Insurans dan Takafur adalah satu bidang yang memerlukan perkhidmatan tambahan bagi memudahkan pelanggan atau peserta dalam pengertian takafur, maka seseorang agen yang mahu terlibat dalam bidang ini perlu sekali meyediakannya termasuk memiliki pengetahuan yang mencukupi bagi memberi pandu arah yang betul kepada pelanggan atau peserta (dalam pengertian takafur) mereka.

Satu lagi perkara yang perlu diketahui pelanggan ialah sekiranya polisi insurans itu diambil terus daripada kaunter mana mana syarikat insurans termasuk takafur,pengambilan polisi tersebut layak mendapat rebate sebanyak 5% dari harga premium atau sumbangan (dalam pengertian Takafur) tanpa mengira ianya perlindungan komprehensif atau perlindungan pihak ketiga(3rd parti).Baru baru ini saya dimaklumkan oelh kerani saya bahawa beliau dinafikan hak 5% itu oleh pejabat salah satu syarikat takafur kerana menurut pegawainya ianya perlindungan 3rd Party,rebate hanya diberi kepada perlindungan komprehensif ketika beliau pergi untuk mendapatkan perlindungan 3rd party di sana.Maklumat salah yang tidak sepatutnya diberikan oleh pegawai yang menjalankan urusniaga Takafur atau insurans.

Tiada ulasan: